Bismillah…
Saya dalam usaha untuk memahami kehidupan masyarakat
Malaysia pada masa sekarang. Untuk memenuhi kefahaman saya terhadap bidang
kerja yang sedang saya ceburi. Sesungguhnya penceburan saya dalam dunia belia
amatlah mentah bagi saya, dan sangat banyak yang perlu saya belajar. Memahami
situasi masyarakat amatlah penting bagi saya, agar saya dapat menjiwai waqi’
atau suasana bidang kerja saya dengan jayanya. Antara usahanya saya
menghumbankan diri dalam satu group fb yang di dalamnya banyak perkongsian
masalah hidup, walaupun tajuk sebenar group tersebut adalah tiada kaitan pun
dengan masalah hidup yang diceritakan.
Dalam group ini ahlinya terdiri dari lelaki dan wanita.
Tetapi setakat pemerhatian saya, yang mengadu masalah adalah semuanya wanita dan
kebanyakan masalahnya adalah masalah rumah tangga yang berkaitan dengan suami,
mertua, ipar duai bahkan ada juga yang bermasalah dengan anak saudara.
Komen-komen dari rakan2 group yang lain juga berbagai-bagai caranya. Ada yang
positif menasihat, malah ada juga yang mengutuk si pengadu. Ada yang berbahasa
intelektual dan ada yang kurang berintelektual dalam menyuarakan pendapat
masing-masing. Disini saya dapat belajar
cara berbahasa seseorang dan bagaimana masyarakat awam merespon sesuatu topic. Pengetahuan
ini amat penting untuk urusan komuniksi.
Beberapa persoalan yang terblink blink dalam kepala saya
bila membaca kisah mereka ini. “owh masalah macam ni wujud dalam masyarkat ?”
tak pernah terbayang di pemikiran. “banyak rupanya masalah dalam masyarakat
ni.” Bila dah biasa berada bersama golongan tarbiyah dan kurang ambil tahu isu
masyarakat. Dan kadang-kadang
masalah-masalah tu macam tak logic pun ada. Bila masalah tu sometime sama macam
masalah sendiri, akan rasa “owh orang lain juga ada masalah yang sama. Maka
masalah yang saya hadapi adalah normal. Dan saya bukan alien.” Cumanya
bagaimana cara yang paling baik untuk saya selesaikan masalah saya tu. Sudah
tentu saya takkan siarkan untuk dibaca oleh orang ramai yang kononnya untuk
dapatkan nasihat. Kenapa “kononnya”
plak….
Bila ditelusuri kisah hidup masyarakat, sebenarnya sungguh
ramai lagi ahli masyarat dalam negara Malaysia yang boleh dikatakan masih ramai
lagi ulama ini yang rendah keilmuan dan pengamalannya terhadap nilai Islam. Ini
sudah tentulah ditujukan kepada umat Islam. Dapat dilihat jelas dari statistic
ini bahawa masalah rumah tangga ini akan lebih memberi kesan terhadap wanita.
Mungkin lelaki juga ada yang menghadapi masalah, tetapi itu tidaklah menjadi
sesuatu isu yang besar dalam kehidupan mereka.
Telah dijadikan oleh Allah bahawa lelaki mampu untuk
membahagikan pemikirannya antara kerja, keluarga dan emosi menyebabkan isu rumah tangga kurang
mengganggunya dan dia mampu berkerja secara professional. Tetapi berlainan pula
dengan wanita yang lebih beremosi. Dengan anugerah sifat Rahim (kasih sayang)
yang tinggi dalam dirinya, menyebabkan segala urusan hidup adalah sensitive dan
menyerap dalam ke lubuk hatinya. Masalah –masalah terutama masalah rumah tangga
akan sangat mempengaruhi emosinya dan mendorongnya untuk bercerita dan bertanya
orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya.
Antara cara wanita menenangkan hatinya adalah dengan
mendekati majlis-majlis ilmu. Namun sayangnya lelaki jarang sekali meluangkan
masa untuk menyertai majlis ilmu. Contohnya, ceramah fiqh wanita ramai di
hadiri oleh wanita samada yang dah berkeluarga ataupun belum. Adakah lelaki
tidak perlu tahu fiqh wanita? Sedangkan wanita itu sudah ditentukan ada
penjaganya iaitu ayahnya, atau suaminya atau adik beradik lelakinya. Jika
penjaga itu sendiri tidak tahu menjaga harta yang perlu dijaganya maka apakah
yang akan terjadi kepada harta itu? Harta tersebut mungkin akan rosak kerana
salah pengendaliannya. Harta yang perlu dibelai tapi disepak terajang, perlu
digunakan bahasa yang lunak lagi lemah lembut tetapi dimaki hina. Terjadi
samada harta itu rosak atau penjaganya akan kehilangan harta tersebut. Telah dinyatakan dalam surah an-nisa’
Ar-rijalu qawwamuna ‘ala nnisa’
Lelaki itu adalah pemimpin keatas wanita.
Maka amatlah perlu bagi seorang pemimpin untuk mengusai ilmu
berkenaan orang yang dipimpinnya agar kepimpinanannya tidak pincang. Sedihnya
bila para lelaki ini berasa ego untuk menghadiri majlis ilmu. Takut dikatakan
dirinya nanti serba tak tahu sehinggakan perlu belajar bab agama atau
kaunseling rumah tangga. Lebih rela buat-buat tahu dari dikatakan tidak tahu.
Apatah lagi bila si isteri yang baru balik dari majlis ilmu membetulkan suami
berdasarkan ilmu yang di dapatinya, maka di balas “kamu jangan pandai-pandai nak
mengajar aku.” Egonya dia. Maka sedihlah hati si isteri.. mengharapkan isu
rumah tangga dapat diselesaikan tetapi tidak dapat bertindak apa-apa bila suami
tidak mengendahkan. Kesian isteri. Melawan dikatakan derhaka, berdiam merana
jiwa. Itulah dilemma wanita….
Maka sepatutnyalah lelaki
menuntut lebih banyak ilmu dalam menjaga wanita, baik isteri, anak, ibu
atau adik beradik kerana mereka ini akan dipertanggungjawabkan keatas kaum
lelaki. Dan jika seseorang suami itu mempunyai ilmu juga, jangan menggunakan
ilmu itu untuk bertindak tidak adil keatas isteri yang jahil. Contohnya, “kamu
keluar rumah tanpa izin suami, kamu dikira nusyuz.” Padahal dalam masa yang
sama, suami tidak memberikan nafkah untuk isteri. Tetapi tidak pula menjatuhkan
hukuman berdosa keatas dirinya yang tidak memberikan nafkah kepada keluarga.
Maka isteri yang jahil itu hanya berendam air mata sambil terpisat-pisat
mengenangkan bahawa hukum Allah tidak adil keatas dirinya, walhal tidak begitu.
Jadinya wanita mahupun lelaki perlu tahu tanggungjawab
masing-masing serta sangat perlu tahu syariat agama terhadap urusan rumah
tangga. Ini khusus untuk bab rumah tanggalah, sebenarnya umat Islam perlu tahu
keseluruhan syariat Islam seperti yang dinyatakan dalam surah al-Baqarah “fi
silmi kaaffah.” Masukklah ke dalam Islam
secara keseluruhan. Bukan separuh-separuh, nescaya urusan hidup akan terpandu
secara keseluruhan. Dari arah penjuru mana pun masalah itu dating, pasti akan
dating kepada kita jalan yang Allah
tunjukkan dan hati akan berasa tenang, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment