Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, October 2, 2009

Tarhata Kiran....

Hati terasa sayu......

Masanya kian mendatang....

Dari tahun satu...sampai tahun empat....
hidupku bersamanya...
hatiku bersamanya...
jiwaku bersamanya.....

Masanya kian mendatang...
untuk meninggalkannya...
semoga dia tetap di sini...
menjalankan tanggugjawabnya dalam dakwah...
walau orang bersamanya datang dan pergi...

Padanya ada cintaku, sayangku...senyum dan tangis...
Hebat! dia bisa mencorak warna-warna kehidupanku...

Masanya kian mendatang...
Tiga tahun bersamanya...
menginggalkannya tentu sekali membuat hidupku menjadi ganjil...

Masanya kian mendatang..
Hati terasa sayu...
Kerana jiwaku bersamanya...

Semoga Allah bersamaku..
Semoga Allah bersamanya...





- final year student -

Monday, September 7, 2009

Seindah Taman Ramadhan

Bismillah…
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin…. Segala puji bagi Allah yang mentadbir seluruh alam… segala puji bagi Allah yang menghadiahkan Ramadhan ini lagi. Bulan yang penuh kemurahan. Kemurahan maghfirah Allah, kemurahan nikmat Allah, kemurahan kasih sayang Allah… sehingga hati-hati yang berada di dalamnya lebih asyik untuk mengumpul amal, lebih asyik untuk ke majlis ilmu, lebih asyik mengalunkan kalimah cinta ‘Surat Cinta dari Langit’, lebih asyik berlama-lama di tikar sejadah. Mungkin tidak mahu melepaskan peluang di MEGA SALE Ramadhan, dengan diskaun,bonus dan hadiah yang tidak ternilai banyaknya. Lebih mudah terkenangkan dosa-dosa yang lalu, yang tanpa sedar membekaskan titik hitam di hati, menyesal. Takut Allah marah.

Ramadhan telah lama menginjak ke fasa ke-dua. Bagaimana amal? Target dah dicapai berapa peratus? Semoga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Hidup ini satu permusafiran. Ibaratnya seperti satu golongan yang bermusafir selama sebelas bulan di padang pasir yang panas, kering kontang, gersang, dengan bekalan minuman dan makanan yang terhad. Maka mereka melalui perjalanan itu dengan kepayahan, demi mengharapkan untuk berjumpa dengan bekalan bagi perjalanan mereka. Di pertengahan jalan mereka bertemu dengan satu taman yang redup dan tenang, penuh kemurahan. Dipenuhi dengan kebun-kebun kurma, wadi. Penduduknya berasa tenang di dalamnya. Mereka berasa sangat gembira dan berpesta di dalamnya. Menyedari bahawa permusafiran itu bakal di diteruskan, maka mereka mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk perjalanan selama sebelas bulan yang mendatang. Berehat secukupnya, merawat luka-luka, membina ketahanan diri, membina motivasi kerana perjalanan yang bakal ditempuhi amat mencabar dan memerlukan kekuatan. Meninggalkannya tentu sekali membekaskan rindu yang amat mendalam. Rindu lagi untuk berada di taman itu. Itulah taman Ramadhan. Begitulah para sahabat mengandaikan kecintaan mereka terhadap Ramadhan.
Begitulah juga kita. sebelas bulan kita lalui kehidupan dengan penuh cabaran. Penat. Allah kurniakan satu bulan untuk kita berasa tenang di dalamnya, berehat, mengutip bekalan sebanyaknya. Mungkin ini juga masanya untuk duduk sekejap, memikirkan perancangan permusafiran hidup. Menyusun strategi dan membetulkan niat. Kerana kita bakal menempuh perjalan berikutnya. Sungguh rugi jika peluang ini tidak di ambil sebanyaknya.

bersambung...

Monday, August 31, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Jangan Merajuk Lagi Wahai Da'ei


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah
, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nab
i dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih
menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut
bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah bagind
a akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun
dari Tuhannya"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…


Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.

Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56- 57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa' :87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kes empurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian.. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…


Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

- selamat meneruskan perjuangan wahai para da'ei, semoga Ramadhan ini memberikanmu masa istirehat bersama Allah, menjadi pengub
at jiwa, mengutip bekalan. Kerana perjalananmu masih panjang, beronak-liku -

Thursday, July 23, 2009

Sya'ban Menjelma, Ramadhan Kian Menjelang




Alhamdulillahi Rabbil ‘alameen…
Segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam… Yang bijaksana mencipta fenomena gerhana, aurora,kilat ,guruh dan sebagainya.. Sungguh itu suatu penciptaan yang Maha Teliti. Subhanallah..

Yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang. Yang sentiasa meletakkan nikmat dan kasih sayangNya sekalipun makhlukNya kian jauh untuk mengerti erti syukur.

