Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Wednesday, March 23, 2011

Baitul Muslim

Bismillah....

Hari tersebut kami berhalaqah sendiri sambil meraikan hari terakhir kami bersama. Mereka siap bawakan kek secret resepy (kegemaran saya) dan berbagai juadah yang lain. Yang pastinya saya hanya bawak perut pada malam itu. Seusai perbincangan mereka semua duduk melingkari saya...Semua khusyuk mendegar penerangan dan cerita dari saya. Tercongok macam anak itik (kata Mariam bila kami mengimbau kenangan itu). Mungkin cerita itu sangat menarik(kot).

"Kak, apa perasaan akak sekarang?"

"Ntah, tak ada perasaan. Biasa jer." Sebenarnya macam-macam ada. Paling tegar sekali berkenaan tugas saya. Rasa bercampur dah perasaan tu. Yang penting perlu sentiasa tenang. Tak perlu nak bagitau satu dunia. Bila duduk bertafakur, maka berceritalah pada Khaliq. DIA lebih tahu. Hati lebih tenang.

"Kak, kalau kita dah ta'aruf/bertunang kan.... boleh ke kita nak ambil tahu pasal dia? Contohnya macam ambil tahu kalau dia demam ke...."

Ish... Boleh plak.... ada ke orang buat macam tu? Dalam fikiran saya pada masa itu.

Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku di kemudian hari. Sekalipun kamu mengaku kamu hebat tarbiyyah, jangan mudah ditipu oleh tabiran syaitan. Jagalah hati sebaik-baiknya. Sesungguhnya syaitan sentiasa berusaha merosakkan hati anak adam.

Nikmat cinta manusia itu paling tinggi nilainya setelah cinta Allah dan Rasul. Hingga Allah tetapkan, jika ingin bercinta antara Adam dan Hawa maka ia perlu dimetrai secara terhormat, iaitu pernikahan.

"Tidak ada yang bisa dilihat (lebih indah) dari dua orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan" ( HR. Hakim, disahihkan dengan syarat2 Muslim)

"Owh........ Sepatutnya tak boleh. Tak perlu nak tanya beria-ia. Kita dan dia masih tetap dia dan kita seperti dulu. Semuanya cuma berubah bila sudah sah menikah." Dengan kesedaran bahawa apa yang dikatakan itulah ujian bagi saya. 'Things are easier said than done.' Saya hanya mampu katakan teori, dan semoga saya tetap hebat pada 'amalnya. PadaNya hamba bergantung. Ilmu tetap perlu hamba sampaikan.


Dan berbagai persoalan lagi. Cerita ceriti cinta, khitbah dan baitul muslim menjadi topik kegemaran anak-anak remaja. Dari latar mana pun mereka. Itulah fitrah yang ada dalam diri manusia. Siapa boleh nafikan?


Sampai ke bumi Selangor, mereka masih setia mendengar penerangan baitul muslim saya.Tercongok semua mendengar. Huhh, sehingga saya rasa jadi ikon untuk baitul muslim. (perasan ke?) Yang penting saya rasa puas memberikan semua ilmu yang saya ada berkenaan dengannya. "Terima kasih Allah jika ini menjadi satu modal tarbiyyah. Dan terima kasih kerana memilih hamba atas urusan yang agung ini."

"Ana ada satu soalan. Kita rasa diri kita tak hebat mana.. bolehkah kita nak mendapatkan seorang zauj yang hebat."

"Kita disuruh untuk berdoa agar kita mendapat syurga Firdaus. Adakah doa itu sahaja yang menjadi penyebab untuk kita mendapat Firdaus. Kita harus berusaha untuk mendapatkannya right? Bagaimana kita berusaha? Dengan menjadi orang selayaknya untuk Firdaus right? Begitu juga dalam soal jodoh. "

"Sesungguhnya doa kita didengari Allah. Jika niat kita pada kebaikan maka kebaikan itu lebih hampir, begitu juga sebaliknya. Pokok pangkalnya tanya iman."

Cinta manusia itu bukan matlamat utama yang dicari dalam dunia ni. Bila matlamat kita jelas, langkah kita kemas, maka Dia akan berikan yang selayaknya bagi kita.

perlu jelas.........

Masa kerja dulu bukan main skemanya saya… Nak jaga ikhtilat nih…. Bercakap suara kena tegak jer… jangan nak mendayu-dayu eh… Alhamdulillah lama bertahun saya practice tu hingga dah jadi automatik bila komunikasi dengan ikhwah. Akhawat pun kena tempiasnya bila saya sudah skema dengan tanggungjawab saya..huhu… Maka samalah jadinya dengan proses pertunangan saya. Ikhwah tetap ikhwah eh… Tak ada bezanya kita.

Nak contact punyalah fikir seratus kali (melampau). “Perlu ke hal yang aku nak tanya/bagitau ni?” “Macam mana nak cakap ni?” “Ayat paling skema please…..” Pi mai…pi mai… boleh dua tiga hari dok fikir nak hantar sms tu. Kadang-kadang tak terhantar pun… Alik-alik saya assume jelah dia tu macam tu dan macam ni.. Tak payah tanya. Malas nak banyak komunikasi.

Kalau jalan nak pilih jalan paling jauh sekali dalam dunia (melampau lagi….). Tannak bertembung dengan dia…. Rela tawaf bangunan. Ups, dia kat depan! Uturn segera. Sila pilih jalan paling selamat. Huuu….

Penat menjaga hati dikala itu. Yes, hati saya bukan untuk urusan saya dengan dia sahaja. Hati saya banyak tanggungjawab. Hati saya perlu tenang, sentiasa basah dengan ilham Allah. Hati saya banyak amanah. Saya tak mahu gelapkan hati saya dengan ilham syaitan. Saya harus menunaikan hak hati saya. Saya perlu bersabar menjaga hati saya, kerana saya tetap yakin dengan janji Allah. Maka Dia akan berikan ganjaran yang lebih indah. Tidak perlu saya mendapat sebelum masanya.

Begitu juga dengan anda. Jagalah hati anda!

Dan........ alhamdulillah untuk hari ini.........:)


7 comments:

Anonymous said...

salam..suka dgn gaya awk menulis blog,sgt2 terkesan di hati..jnji ALLAH itu pasti..

Tarhata Kiran said...

assalamu'alaykum...

terima kasih...:) teruskan membaca.
semoga bermanfaat.

...YaQuTi WarDah.... said...

assamualaikum zura...nice blog, buat ira xsbr tuk membaca entry seterusnya...

violet biru said...

salam bai..

nak kongsi entry ni di blog saya ya. suka stail selamba selepas bertunang.. yang penting terjaga =)

Unknown said...

jaga.

Tarhata Kiran said...

Yaquti wardah : teruskan membaca. pastikan dapat inputnya

violet biru: silakan...
anyway, adakah kita saling mengenali. violet biru ni dari UTM kan?

+asyraffobia+ : sentiasa menjaga diri ya...

Tarhata Kiran said...

ok....... violet biru is Maslinda Supandi......................

apasal bukak blog muka orang lain?