Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Wednesday, November 9, 2011

Berkebun

Bismillah....

Ketibaan rasa nak berkebun. Teringat masa kecil-kecil dulu sangat suka tanam pokok bunga. Walaupun tangan tak berapa nak sejuk, tetapi selalu bersemangat. Suka juga masuk kebun sayur arwah nenek Zainab yang berada di tepi rumah beliau. Kadang-kala ikut arwah nenek Zainab ke bendang padi... Ahhh...rindunya saat bersama arwah nenek. Nenek suka menanam. Tangan nenek sejuk. Begitu juga arwah atok Che Mat. Suka menanam padi dan sayur. Zaman kecil-kecil dulu, apabila balik kampung, akan ternanti-nanti atok Che Mat menjala ikan di tali air. 

Arwah Tok Yaa Kub dan nenek Fatimah juga berkebun, dan hidup dengan hasil kebun kata ummi. Ummi juga membesar dengan berkebun. Cuma saya tidak sempat merakamkan memori berkebun bersama tok Yaa Kub dan nenek Fatimah. Mereka pergi lebih awal. Namun hasilnya dapat di rasa hingga ke hari ini. Semoga air tangan Tok Lebai Yaa Kub memberi kemujaraban buat anak cucu tercinta sehingga terpelihara kami dari fitnah dunia.  

Pada suatu hari yang indah, Mr Mashizaki Keikan telah bercuti dengan sesuka hati. erk...oh tidak. Beliau menemani saya check up di O&G an-Nur. Sementara menunggu giliran maka keluarlah kami ke nurseri. Tapi bukanlah untuk menghantar anak(sebab anak takdak lagi), atau men'survey' tempat untuk menghantar anak, atau melawat anak sesiapa. Kami ke nurseri untuk mencari pokok-pokok yang sesuai diletakkan di balkoni rumah kami yang kosong. Mr Mashi ni sukalah juga dengan lanskap ni kan... apatah lagi saya. Maka saya dengan berbesar hati mengikut dia. Dah lama tidak menanam pokok sendiri. 






Ini adalah pokok limau purut yang saya berkeras nak beli memandangkan saya suka masak tomyam sayur. hehe



Pokoknya kian meninggi dan daunnya semakin banyak setelah lebih kurang 2 bulan setengah


Pokok kembang 10 yang terpaksa menumpang di pasu limau purut lantaran tidak cukup pasu


Sejak beberapa minggu kebelakangan ini pokok kembang 10 ini rosak pangkal batangnya. Maka saya pun mencabut, membuang batang rosak dan membuat semaian baru.


Yang dari pasu tidak pula rosak. bunga pokok kembang 10 ini akan berkembang sekitar pukul 10 pagi dan kuncup semula lebih kurang pukul 5. Itulah sebab namanya kembang 10.  Gambar ini diambil pada pukul 7 pagi. maka tiadalah bunganya. 


Ini adalah pokok yang tidak diketahui namanya. Sejenis pokok merayap. Alangkah kesiannya dia diletak di dalam pasu seketul-seketul. Pokok ni senang bertumbuh bila mendapat air yang cukup dan senang layu bila air tidak cukup.


Ini adalah sejenis pokok krismas yang agak senang juga penjagaannya. Letak baja daun setiap dua minggu.


Ini juga pokok yang tidak di ketahui namanya. lebih sesuai diletakkan di tempat yang teduh.


Ini juga tidak diketahui namanya. Daun barunya sudah banyak yang tumbuh. Sebenarnya semua pokok yang diebeli adalah jenis tidak berbunga kerana untuk mudah di jaga kata Mr Mashi. Biar nampak indah tapi tidak bersepah. Tapi saya suka bunga, maka saya pun meminta sedikit pokok bunga kembang 10 dari pekerja nurseri. Dia pun dengan senang hatinya mencabut beberapa pokok kembang 10 yang berbagai warna bunga untuk saya. Maka saya pun suka hati.... 


Peralatan berkebun kami yang ringkas.


Kunyit dan halia diletakkan dalam bekas bertanah. Tiru ummi, untuk kesegarannya. Pastu biarlah kalau dia nak tumbuh.


Ini juga sejenis pokok merayap yang tidak diketahui namanya. Sudah lama hidup bersama, tapi ta'aruf nama pun belum.. Ish3... Diletakkan di sudut rumah. Pokok ini paling senang nak hidup. Hanya letak di dalam bekas yang berair. Ia mampu survive dengan hanya minum air. Namun perlu diperhatikan selalu bekas airnya agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk. Lebih elok diletakkan daam pasu yang mulutnya kecil. Tetapi saya hanya menggunakan botol yang dipotong untuk menempatkan pokok ini sementara menunggu belanjawan negara yang lebih besar untuk membeli pasu.


Ini adalah pokok yang berbunga yang tidak perlu disiram. huhu....


Ini pula adalah pokok kesayangan Mr Mashi yang diletakkan di tepi almari buku. Beliau lebih suka pokok yang tidak berbunga manakala saya suka pokok yang berbunga. 




Pokok merayap yang di letakkan di yard. Actually pokok ini lebih lebat daunnya bila diletakkan dalam pasu ynag bertanah


Di sepanjang grill di yard.


Daunnya masih jarang.


Sesungguhnya saya amat berbesar hati sekiranya dapat menanam pokok-pokok sayur di sekitar rumah. Tapi apakan daya, kami tinggal di pangsapuri, maka bercita-citalah saya untuk ada landed house suatu hari nanti. Namun boleh jer sebenarnya nak bertani kat pangsapuri, gunakanlah pasu-pasu yang sesuai. Bestnya jika dapat diusahakan suatu hari nanti. 

3 comments:

permata said...

salam sayang buat ex-usrahmate ku cik bai yg comel, hehe. comel la bai ni, suka baca entry ni ^_^ kami pun tgh cari landed home juge..sbb nak berbakti pd tanah juge..hee..stkt ni kt senawang..huuu...terasa jauhnya la n9 tu..tp dkt dgn kg suami d melaka ^_^ xtau la en suami suka pokok mcmana..pokok buah2an kot,huhu

Tarhata Kiran said...

huhu....comel la ecah ni...hihi...
bestnya kalau dapat landed house kan? bagi yang suka bertanam and menghias laman.... dapat tanam pokok buah lagi best tu...

nak pindah snawang ke? kat mana? habis tu echah kerja kat mana plak pastu?

permata said...

insya-Allah jangka masa panjang dok kat senawang, tp rumah tu blm siap lg, baru je nak register. awal2 ni mcm nak sewakan je dulu rumah tu, n kte dok dgn husband kat kem dia. time tu nanti nak try apply lecturer kat sana. :) ::wish to be a full-time house-wife:: :) bai ada plan nak beli rumah jg?dah survey kat mana?