Yang menguasai hari pembalasan. Yang akan menuntut janji yang sekian lama terpatri. Adakah kita menepatinya?

Hanya kepada-Mu ya Allah kami menyembah dan meminta pertolongan. Tiada yang lain, lebih atau kurang selayaknya untuk seorang hambaMu menyembah. Engkaulah kewujudan yang tiada akhir tempat kami meminta, sentiasa sudi mendengar dan mendodoikan hati kami. Maha suci Engkau yang Maha Pengasih, amat indah saat bersama-Mu. T

unjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai, bukan juga jalan orang yang sesat. Kami insan yang selalu lupa, malah rabun. Disangka jalan itu benar, tetapi sebenarnya salah. Jika tidak dengan belas kasih-Mu, maka terjerumuslah kami ke jurang nafsu.


Alhamdulillah… Atas segala nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Betapa pemurahnya ar-Rahman sehingga segala apa yang Dia kurniakan, tidak pernah diminta imbalannya.


Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepadaKu. Sungguh Allah, Dialah Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh. (52:57-58)


Dia menciptakan manusia, hanya untuk mengenal diriNya sebagai tuhan, serta menjalankan tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah,tetapi khalifah dimuka bumi.


“Aku hendak menjadikan khalifah di bumi” (2:30)


Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. (52:56)


Alhamdulillah… kita sudah melangkah ke satu bulan yang baru, bulan Sya’ban. Yang lebih mengingatkan kita pada bulan yang dinanti oleh para ‘abid yang merindui saat indah bersama Allah, iaitu bulan Ramadhan al-kareem. insyaAllah tidak sampai sebulan lagi kita akan melangkah ke singgahsana bulan yang dinanti. Menunggu dan menunggu. Apa persiapan yang dibuat di saat penantian?


Meniliti fenomena kesibukan yang berlaku pada waktu sekarang. Masing-masing sibuk menyusun program-program untuk diadakan sebelum Ramadhan. Setiap hujung minggu siap tersusun dengan pelbagai program agar tidak mencecah ke bulan Ramadhan. Terfikir sejenak. Kenapa begitu? Adakah program disusun sebegitu agar diri dapat menumpukan perhatian pada ibadah di bulan Ramadhan? Alangkah bagusnya jika orang berfikir begitu. Berfikir itu saja sudah menimbulkan pahala, apatah lagi jika benar-benar melakukannya. Subhanallah… Atau adakah kerana tidak mahu berpenat di bulan puasa? Malah banyak aktiviti berat-berat, makan-makan tak dapat dibuat pada bulan tersebut? Mereka ini hanya mempersiapkan diri hanya untuk nafsu, diri mereka sendiri. Astaghfirullahal ‘azhim.. na'uzubillahu minzalik...


Jadi, yang mana satukah persiapan kita? Memerhati dan meneliti fenomena tersebut serta menyusun ia membentuk satu kesimpulan bukan bertujuan untuk kita mengutuk sesiapa. Malah itulah satu cara untuk bermuhasabah diri. Untuk asuhan diri sendiri, malah peringatan kepada yang lain, bila kita mengajak meraka kepada kebaikan.


“Kami nak minta enti sampaikan sedikit tazkeerah atau kuliah berkenaan dengan qiamullail dan kaifiatnya sebelum kita iftar petang esok.” Subhanallah. Adakah ini satu ketukan pada hati, bahawa saat itu kian menghampiri! Satu teguran Allah bahawa “kau sepatutnya sudah membuat persiapan!” Tertegun sejenak bila mendengar pelawaan rahmat itu, datang dari hati yang benar-benar menginginkan petunjuk Allah. Yang meminta sudah bersedia membuat persiapan untuk Ramadhannya, yang dipinta pula bagaimana? Mungkin inilah satu peringatan. Betapa pemurahnya rahmat-Mu ya Allah, Kau detikkan ilham-Mu pada sesiapa yang Engkau kehendaki.


Mengingati kembali perancangan yang disusun untuk bulan mulia yang hanya tersemat di fikiran, dengan harapan mampu untuk dilaksanakan. Suasana kesibukan ini rasa secepatnya mahu disudahkan, tapi mestilah dengan impak yang berkesan.


“ya Allah, izinkan aku melayari saat indah bersamaMu,
lengang sedikit dari hiruk pikuk dunia.
Kurniakan sedikit ruang untuk aku bersama-Mu sepuasnya,
lengang sedikit dari urusan bersama hamba-Mu”
hamba-Mu yang Kau jadikan cukup unik setiap satunya,
yang berkefahaman, unik dengan sikap mereka,
yang belum berkefahaman, unik dengan perangai mereka,
yang terkadang amat merunsingkan kepalaku,
yang terkadang amat memuakkan aku,
tapi Kau jadikan mereka itu untuk aku santuni…



Selamat beribadah…