Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Tuesday, June 23, 2009

Rebutia... The Sweet Memory...



Hati berbunga riang bila skali lagi dijemput datang mukhayam. "Ukhti boleh datang tak?" "Yup, biiznillah, ana pasti datang." Masakan boleh dilepaskan saja peluang yang dinanti sekian lama. Menempuh perjalanan 12 jam untuk berjumpa para kekasih sesungguhnya amat berbaloi kerana hatiku terlalu rindu pada kalian.. Melewati pengembaraan semula selama 6 jam menuju ketempat mukhayam adalah satu anugerah istimewa. Sungguh indah memori permusafiran kita bersama..

Sampai di base camp, kita belum sempat berehat dah disuruh beratur ikut kumpulan. Angkat tangan atas bahu, macam kita sekolah dulu-dulu... Aku tergelak masa tu. Tapi terpandang kem komandan yang tengah buat muka serius, aku simpul senyum dan buang jauh-jauh. Takut kena marah. Tiba-tiba kena lantik jadi ketua kumpulan. Lepastu kena lantik jadi ameerah lagi. Autch.... Apakah ini? Amanah terus bermula. Ditengah-tengah malam buta saat diri pun tengah mamai tu kita disuruh baca ikrar..Fuhh... Ok, arahan diterima, aku pun kedepan. "A'uzhubillah......." ku mula dengan ta'awuz agar makhluk nama syaitan tak sesuka-suki ganggu kami. "Tak dengar...." lantang suara kem kom kat belakang. Terkejut aku. Aku rasa dah jerit secukup rasa, tak cukup kuat ker? Erm...ok sekali lagi.... "bla bla..." alhamdulillah... Aku dah tak malu nak menjerit...because...no mans here..hehehe... I like it. Selepas itu kami diberi bekalan bahan mentah yang dicatu keperluannya. Fuish...ni betul-betul punya mukhayam

Mostly antara kami beranggapan selepas itu kami akan diberikan tempat tidur dan bolehlah kami melabuhkan tirai mimpi setelah penat bermusafir dari kejauhan. Tapi tidak. Kami seterusnya diperkenalkan dengan Pok Nik. Pok Nik menguji tahap ta'aruf antara kami. Debuk! rasa batu jatuh kat kepala. Antara kami sendiri masih belum cukup taaruf, apatah lagi dikalangan mad'u. Dalam tahap tak berapa nak taaruf tu aku dah boleh sayang giler kat diorang, kalau taaruf sampai lunyai..tatau lah apa nak cakap. Dalam pada tu Pok Nik turut menutur bebel kerana kami sampai lambat sangat dari masa sebenar. Aku tahu Pok Nik tak marah. Dia sayang kami. Di keheningan malam itu Pok Nik menyedarkan kami tentang kepentingan masa. "Seminit kamu terlambat seribu keimanan tercabut dari jasad"(erk, korang..betul ke ayat ni?) Tapi ayat tu betul-betul menusuk ke jiwa. Wah, besarnya tanggungjawab aku! Aku ke? Tapi yang pastinya aku taknak jadi macam tu. Jangan itu berlaku kerana aku! Antara banyak-banyak ayat Pok Nik yang meruntun jiwa, ayat tu lah paling terkesan kat jiwa aku.

Selepas kami memasang khemah, dah kena night trecking. Ni bukan night walk lagi dah. Memang treking habis. Kalah avanturenya aku naik Gunung Arong. Pertama sekali solo night, betul-betul menguji tahap pergantungan pada Allah dan tidak sombong untuk meminta petunjuk dariNya. Selepastu treking berkumpulan, rasa nikmatnya diberi sahabat oleh Allah untuk sama-sama mengemudi bahtera perjalanan kehidupan. Allah bagi sahabat itu untuk kita berkongsi rasa, untuk berbincang dan berkongsi kegembiraan bila halangan tu berjaya ditempuhi bersama. Selepas itu treking semua sekali. Bila dah ramai macam ni, ameerah perlu memainkan peranan yang lebih besar. So banyaklah arahan-arahan yang Pok Nik bagi kat aku dalam gelap gulita menjadi pengemudi perjalanan kami.

