Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, March 6, 2009

Generasi al-Qur’an Yang Unik


Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan berbagai bentuk hikmah di sebalik tragedi yang berlaku di Gaza. Mereka di sana dan kita di sini, sama-sama diuji sebenarnya. Seteguh mereka di sana, dan teguhkah lagi kita di sini? Jika mereka diserang dengan serangan fizikal, adakah kita menyedari bahawa kita sebenarnya telah diserang pemikiran kita (ghazwul fikr)? Masuknya ia ke dalam pemikiran kita dengan cara yang sangat halus lagi teliti. Malah kerosakan ideologi tersebut bertapak kukuh di dalam persekitaran bahkan dalam diri sendiri.

Mari kita melihat kembali kepada zaman Rasulullah SAW, bagaimana generasi terdahulu itu berjaya membuang karat-karat jahiliyah yang telah lama bertapak dalam kehidupan mereka walaupun ianya telah diwarisi sejak turun-temurun. Apabila dua syahadah dilafazkan, maka seluruh sistem Islam itu bertapak kukuh dalam diri mereka. Keagungan tamadun dan budaya Romawi, Yunani , Parsi, China dan India pada zaman tersebut sedikitpun tidak mempengaruhi pegangan dan kepercayaan mereka. Malah bermatlamat agar tamadun-tamadun tersebut juga mengamalkan ajaran Islam. Dan akhirnya tapak yang kukuh itu, berjaya mencipta sebuah Tamadun Islam yang melakar keagungannya selama lebih 600 tahun.

Sungguh generasi sahabat Rasulullah SAW, ridhwanullahi alahihim ini adalah satu generasi yang unik. Paling istimewa dalam sejarah Islam dan sejarah kemanusiaan seluruhnya. Generasi ini tidak pernah muncul dan timbul lagi setelah itu dalam bentuk yang ramai, walaupun terdapat juga peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah.

Tetapi persoalannya, bagaimanakah mereka ini boleh menjadi satu generasi yang unik? Apakah karakteristik umum generasi ini? Apakah rahsia mereka sehingga mereka begitu berbeza dengan kita? Al-Qur’an yang menjadi sumber dakwah mereka masih berada bersama-sama kita. Hadis-hadis Rasulullah dan petunjuk-petunjuk daripada perjalanan hidup dan sirah yang mulia itu juga masih ada di samping kita. Ia sedikitpun tidak terjejas oleh perubahan zaman. Jadi apakah rahsia di sebalik keunikan tersebut? Adakah kerana pada zaman tersebut adanya diri dan peribadi Rasulullah SAW hingga menjadikan mereka menjadi begitu unik? Bagaimana mungkin terjadinya hal yang sedemikian itu sedang Allah SWT telah memberi jaminan untuk memelihara al-Qur’an. Jaminannya juga menjanjikan bahawa dakwah ini akan berterusan walaupun selapas zaman Rasulullah SAW dan Allah akan tetap memelihara agamaNya ini sehingga hari kiamat. Maka hakikat ini membuktikan bahawa ketiadaan diri Rasulullah bukanlah alasan di atas kegagalan dakwah di zaman kini.

Saudara pembaca yang dirahmati,

Sumber pokok yang dicedok oleh generasi pertama ini adalah al-Qur’an. Hanya al-Qur’an sahaja. Hadis Rasulullah dan petunjuk-petunjuk baginda adalah penafsir kepada al-Qur’an. Pengambilan petunjuk dari al-Qur’an secara total ini telah membentuk satu generasi yang bersih hatinya, bersih pemikirannya, bersih pandangan hidupnya, bersih perasaannya, dan murni jalan hidupnya dari sebarang unsur yang lain daripada landasan Illahi yang terkandung dalam al-Qur’anul Karim. Ketika Assayyidah ‘Aisyah RA ditanya mengenai kelakuan dan perjalanan hidup Rasulullah SAW maka beliau menjawab dengan maksud: “Kelakuan dan perjalanan hidup beliau (Rasulullah saw) itu adalah al-Qur’an(HR an-Nasa’i). Sungguh mereka ini adalah suatu Generasi al-Qur’an yang unik. Generasi ini hanya menerima panduannya dari al-Qur’an semata, maka dengan sebab inilah mereka berhasil membentuk sejarah gemilang di zamannya.

