Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, June 29, 2009

Hati Seorang Wanita

Hati wanita yang cukup lembut, sensitif, penyayang... Kenapa mengandung itu harus bagi wanita, tidak lelaki? Sedangkan lelaki lebih kuat dari wanita. Dan alam kandungan dikenal sebagai alam rahim yang bermaksud penyayang. Mengikut logik akalnya adalah kerana pada wanita itu ada sifat penyayang. Betapa penyayangnya seorang wanita itu sehingga dia boleh menanggung kesusahan mengandung 9 bulan. Perkara yang mungkin tidak mampu untuk dilakukan bagi seorang lelaki. Di sunting dari penerangan Ustaz Hasrizal.

Satu hari diri dipilih Allah untuk mendengar luahan rasa seorang wanita, yang bergelar isteri dan ibu. Dia mengajak saya membincangkan perihal perkahwinan. "Adakah ini menandakan aku sudah matang sehingga sudah boleh diajak berbincang hal begini?" Monolog sendiri. Huhu... Dia bercerita perihal keluarganya disamping beberapa nasihat turut dibekakalkan. Teringat satu dari pandangan beliau,"Elok juga berkenalan dulu sebelum kawin dik. Biar tahu h
ati budi dia...bla..bla..." Apa yang dia nak maksudkan adalah bercinta sebelum kahwin, supaya tidak timbul masalah dalam rumah tangga. Saya yang tidak setuju memberikan pandangan, "InsyaAllah perkahwinan akan harmoni jika batasan Islam dijaga sejak dari sebelum kahwin." "Tapi di zaman moden ni dah tak boleh pakai yang tu dik," bantah dia. Saya diam. Apa lagi nak kata kalau orang tua dah cakap macam tu? Habis kutu kat kepala semua mati cari jalan macam mana nak jawab keterangan tu. Dan akhirnya saya memilih untuk diam. Mungkin lebih baik.

Sebetulnya wanita itu inginkan seorang teman untuk dia menceritakan hari-hari yang dilaluinya. Dia yang juga seorang isteri dan ibu. Teringat saya penerangan ustaz Hasrizal, wanita itu bercerita bukan untuk mencari penyelesaian bagi masalahnya, tapi mencari ruang untuk dia luahkan isi hatinya, dan sebaliknya bagi lelaki. Jadi saya menjadi pendengar yang baik. Sesekali dia meminta pandangan saya. Saya jawab apa yang saya rasa, kerana semamangnya saya belum melalui alam itu. Wanita itu ada banyak perkara yang dia fikirkan, yang menjadi sensitif pada hatinya yang mungkin tidak bag
i seorang lelaki. Mempunyai anak yang ketiga-tiganya lelaki mungkin membuatkan dia terasa agak jauh untuk berkongsi perihalnya.

Terkenang umi kusayang di rumah sana. Umi yang suka bercerita pada saya yang balik ke rumah tika cuti. Yang suka bila saya menemaninya mema
sak di dapur sambil dia bercerita. Walau saya hanya jadi pengupas bawang. Bercerita tentang kehidupan dirumah ketika saya di perantauan. Cerita tentang adik yang degil, tak dengar cakap umi. Sampai suatu hari saya pernah kata pada umi, "Umi ni, pergilah marah kat diorang. Buat apa nak cakap kat kita." Tapi umi tak pernah marah kita balik bila kita cakap macam tu. Umi amat berlembut. Maaf umi... Masa tu hati budak hingus ni belum dapat fikir matang bahawa seorang umi memerlukan tempat untuk dia meluahkan isi hatinya. Agar gelojak rasa itu bisa kendur sedikit. Umi yang perlukan orang lain untuk berkongsi cerita hidupnya. Di dapur umi itu juga saya dapat banyak petua tentang kehidupan, yang umi kutip dari diari kehidupan umi, dan dari petua orang Melayu yang umi jaga. Supaya anaknya ini jadi penyantun.

Umi yang penyayang..
Semua yang terbaik umi adakan untuk kami.

Umi yang penat,
tapi masih menguatkan tenaga untuk memasak untuk kami.
Diari umi juga punyai berbagai cerita dan masalah,

tapi umi sentiasa bersedia untuk mendengar cerita kami yang berbagai pula d
engan cerita hidup
Terutamanya kita yang semakin manja dengan umi.

Umi yang sentiasa berkorban masa rehatnya untuk kami.
Sehingga pengorbanan itu membuatkan kita sentiasa tersedar jika kemalasan.
Umi yang tidak pernah lupa untuk menelifon kita dan adik-adik jika kami tidak sempat menelefon umi.
Segala yang terbaik umi berikan,

lahir dari sifat kasih sayang umi.

Sehingg
a segalanya sebenarnya tidak mampu untuk diungkapkan.
Tiada layak untuk dibalasi.
Hanya syurga Allah layak
nya untuk umi.
Jazakillah ya ummi..

Akanku bentangkan selaut masa yang ku ada agar umi bisa bercerita lagi...
Ya ummi...

2 comments:

Humayra' said...
This comment has been removed by the author.
Humayra' said...

SubhanaLlah, terkadang diri berasa takut untuk menjadi dewasa kerana apabila sudah dewasa, bermakna kita akan melihat ibu dan ayah kita semakin tua.. Tapi itu sunnatuLlah, nak taknak kena lalui juga kan..?

Terkadang, diri takut jika tidak mampu menjaga orang tua sendiri seperti mana mereka menjaga kami adik beradik dari kecil hinggalah dewasa.

diri takut jika melepaskan keluhan kecil ketika menjaga ibu dan ayah saya yang sudah tua.

ya, takut jika menjadi anak derhaka. Na'uzubiLlah!

jadi no matter what, sayangilah mereka sepenuhnya krn tiada siapa dpt menandingi hebatnya kasih sayang ibu bapa kecuali Tuhan yang mencipta kasih sayang itu sendiri..Allahu rabbi..

Mari berusaha menjadi anak yg solehah wa muslehah bai! Ameen~ (^_^)