Satu part yang pasti segar di memori, walau malam tu tak nampak apa pun (sebab cahaya bulan tak sampai ke tanah) adalah masa kena panjat bukit yang licin dan curam, tanpa pohon, tanpa akar, hanya daun-daun kering menutupi tanah. Ameerah naik dulu. Jangan sampai jatuh tergolek. Aku sorang jatuh, semua tergolek. Hehehe...so kuatkan semangat! Susun strategi kaki dan tangan! akal mesti pick up! setkan dalam fikiran, anti boleh melakukannya! Yeaahh, I did it. Alhamdulillah..sampai kat atas, tuhan saja yang tahu betapa hebatnya aku rasa.

Tiba-tiba Pok Nik panggil aku. Hah? Pok Nik ni tetiba jer dia dah ada kat sini. Sampai dulu dari aku. Actually disetiap check point Pok Nik tetiba dah tercegat mendahului aku. Pok Nik benar-benar mengajar aku bagaimana menjadi ameerah di check point ini. Kata-kata Pok Nik itu menjadi rahsia dan peransang bagi kerjaya cita-citaku, "pendakwah". Aku menghayati dalam tak nampak makmum dibelakangku bersusah payah mendaki bukit curam. Maka aku keluarkan kata-kata memberikan mereka semangat meneruskan pendakian. Riuh rendah mereka dibawah. Ada yang jatuh tergolek dua tiga kali. Aku terus menjadi booster untuk mereka sampai keatas. Mulutku tak henti-henti pok-pek..pok-pek...sampailah orang terakhir semua selamat sampai kat atas. Yang kecik, yang besar semua aku tarik penuh semangat, sekuat tenaga yang ada. Fuh...lega... Dalam tak perasan aku boleh berceloteh sedemikian rupa pada malam tu..huhu... Sebab masatu rasa malu dah melayang ditiup angin malam. Yang datang hanya semangat. Dan sebab paling tepat... no mans there kecuali Pok Nik dan ikhwah yang aku tak kenal langsung. Dan hopefully budak tu tak pernah kenal siapalah tuan suara tu...

Lepas tu aku pun bagilah celoteh dinihari sikit kat mereka sebelum meneruskan trekking. Tazkeerah dalam gelap. huhu... Then kami meneruskan perjalanan sampai di cek point terakhir. Bermuhasabah didalam sungai. Pukul 5 pagi kena masuk sungai. Air bukit yang macam ais sejuknya. Fuish...terketar-ketar aku. Unik sungguh muhasabah ni. Kami sujud dalam air, menahan nafas. Menghargai setiap nafas kurniaan Allah.. Allahu akbar.. Then berpelukan memohon maaf.

Apa yang aku boleh kutip(aku yang suka mengutip dan analisis) dari pengalaman malam tu. Pok Nik mengajar aku bagaimana menjadi pemimpin(aku orang paling banyak diberi arahan malam tu). Pemimpin perlu ada sikap kepimpinan, bersyura dengan ahli jemaah dalam menentukan halatuju, bijak membuat keputusan, caring dan bertanggungjawab, kasih sayang pada anak buah...arahan Pok Nik tu buatkan aku boleh menangkap apa sebenarnya yang dia nak sampaikan, walaupun selepas aktiviti tu Pok Nik tidak membuat apa-apa muhasabah bagi program tersebut. Pok Nik mengajar secara praktikal. Yer, aku buat dulu sebelum aku tahu ertinya. Mungkin tak semua tindakan itu boleh diasaskan dengan teori terlebih dahulu. Life is flexible..

Mukhayam kami berterusan, tiada erti semalam atau hari ini bagi kami. Pukul 9.45 pagi treking seterusnya harus bermula. Masa yang hanya lebih kurang 3 jam digunakan untuk semua urusan termasuk masak untuk sarapan dan makan. Selepasnya kami meneruskan treking lagi dengan membawa bekalan makanan. Mesti habis!kem kom kata. Di siang-siang hari ni pun kami perlu mencari jalan dengan hud-hud. Paling tak boleh terima(tapi dah terima) kena masuk dalam paya. Aku teringat bau kolam kura-kura masa melawat zoo. Macam tulah bau dia..Tapi redah jer, siap kena menyelam seluruh badan dalam air tu. Sabau jer.. Sampai depan Mun, kena jerit nama dan tempat lahir kuat-kuat..satu kesalahan dalam etika jadi aku neih...weiih...malulah...kalau semalam time takdak orang nampak bolehlah. Sampai kat atas, kem kom suruh cek seluruh tubuh. baru aku tau paya tu ada pacat ngan lintah.. Eii..geli gelemang. Akhirnya ada sorang akhawat yang lintah dan pacat suka kat dia...hehehe....