Namun demikian, setelah berlalunya beberapa dekad sumber panduan yang utama ini telah bercampur baur dengan sumber-sumber lain. Iaitu dengan falsafah Yunani (Greek) dengan cara berfikir dan logiknya, dongengan Parsi dan pandangan hidupnya, cerita-cerita israeliyat Yahudi, falsafah ketuhanan ala-Kristian yang telah bercampur baur dengan ilmu Kalam, dan turut dimasuki saki-baki peninggalan tamadun lampau yang sukar dikikis. Maka percampuran sumber panduan ini telah menjadi faktor utama generasi berikutnya berlainan sama sekali dengan genarasi al-Qur’an yang unik itu.

Selain faktor tersebut, faktor asas kedua yang membezakan antara generasi al-Qur’an tersebut dengan generasi selepasnya adalah cara generasi tersebut berinteraksi dengan al-Qur’an. Generasi pertama itu tidak mendekatkan diri dengan al-Qur’an dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan semata-mata, bahkan bukan juga untuk mencari hiburan dan penglipur lara. Mereka sekali-kali tidak belajar al-Qur’an dengan tujuan untuk menambah bahan ilmu buat pingisian di dada mereka. Bahkan mereka mendalami al-Qur’an untuk belajar bagaimanakah arahan dan perintah yang digariskan Allah dalam urusan hidup peribadi mereka dan dan juga urusan masyarakat. Mereka mendekati al-Qur’an dalam rangka melaksanakan ayat-ayat yang diturunkan buat diri mereka tanpa rasa ragu-ragu walau sedikitpun:

“Kitab (al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, dan mereka beriman kepada (al-Qur’an) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (2:2-5)

Perasaan “belajar untuk melaksanakan” inilah yang telah menambah luasnya lapangan hidup, ma’rifat dan pengalaman mereka dari ajaran al-Qur’an yang tidak mungkin dapat dicapai kalau sekadar bertujuan menyelidik dan mengkaji sahaja. Dan perasaan inilah yang memudahkan urusan hidup mereka, ia melahirkan pelajaran yang menggerakkan aktiviti yang tidak bersarang sebagai teori sahaja.

Faktor asas yang ketiga yang membentuk kepada generasi al-Qur’an yang unik ini adalah penolakan jahiliyah secara total iaitu dari sudut pemisahan perasaan dan suasana kehidupan. Setelah berada di dalam Islam, mereka merasakan amalan jahiliyah dulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran Islam. Ini timbul dari percantuman diri mereka dengan Islam serta pimpinan Islam. Mereka memberikan perhatian, kepatuhan, kesetiaan kepada masyarakat, organisasi dan pimpinan Islam.

Sedarkah kita sekarang sedang berada di mana? Kita sebenarnya sedang berada di zaman kegelapan jahiliyah seperti pada zaman Rasulullah dahulu, malah lebih gelap lagi. Konsep hidup, akidah kepercayaan, adat istiadat dan kebiasaan, sumber pelajaran seni dan sastera, peraturan dan undang-undang, dan hinggakan banyak perkara yang kita anggap sebagai pelajaran Islam rupanya hasil ciptaan jahiliyah.

Oleh yang demikan sahabat pembaca sekalian, tidakkah kita ingin menjadi satu generasi al-Qur’an seperti yang ada di zaman Rasulullah SAW? Yang mana pegangan, kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah sedikit pun tidak berbelah bahagi, sedang fahaman jahiliyah yang melata di sekitarnya sedikitpun tidak berjaya menembus keimanan mereka. Bagaimanakah caranya untuk kita menjadi generasi al-Qur’an yang unik seperti di zaman Rasulullah saw ini? Marilah kita mengambil teladan daripada generasi pertama ini.

Pertamanya, kita mesti rujuk semula ke pangkal jalan iaitu kepada sumber yang murni yang dirujuk oleh generasi pertama tersebut iaitu al-Qur’an. Dari situlah kita harus mengambil pandangan hidup, mengambil nilai diri dan akhlak, serta mengambil panduan dan program pemerintahan, politik, ekonomi dan segala aspek kehiduan kita. Kita cintakan Islam yang sempurna (kaafah/syumul) maka segalanya haruslah diambil dari Islam, bukan pilih-memilih.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. (al-Baqarah, 2:208).

