Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Wednesday, February 16, 2011

Saya Ada Abang

Huh… sebelum ni saya tak pernah merasa ada abang. Memang…. Sebab saya tak ada abang. Adik-adik beradik pun perempuan. Huh… sungguh saya tak tahu bagaimana dunia lelaki. Tup tup sepuluh tahun tanpa kelahiran adik baru maka lahir adik lelaki. Wah…. Gembira betul kami satu keluarga. Tapi dia masih terlalu kecil ketika kak longnya berkahwin… masih boleh bermain–main dengannya. Belum boleh dipelajari dunia lelakinya.

Dia yang aktif


Tiba satu masa yang dijanjikan Allah, saya mendapat seorang abang... lewat lafaz “aku terima nikahnya”… maka belajarlah saya untuk berada dalam dunia lelaki. “oh begitu…” “oh begini…” kadang-kadang juga rasa lambat dan sukar untuk dibiasai… Namun itulah dia seorang ‘abang’ yang perlu difahami.

Kata sahabat dan adik-adik… “kamu berdua sesuai sungguh”. "Kami sudah lama melihat keserasian kalian berdua”… kucari dimana irasnya wajah kami. Tidak ada. Sendiri tidak tahu di mana mereka menilai… Atau pernah lihat kami dating? InsyaAllah tidak pernah. melainkan meeting. Allahu’alam, biiznillah kami kini ‘serumah’.


Ada adik-adik yang gembira sungguh bila sampai berita kami akan disatukan. Saya terlebih lagi gembira dengan kegembiraan mereka. Bersyukur pada Allah yang Maha Menetapkan, jika berita itu dapat menggembirakan hati mereka. Dapat merasakan selautan kasih sayang manusia pada kami. Itulah tanda Allah juga sayang. Dan kasihsayang manakah yang lebih agung selain kasih sayang Dia. Tiada cinta lain sehebat cinta-Nya.

Sedetik pertunangan kami, berita pertunangan itu cepat saja tersebar satu dunia. Almaklumlah, bertunang gaya adat melayu. Kita tak kecoh pun orang tolong pukul canang serata negeri.

"Bai, siapa nama? Berapa umur? Ko jumpa kat mana? and bla.....bla.....bla..."

"fuuuhhhh.....amik"

"bila masa ko bercinta ni? aku tak dengar berita pun?"

"aku tak bercinta lagi dengan dia ni..."

"huh????? habis tu tiba-tiba bertunang?"

"bla...bla...bla..."

"owh...? macam mana ko bincang hal nikah dengan dia kalau tak jumpa dia and communicate?"

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Surah Al-Israa’(17) ayat 32

"bla...bla...bla..." dan say plus lah dengan tazkeerah yang patut. amik. Tanya aku lagi...

Walaupun saya tak bercinta dan itu dan ini. Tapi saya kahwin jugak. Saya bukannya kenal sangat dia. macam mana tu? Kenal dia sebagai rakan seorganisasi yelah... Selebihnya itu saya tak ambil tahu. Banyak lagi hal lain nak difikirkan.


Inilah abang saya.... Mashizaki Keikan

Masyarakat sekarang pelik dengan pernikahan dengan cara begitu. Padahal nenek moyang dia dulu pun buat macam tu walaupun tak mendalami Islam. Tapi adab itu sangat menjaga batasan. Tapi kepelikan demikian tidak pelik dalam arus sosial sekarang. Apa yang berlaku di zaman ini hampir 180 degree (aih mana nak cari simbul nih) terbalik dari yang sepatutnya. Tak berkepit sebelum kahwin jadi pelik dari berkepit sebelum kahwin. Baca Quran setiap waktu lagi pelik dari tak baca Quran langsung. Pakai baju longgar-longgar menjadi sindiran daripada pakai baju pembalut nangka yang dibanggakan. Orang pandang kesian pada orang yang pakai baju labuh-labuh tudung besar kerana terikat dengan agama tapi tidak kesian pada orang-orang yang tidak cukup kain pada tubuhnya malah berlubang sana sini, koyak sana koyak sini. Itulah dunia yang sudah terbalik.

