Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, August 31, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Jangan Merajuk Lagi Wahai Da'ei


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah
, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nab
i dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih
menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut
bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah bagind
a akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun
dari Tuhannya"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…


Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.

Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56- 57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa' :87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kes empurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian.. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…


Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

- selamat meneruskan perjuangan wahai para da'ei, semoga Ramadhan ini memberikanmu masa istirehat bersama Allah, menjadi pengub
at jiwa, mengutip bekalan. Kerana perjalananmu masih panjang, beronak-liku -

Thursday, July 23, 2009

Sya'ban Menjelma, Ramadhan Kian Menjelang




Alhamdulillahi Rabbil ‘alameen…
Segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam… Yang bijaksana mencipta fenomena gerhana, aurora,kilat ,guruh dan sebagainya.. Sungguh itu suatu penciptaan yang Maha Teliti. Subhanallah..

Yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang. Yang sentiasa meletakkan nikmat dan kasih sayangNya sekalipun makhlukNya kian jauh untuk mengerti erti syukur.

Yang menguasai hari pembalasan. Yang akan menuntut janji yang sekian lama terpatri. Adakah kita menepatinya?

Hanya kepada-Mu ya Allah kami menyembah dan meminta pertolongan. Tiada yang lain, lebih atau kurang selayaknya untuk seorang hambaMu menyembah. Engkaulah kewujudan yang tiada akhir tempat kami meminta, sentiasa sudi mendengar dan mendodoikan hati kami. Maha suci Engkau yang Maha Pengasih, amat indah saat bersama-Mu. T

unjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai, bukan juga jalan orang yang sesat. Kami insan yang selalu lupa, malah rabun. Disangka jalan itu benar, tetapi sebenarnya salah. Jika tidak dengan belas kasih-Mu, maka terjerumuslah kami ke jurang nafsu.


Alhamdulillah… Atas segala nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Betapa pemurahnya ar-Rahman sehingga segala apa yang Dia kurniakan, tidak pernah diminta imbalannya.


Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepadaKu. Sungguh Allah, Dialah Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh. (52:57-58)


Dia menciptakan manusia, hanya untuk mengenal diriNya sebagai tuhan, serta menjalankan tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah,tetapi khalifah dimuka bumi.


“Aku hendak menjadikan khalifah di bumi” (2:30)


Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. (52:56)


Alhamdulillah… kita sudah melangkah ke satu bulan yang baru, bulan Sya’ban. Yang lebih mengingatkan kita pada bulan yang dinanti oleh para ‘abid yang merindui saat indah bersama Allah, iaitu bulan Ramadhan al-kareem. insyaAllah tidak sampai sebulan lagi kita akan melangkah ke singgahsana bulan yang dinanti. Menunggu dan menunggu. Apa persiapan yang dibuat di saat penantian?


Meniliti fenomena kesibukan yang berlaku pada waktu sekarang. Masing-masing sibuk menyusun program-program untuk diadakan sebelum Ramadhan. Setiap hujung minggu siap tersusun dengan pelbagai program agar tidak mencecah ke bulan Ramadhan. Terfikir sejenak. Kenapa begitu? Adakah program disusun sebegitu agar diri dapat menumpukan perhatian pada ibadah di bulan Ramadhan? Alangkah bagusnya jika orang berfikir begitu. Berfikir itu saja sudah menimbulkan pahala, apatah lagi jika benar-benar melakukannya. Subhanallah… Atau adakah kerana tidak mahu berpenat di bulan puasa? Malah banyak aktiviti berat-berat, makan-makan tak dapat dibuat pada bulan tersebut? Mereka ini hanya mempersiapkan diri hanya untuk nafsu, diri mereka sendiri. Astaghfirullahal ‘azhim.. na'uzubillahu minzalik...


Jadi, yang mana satukah persiapan kita? Memerhati dan meneliti fenomena tersebut serta menyusun ia membentuk satu kesimpulan bukan bertujuan untuk kita mengutuk sesiapa. Malah itulah satu cara untuk bermuhasabah diri. Untuk asuhan diri sendiri, malah peringatan kepada yang lain, bila kita mengajak meraka kepada kebaikan.


“Kami nak minta enti sampaikan sedikit tazkeerah atau kuliah berkenaan dengan qiamullail dan kaifiatnya sebelum kita iftar petang esok.” Subhanallah. Adakah ini satu ketukan pada hati, bahawa saat itu kian menghampiri! Satu teguran Allah bahawa “kau sepatutnya sudah membuat persiapan!” Tertegun sejenak bila mendengar pelawaan rahmat itu, datang dari hati yang benar-benar menginginkan petunjuk Allah. Yang meminta sudah bersedia membuat persiapan untuk Ramadhannya, yang dipinta pula bagaimana? Mungkin inilah satu peringatan. Betapa pemurahnya rahmat-Mu ya Allah, Kau detikkan ilham-Mu pada sesiapa yang Engkau kehendaki.


Mengingati kembali perancangan yang disusun untuk bulan mulia yang hanya tersemat di fikiran, dengan harapan mampu untuk dilaksanakan. Suasana kesibukan ini rasa secepatnya mahu disudahkan, tapi mestilah dengan impak yang berkesan.


“ya Allah, izinkan aku melayari saat indah bersamaMu,
lengang sedikit dari hiruk pikuk dunia.
Kurniakan sedikit ruang untuk aku bersama-Mu sepuasnya,
lengang sedikit dari urusan bersama hamba-Mu”
hamba-Mu yang Kau jadikan cukup unik setiap satunya,
yang berkefahaman, unik dengan sikap mereka,
yang belum berkefahaman, unik dengan perangai mereka,
yang terkadang amat merunsingkan kepalaku,
yang terkadang amat memuakkan aku,
tapi Kau jadikan mereka itu untuk aku santuni…



Selamat beribadah…

Tuesday, June 30, 2009

Selamat Datang

Selamat datang kepada student baru ke UTM. Ahalan wasahlan...jemput menyertai kami...