Berkata Hassan al-Hudaibi: Tegakkan Islam di dalam dirimu, nescaya tertegaklah Islam di muka bumi.

Seterusnya, rujukan murni itu haruslah dirujuk berdasarkan kaeadah “belajar kerana untuk melaksanakan” bukan sekadar untuk mengetahui, mengkaji ilmu, atau mencari bahan cerita. Kita merujuk kepadanya untuk mengetahui apa sebenarnya yang diminta untuk kita lakukan, maka kita lakukan. Dalam menelusuri pengkajian dan perlaksanaan itulah kita akan berjumpa dengan keindahan seni al-Qur’an, kisah dan cerita, pandangan-pandangan dengan logik kesedaran hati serta segala apa yang dicari oleh para ilmuan dan pakar penyelidik. Ya, kita akan jumpai semua itu. Bukan dengan maksud untuk sekadar hendak belajar dan menyelidik ilmunya, tetapi tujuannya adalah untuk mengetahui apakah pekerjaan yang al-Qur’an kehendaki untuk kita kerjakan! Konsepnya yang perlu kita pegang, tuntutan al-Qur’an mengenai pandangan dan perasaan kita terhadap Allah SWT, serta tuntutan mengenai akhlak, realiti hidup dan corak sistem hidup yang perlu kita amalkan.

Kemudian, tidak dapat tidak kita mestilah membebaskan diri dari cengkaman jahiliyah ini dan mencabut akar umbi kepada jahiliyah yang ada dalam kehidupan kita dan masyarakat. Selain dari itu, kita juga harus membuat pembersihan dari segala karat-karat jahiliyah yang ada dalam pengamalan hidup kita. Sesungguhnya antara yang hak dan yang batil, tidak akan pernah bisa berjalan seiring.

Asasnya, kekuatan hubungan dengan Allah sahajalah yang menjadi tenaga penggerak hati, rasa, pemikiran dan sahsiah diri sejajar dengan syariat Islam. Inilah rahsia kekuatan sebenar yang akan mencorak seseorang dengan corakan Allah SWT (sibghatullah) walaupun di tempat sunyi ataupun di khalayak ramai, gelap dan terang, susah atau senang; setiap ketika dan di mana sahaja. Inilah proses didikan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi al-Qur’an yang unik.

Tuesday, March 3, 2009

Friday, February 27, 2009

Ya Allah, Engkaulah zat Yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Engkau melihat segala usaha hambaMu. Ya Allah! Sesungguhnya hamba penat. Namun lautan rahmat dan cintaMu membuat hamba sentiasa berasa tegar dan segar. Ya Allah! Jangan tinggalkan hamba dalam kesia-siaan. Jadikanlah semua langkah hamba sentiasa mendatangkan redha dan rahmatMu... ameen...

Wednesday, February 11, 2009

Bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:



maka setelah ini wahai jiwa, janganlah kau hanyut dalam nestapa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu didunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita kan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup unutk dunia, tetapi menjadikan dunia unutk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup diakhirat kelak.


maka janganlah ditangisi apa yang bukan milikmu..


oleh: Mutiara putih


Wednesday, February 4, 2009

Di Jalan Dakwah Kita Bertemu

Bismillah... mengimbas kembali kenangan semalam...
Alhamdulillah...sebelum memulakan jaulah kami berdaurah... melayan rengekan hati yang minta diisi. Alhamdulillah pengisian yang sangat dekat dihati, berlegar dalam situasi. Disambung lagi dengan pengisian baru-baru ni. wah, bertambah kemas lagi! Daurah ditamatkan dengan harapan dapat digunakan dengan sebaik mungkin. wah.... Segar rasanya hati.

Perjalanan diteruskan lagi ke destinasi nun jauh ke KL, menziarah akhawat UKM, 'Tokoh' and kembungkan perut dengan angin, disamping shoping kat Nilai sampai kempis beg duit. Bunga oh bunga....(tapi menda lain yang dibeli,hey...). Betullah kata (kata saper ek? lupa) Kita tak akan betul2 kenal seorang sahabat jika tidak berkelana bersama, makan sepinggan, tidur sebantal dengan dia.

Dijalan Dakwah Kami Bertemu....

