Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Tuesday, October 13, 2009

Mujahidah Solehah


“ Aku membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang pemuda yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus-menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah dituntut ke atasnya. Dia berjihad di jalanNya. Kamu dapat membaca dari garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya....”


(As-Syahid Imam Hassan al-Banna)



Monday, October 5, 2009

Jazakillah sahabat...




Sahabat,
Bumi kita bumi payah,
Peluh, air mata & mungkin darah,
Bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca,
Peganglah tanganku,
kita beriringan sebagai pejuang,
Bila aku katakan kepadamu "Perjuangan itu Pahit",
Kau sahut kembali "Syurga itu Manis"

.......

Friday, October 2, 2009

Tarhata Kiran....

Hati terasa sayu......

Masanya kian mendatang....

Dari tahun satu...sampai tahun empat....
hidupku bersamanya...
hatiku bersamanya...
jiwaku bersamanya.....

Masanya kian mendatang...
untuk meninggalkannya...
semoga dia tetap di sini...
menjalankan tanggugjawabnya dalam dakwah...
walau orang bersamanya datang dan pergi...

Padanya ada cintaku, sayangku...senyum dan tangis...
Hebat! dia bisa mencorak warna-warna kehidupanku...

Masanya kian mendatang...
Tiga tahun bersamanya...
menginggalkannya tentu sekali membuat hidupku menjadi ganjil...

Masanya kian mendatang..
Hati terasa sayu...
Kerana jiwaku bersamanya...

Semoga Allah bersamaku..
Semoga Allah bersamanya...





- final year student -

Monday, September 7, 2009

Seindah Taman Ramadhan

Bismillah…
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin…. Segala puji bagi Allah yang mentadbir seluruh alam… segala puji bagi Allah yang menghadiahkan Ramadhan ini lagi. Bulan yang penuh kemurahan. Kemurahan maghfirah Allah, kemurahan nikmat Allah, kemurahan kasih sayang Allah… sehingga hati-hati yang berada di dalamnya lebih asyik untuk mengumpul amal, lebih asyik untuk ke majlis ilmu, lebih asyik mengalunkan kalimah cinta ‘Surat Cinta dari Langit’, lebih asyik berlama-lama di tikar sejadah. Mungkin tidak mahu melepaskan peluang di MEGA SALE Ramadhan, dengan diskaun,bonus dan hadiah yang tidak ternilai banyaknya. Lebih mudah terkenangkan dosa-dosa yang lalu, yang tanpa sedar membekaskan titik hitam di hati, menyesal. Takut Allah marah.

Ramadhan telah lama menginjak ke fasa ke-dua. Bagaimana amal? Target dah dicapai berapa peratus? Semoga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Hidup ini satu permusafiran. Ibaratnya seperti satu golongan yang bermusafir selama sebelas bulan di padang pasir yang panas, kering kontang, gersang, dengan bekalan minuman dan makanan yang terhad. Maka mereka melalui perjalanan itu dengan kepayahan, demi mengharapkan untuk berjumpa dengan bekalan bagi perjalanan mereka. Di pertengahan jalan mereka bertemu dengan satu taman yang redup dan tenang, penuh kemurahan. Dipenuhi dengan kebun-kebun kurma, wadi. Penduduknya berasa tenang di dalamnya. Mereka berasa sangat gembira dan berpesta di dalamnya. Menyedari bahawa permusafiran itu bakal di diteruskan, maka mereka mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk perjalanan selama sebelas bulan yang mendatang. Berehat secukupnya, merawat luka-luka, membina ketahanan diri, membina motivasi kerana perjalanan yang bakal ditempuhi amat mencabar dan memerlukan kekuatan. Meninggalkannya tentu sekali membekaskan rindu yang amat mendalam. Rindu lagi untuk berada di taman itu. Itulah taman Ramadhan. Begitulah para sahabat mengandaikan kecintaan mereka terhadap Ramadhan.
Begitulah juga kita. sebelas bulan kita lalui kehidupan dengan penuh cabaran. Penat. Allah kurniakan satu bulan untuk kita berasa tenang di dalamnya, berehat, mengutip bekalan sebanyaknya. Mungkin ini juga masanya untuk duduk sekejap, memikirkan perancangan permusafiran hidup. Menyusun strategi dan membetulkan niat. Kerana kita bakal menempuh perjalan berikutnya. Sungguh rugi jika peluang ini tidak di ambil sebanyaknya.

bersambung...

Monday, August 31, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Jangan Merajuk Lagi Wahai Da'ei


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah
, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nab
i dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih
menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut
bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah bagind
a akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun
dari Tuhannya"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…


Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.

Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56- 57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa' :87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kes empurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian.. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…


Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

- selamat meneruskan perjuangan wahai para da'ei, semoga Ramadhan ini memberikanmu masa istirehat bersama Allah, menjadi pengub
at jiwa, mengutip bekalan. Kerana perjalananmu masih panjang, beronak-liku -