Selamat bekerja ajen PPKI.. Semoga dikurniakan kehebatan akal dan kekuatan fizikal..

Monday, June 29, 2009

Hati Seorang Wanita

Hati wanita yang cukup lembut, sensitif, penyayang... Kenapa mengandung itu harus bagi wanita, tidak lelaki? Sedangkan lelaki lebih kuat dari wanita. Dan alam kandungan dikenal sebagai alam rahim yang bermaksud penyayang. Mengikut logik akalnya adalah kerana pada wanita itu ada sifat penyayang. Betapa penyayangnya seorang wanita itu sehingga dia boleh menanggung kesusahan mengandung 9 bulan. Perkara yang mungkin tidak mampu untuk dilakukan bagi seorang lelaki. Di sunting dari penerangan Ustaz Hasrizal.

Satu hari diri dipilih Allah untuk mendengar luahan rasa seorang wanita, yang bergelar isteri dan ibu. Dia mengajak saya membincangkan perihal perkahwinan. "Adakah ini menandakan aku sudah matang sehingga sudah boleh diajak berbincang hal begini?" Monolog sendiri. Huhu... Dia bercerita perihal keluarganya disamping beberapa nasihat turut dibekakalkan. Teringat satu dari pandangan beliau,"Elok juga berkenalan dulu sebelum kawin dik. Biar tahu h
ati budi dia...bla..bla..." Apa yang dia nak maksudkan adalah bercinta sebelum kahwin, supaya tidak timbul masalah dalam rumah tangga. Saya yang tidak setuju memberikan pandangan, "InsyaAllah perkahwinan akan harmoni jika batasan Islam dijaga sejak dari sebelum kahwin." "Tapi di zaman moden ni dah tak boleh pakai yang tu dik," bantah dia. Saya diam. Apa lagi nak kata kalau orang tua dah cakap macam tu? Habis kutu kat kepala semua mati cari jalan macam mana nak jawab keterangan tu. Dan akhirnya saya memilih untuk diam. Mungkin lebih baik.

Sebetulnya wanita itu inginkan seorang teman untuk dia menceritakan hari-hari yang dilaluinya. Dia yang juga seorang isteri dan ibu. Teringat saya penerangan ustaz Hasrizal, wanita itu bercerita bukan untuk mencari penyelesaian bagi masalahnya, tapi mencari ruang untuk dia luahkan isi hatinya, dan sebaliknya bagi lelaki. Jadi saya menjadi pendengar yang baik. Sesekali dia meminta pandangan saya. Saya jawab apa yang saya rasa, kerana semamangnya saya belum melalui alam itu. Wanita itu ada banyak perkara yang dia fikirkan, yang menjadi sensitif pada hatinya yang mungkin tidak bag
i seorang lelaki. Mempunyai anak yang ketiga-tiganya lelaki mungkin membuatkan dia terasa agak jauh untuk berkongsi perihalnya.

Terkenang umi kusayang di rumah sana. Umi yang suka bercerita pada saya yang balik ke rumah tika cuti. Yang suka bila saya menemaninya mema
sak di dapur sambil dia bercerita. Walau saya hanya jadi pengupas bawang. Bercerita tentang kehidupan dirumah ketika saya di perantauan. Cerita tentang adik yang degil, tak dengar cakap umi. Sampai suatu hari saya pernah kata pada umi, "Umi ni, pergilah marah kat diorang. Buat apa nak cakap kat kita." Tapi umi tak pernah marah kita balik bila kita cakap macam tu. Umi amat berlembut. Maaf umi... Masa tu hati budak hingus ni belum dapat fikir matang bahawa seorang umi memerlukan tempat untuk dia meluahkan isi hatinya. Agar gelojak rasa itu bisa kendur sedikit. Umi yang perlukan orang lain untuk berkongsi cerita hidupnya. Di dapur umi itu juga saya dapat banyak petua tentang kehidupan, yang umi kutip dari diari kehidupan umi, dan dari petua orang Melayu yang umi jaga. Supaya anaknya ini jadi penyantun.

Umi yang penyayang..
Semua yang terbaik umi adakan untuk kami.

Umi yang penat,
tapi masih menguatkan tenaga untuk memasak untuk kami.
Diari umi juga punyai berbagai cerita dan masalah,

tapi umi sentiasa bersedia untuk mendengar cerita kami yang berbagai pula d
engan cerita hidup
Terutamanya kita yang semakin manja dengan umi.

Umi yang sentiasa berkorban masa rehatnya untuk kami.
Sehingga pengorbanan itu membuatkan kita sentiasa tersedar jika kemalasan.
Umi yang tidak pernah lupa untuk menelifon kita dan adik-adik jika kami tidak sempat menelefon umi.
Segala yang terbaik umi berikan,

lahir dari sifat kasih sayang umi.

Sehingg
a segalanya sebenarnya tidak mampu untuk diungkapkan.
Tiada layak untuk dibalasi.
Hanya syurga Allah layak
nya untuk umi.
Jazakillah ya ummi..

Akanku bentangkan selaut masa yang ku ada agar umi bisa bercerita lagi...
Ya ummi...

Tuesday, June 23, 2009

....

Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakanlah aku

pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu


Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…


Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku padanya

Agar tidak berpaling daripada hatiMu…


Ya Rabbul Izzati jika aku jatuh rindu,

Rindukanlah aku

Pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…


Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan

Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…


Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas

sehingga melupakan aku pada cinta hakiki

dan rindu abadi hanya kepadMu…

ameen..