Selepas itu mengharungi samudera sungai yang jernih dan sejuk amat. So membersihkan lumpur, bermandi manda macam orang tak jumpa air sebulan dan besolat. Jalan lagi...kena masak pula. Cari kayu api, beralas daun pisang. Terpangganglah seekor ayam, ubi keledek dan telur..huhu tak pernah seumur hidup panggang telur...makan...jalan lagi...sampai base camp.. Dan kehidupan diteruskan lagi tanpa ada rehat. Siapa yang sempat rehat tu, alhamdulillah... tamatlah aktiviti mencabar fizikal...Sesi malam diteruskan lagi sampailah esoknya....

Terima kasih Allah
Kerana memilih aku untuk sampai kesini
Mencanai pentarbiahan diri
Menikmati keindahan alam ciptaanMU yang gah tersergam.

Ternyata hambaMu ini sungguh kerdil
Tapi disini aku dingatkan
Agar memiliki semangat dan jiwa yang besar
Bukan merendah diri tidak bertempat.

Disini aku diingatkan
Aku adalah pendokong ummah
Sedetik aku terlambat
Sedetik aku terleka
Seribu keimanan tercabut dari jasadnya

Disini aku dingingatkan
Bagaimana harusnya berjiwa pemimpin
Tidak tegak sekadar memperjuangkan matlamat
Seremeh erti kasih sayang perlu juga dititik beratkan


- Baizura,
Kota Bharu

6 comments:

snowss_85 said...

Hebat Deh karangan...

Semoga dengan pentarbiyah ini memacu langkah kita menjadi mujahidah solehah

Dr-Nur said...

moga terus tsabat dalam perjuangan

SukaMukhayyam said...

Apesal akhawat boleh ada mukhayyam pulak???

Cess, dah lah kami dah lama takdak mukhayyam untuk level kami. Bosan.

Tarhata Kiran said...

to snoww_85:

insyaAllah cik Sri, Srikandi Mujahidah :) Ameen..

mengorak langkah, memacu matlamat... dah khatam 'HARI2 DALAM HIDUPKU' ke? huhu...:)

segala muscle ku terasa sakit, apatah lagi setelah menarik antunna yang lebih timbangan dari ana (ops, jangan marah deh...:D ). Setelah menghayati penanggungan al-Mujahidah Zainab Ghazali, kesakitan rasanya langsung tidak mampu ditarakan dengan penderitaan al-Mujahidah Zainab. Sungguh kuat keimanan dia terpasak, kuatnya iktiqadnya, kuatnya semangatnya demi memperjuangkan kalimah 'Lailaha illaLlah, Muhammadur RasuuluLlah'. Mampukah kita melakukan seperti beliau? Semoga hari2 Zainab dapat menjadi motivasi bagi kita. Semoga darah perjuangan itu turut mengalir dan mendarah daging dalam diri kita...

Dan.....Semoga segala apa yang kita lalui itu bukanlah satu usaha yang sia-sia.. dan...andai kata suatu hari nanti diri diujui, ingatlah hari-hari itu...dan...ingat wahai sahabat, apa yang aku bisikkan saat kita saling berpelukan. Itu cita-citaku...

tetapkanlah hati kami ya Allah..ameen ya rabbal 'alamiin..

Tarhata Kiran said...

to Nahnu Jundullah:

InsyaAllah kak... Ameen..

sama-samalah kita saling mengingatkan..:)

Tarhata Kiran said...

to SukaMukhayyam:

Ni mesti dak ikhwah nih... dia jeles pulak ke? Bukan ikhwah dah banyak program gempaq ker?

Ok, nak tahu apa rahsianya???

Mula2...rancang...identify apa yang antum perlukan. then bagitahu pada yang berkenaan yang bertanggungjawab menghandle tarbiyyah antum.then lancarkan. Memang best bangat jadi peserta...

semoga berjaya dunia dan akhirat...:)