Disaat bersalaman dengan akhawat saner... terasa ada satu pautan hati yang sangat kuat. Hati mengatakan, Yes, you are the person! belum sempat orang tu perkenalkan diri, mulut ni tak sabar nak tanya dulu, "nama enti Hajar ke?" "Ya""Matrik Melaka ke dulu?" "a'ah". Sampai situ je dulu, orang lain dok beratur kat belakang.

Masuk halaqah, taaruf lagi. bla bla.....
Hajar baru memuatkan diri kedalam halaqah(tadi masak kot) "ana dengar ada yang dari K.Krai, dekat ngan kampung ana tu. Dulu masa kecik pernah dok K. Krai" ha...hajar dah buka jalan. "Ana lah, anti kenal ana lagi tak?" jawab ana teruja. Ana pun mulalah menyingkap kenangan silam...

Kami adalah bestfriend semasa darjah satu. Pergi dan balik sekolah dengan van yang sama. Bertiga, tapi lebih rapat ngan dia. bermain, bergaduh. Petang2 slalu lepak kat rumah dia. buat kerja skolah lah konon... Habis je darjah satu, family dia nak pindah ke kampung halaman, takder la jauh mana. Setengah jam jer dari tempat kita orang masa tu.Tapi budak kecik lagi masa tu...jauh la tu kira. Nak jalan kaki tak sampai. Sedih sangat....dia ajak la pergi kampung dia bila ada peluang... tapi memang tak pernah pergi pun, sebab memang takder peluang. Tapi dalam hati sentiasa berdoa agar dapat jumpa balik ngan dia. Betapa ukhuwwah budak kecik dulu sangat mengikat.

Act, kat matrik jumpa lagi dengan dia. tapi masa tu dia JPP, malas nak layan sangat..huhu...Tapi hati dok rasa2 memang dia lah orangnyer, tapi suruh orang lain tanyakan. nama Hajar dah betul dah. 'tinggal kat Machang ke?' 'tak, kat pahang.'...erm...kecewa jap. Takper doa lagi. Nak jumpa lagi dengan Hajar yang dulu. Tunggu lagi....

Masuk UTM...dah jumpa ngan ramai orang, sahabat, ikhwah dan akhawat... bila duduk ngan sahabat yang rapat skit, dok ingat siape lagi kawan2 rapat yang zaman2 dulu. sesekali teringat kat Hajar. Sahabat 13 tahun yang dulu...

Sampailah masanya dapat peluang dapat jalan2 sambil jumpa sahabat2 kat UKM... Hadiah datang bergolek-golek depan mata. HADIAH ALLAH yang amat bernilai. Selama hampir 15 tahun menunggu... jumpa lah hajar kat depan mata sebagai AKHAWAT. Rupanya macam ni Allah nak temukan kita. Keadaan ni. Jalan ni. Ukhuwwah ni. Lebih lagi, Hajar Ameerah disana, dirini Ameerah disini. Kami pun kongsi lah cerita, pengalaman dan teknik bersama..

Tutup halaqah, sambung lagi story masa silam... Masa yang ada tu digunakan sebaiknya bersama Hajar, borak, makan dan bergambar kenangan. InsyaAllah, biiznillah kita berjumpa dilain kali. Semoga ditetapkan iman, berada dalam medan yang sama sampai hujungnya. 'Kasih bertaut, Ukhuwwah terpaut', bak kata seorang akh.
(kata bersahut, gayung bersambut: silat gayung punya, saja nak tulis)

Masa nak balik, dok sebok bergambar ngan Hajar lagi. Orang lain dah dok tunggu dalam kereta. Rasa macam taknak balik lagi......... takpelah, InsyaAllah jumpa lagi. Hari tu hari yang paling bahagia rasanya... bersyukur ke hadhirat Illahi yang menyatukan hati-hati... Setelah bergelumang dengan urusan di UTM, sampai otak ni tak tahu nak fikir apa dah, Allah hadiahkan rasa bahagia ni... alhamdulillah... alhamdulillah...alhamdulillah....

akhawat UTM pun ana sayang. Ramai..ramai? semua yang seangkatan dah nak grad, tinggal ana sorang....
Sahabat datang dan pergi, yang patah kan tumbuh, hilang berganti. Semoga Allah gantikan kita antara satu sama lain dengan yang lebih baik. Jangan g jauh2 tau...

Uhibbukum fillah abadan abada...