Hidup sudah tidak berperinsip yang bertunjangkan iman. Diikut saja budaya-budaya kuning yang di bawa masuk. Kononnya itulah dunia kemasyhuran. Tipu daya yang amat mudah.

Islam telah mengajarkan segalanya yang terindah bagaimana untuk berkehidupan. Malah itu juga terkandung indah dalam adat dan resam walaupun adat itu sendiri bukan tunjang utamanya Islam. Tapi adat dan adabnya sangat menjaga. Tapi kenapa semua adat itu tidak juga menjaga sehingga sekarang. Bukankah kata pepatah "biar mati anak jangan mati adat" Bukankah Hangtuah juga pernah bersumpah "tak akan Melayu hilang di dunia." Darah Melayu tetap bersambung, namun identitinya jelas semakin pudar dan kusam. Cucu cicit Hangtuah lebih membanggakan gaya-gaya barat. Jika dia masih ada.... Mungkin dia rasa nak tarik balik kata-kata itu...atau dia akan serang semua orang yang menghilangkan identiti Melayu.

Kajian peribadi menganalisiskan, tidak ada yang lebih hebat penjagaannya pada seseorang melainkan penjagaan iman dan Islam. Yang tidak akan pupus. Kerana ia beredar bersama zaman bukan kerana sejarahnya, bukan kerana adatnya. Tapi ia tetap berputar bersama dunia kerana mentauhid dzat Yang Kekal Abadi. Kekal ada. Sentiasa ada. Di mana jua. Bila-bila masa. Andai kita memahami, mengetahui dan mengkaji.

"Sesungguhnya dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedang ladang akhirat itu jugalah yang indah abadi." Maka bersabarlah dan teguhkanlah pendirianmu.

Yer........ mungkin kita juga begitu jika kita tidak dipilih oleh Allah untuk menerima tarbiyyah. Untuk memahami tujuan kehidupan dan destinasi akhirnya. Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang membawa bekalan yang banyak dan amat menyesal orang yang membawa bekalan yang sedikit. Nak salahkan siapa jika orang yang tidak menerima tarbiyyah bertindak demikian? Sakit mata dan hati kita melihatnya kan? Jadi nak maki hamun mereka ikut emosi kita?

Sesungguhnya kita tiada hak untuk menghina hamba Allah kerana kita sedar kita juga hamba, malah Allah sentiasa menyayangi hambaNya dengan sifat ar-Rahman-Nya. Layak ke kita nak benci-benci ni? Yang perlu ada pada diri kita terhadap mereka adalah belas kasihan, kasih sayang. Kasihan kerana mereka belum lagi menerima hidayah. Kasihnya kita sesama hamba, sehingga kita nak mereka sama-sama merasakan kemanisan berada dalam keimanan dan sibghah Islam. Sayangi mereka sebagaimana kita menyayangi diri kita dan ahli kerabat kita.

"Tidak beriman seseorang itu sebelum dia menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri"

Jadi apa peranan uli albab? Jadilah hamba dan khalifah seperti mana yang diamanahkan. Jangan disia-siakan ilmu yang ada. Ilmu bukan sejenis harta buat simpanan sendiri.

Benarkanlah firman Allah:

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah"

Maka moh la kita marakkan obor Islam. Yang dah ikut usrah tu, janganlah disimpan-simpan jer ilmunya. Amanah untuk kamu adalah menyampaikannya semula.

"fastabiqul khairat!!! (marilah berlumba-lumba membuat kebajikan)"



4 comments:

violet biru said...

so sweet.. =) tazkirahnya cukup menarik santai dan bersahaja tapi singgah lama di hati =)

Unknown said...

nice la.

Asim Abdullah said...

haha~

Sekarang ana dah ada dua orang kakak. :]

Tarhata Kiran said...

semoga ada iktibarnya...

wah... kini ana ada dua adik lelaki ..... and tujuh adik perempuan....