Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Sunday, May 24, 2009

Cinta 'Abid





Melihat kepada sejarah insan-insan yang mantap cintanya kepada Allah, Rasul dan agamanya sehingga mereka sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menegakkan deen yang haq.

Said bin Jubair berjaya membuktikan cintanya pada Allah melebihi cintanya pada yang lain. Beliau merupakan seorang tabi'e dan ulama besar yang terkenal pada zaman Khalifah Bani Umaiyah yang diperintah oleh Raja Abdul Malik b Marwan. Beliau dijatuhkan hukuman mati oleh Hajjaj(gabenor) seorang penguasa yang zalim kerana menegakkan hukum Allah.

Berderau rasa darah mengingati doa Abdullah b Jahsy yang berdoa bersama sahabatnya Said b Abi Waqqash ketika menjelangnya perang Uhud.

Doa Said: Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dengan musuhku, berilah aku musuh yang amat perkasa. Aku berusaha membunuhnya dan dia turut berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kepadaku sehingga aku berhasil membunuhnya dan mengambil miliknya (ghanimah). Abdullah mengaminkan doa Said.

Doa Abdullah: Tuhanku berilah aku musuh yang gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya dan dia berusaha membunuhku. Kemudian dia memotong hidungku dan telingaku. Jika nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: Man jada'a anfaka wa udzunuka?(siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?) Aku akan menjawab bahawa kedua-duanya terpotong ketika aku berjuang dijalanMu dan jalan Rasulullah. Ya Allah akan berkata: Kamu benar! Said mengaminkan doa Abdullah. Dan doa kedua sahabat tersebut dimakbulkan oleh Allah.

Bagaimanakah dengan doa kita jika benar kita mengaku kita ini adalah da'i, jundullah? Dan kebanyakan orang selalu berdoa supaya dikurniakan itu ini, dimudahkan itu dan ini. Itu tidak salah, kerana Allah suka pada hambaNya yang suka meminta. Begitu banyaknya Allah telah menunaikan hak kita. Sebanyak manakah pemberian atau pengorbanan kita dalam menunaikan hak Allah?

Ya Allah.....sungguh rahmatMu melangit luas. Namun sedikit benar ku bersyukur.

Ramai manusia sering diuji dengan perasaan cinta terhadap manusia, begitu ramai juga yang kecundang. Wal'iyazubillahiminzalik... Itu belum lagi Allah uji seperti mujahid diatas. Saya memetik sedikit apa yang dihuraikan dalam sebuah buku, 'Berdialog Dengan Allah Menerusi Solat' :

Fitnah dengan wanita hendaklah sentiasa dijauhkan. Sebaliknya, hendaklah mengalihkan perhatian terhadap Yang Maha Berkuasa dan Yang Menciptakan segalanya.

Bagi mereka yang diuji dengan perasaan cinta terhadap seorang wanita dan tidak berkemampuan untuk mengahwininya, maka wajib keatasnya menyibukkan diri dengan perkara lain dan melupakan wanita tersebut.

Sekiranya perasaan cinta tersebut masih lagi berlegar-legar di ruang mindanya, maka wajib keatasnya menyibukkan dirinya daripada ujian berkenaan.

Sekiranya ia masih lagi tidak dapat melupakan godaan tersebut sehingga datang ajalnya, maka matinya dikira syahid dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW:

Barang siapa jatuh cinta, kemudian menahan dirinya, tidak meluahkan perasaannya dan bersabar terhadap ujian tersebut lalu meninggal dunia, maka matinya itu adalah syahid. (riwayat hadith: matan?)


Tuesday, May 19, 2009

Boikot vs Serba Salah


assalamu'alaikum..

Alhamdulillah banyak sungguh program-program kesedaran yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan mahasiswa berkenaan isu Palestin sehingga tahap meniupkan ruh jihad. Bagi yang benar-benar menghayati, dia benar-benar bersungguh memperjuangkan dalam apa pun cara, menyampaikan kesedaran, berita terkini malah memboikot ekonomi. Dan tidak kurang juga ada yang tak mahu ambil kisah. Dan ada juga yang nampak seperti memperjuangkan hak asasi tersebut, tapi tindakannya, entah....? Sampai ada yang mengatakan,"sudahlah dik, dah cukup banyak kesedaran yang diberi. Kalau kepimpinan sendiri tak sedar, kemana nak bawak apa yang diperjuangkan ni?" Ni mungkin satu element yang yang perlu dititik beratkan. Menyedarkan kepimpinan beserta tindakan sewajarnya yang harus diambil.

Namun apa yang ingin diutarakan disini adalah berkenaan satu situasi:
Kita bersungguh-sungguh memboikot(tak beli, tak makan, tak guna) barangan yang diboikot demi sayangkan Palestin. Barang tu tak haram, cuma dari segi ekonominya kita tak mahu menyalurkan kepada musuh.

Tapi bila kita bertandang ke suatu tempat, yang mana mereka menghidangkan dengan minuman atau makanan yang tersenarai sebagai barangan boikot ni, rasa serba salah tahap macam kena makan benda haram. Nak makan ke tak ni? Boleh ke? Makan, macam tipu diri sendiri. Tak teguh pada apa yang diijtihadkan. Tak makan, apa kata tuan rumah. Aduish....

Apa pandangan antum berkenaan situasi ni?

Monday, May 18, 2009

Love Is Cinta



Cinta adalah satu anugerah terhebat yang Allah kurniakan buat makhlukNya. Kerana cinta, seseorang itu akan melakukan apa sahaja untuk apa yang dicintainya. Cinta kepada Allah membuahkan amal yang diredaiNya, cinta kepada Rasul membuahkan amal yang mengikut sunnah, cinta kepada harta dunia bisa melahirkan hamba yang berpenyakit wahan (cintakan dunia, benci kepada kematian), cinta kepada manusia sanggup lakukan apa saja. Namun apa yang ingin disentuh disini adalah trend cinta kepada manusia.

Bercinta adalah menjadi satu trend dikalangan remaja. Malah, jika ada yang tidak bercinta sudah dianggap sesuatu yang agak janggal. Meniliti fenomena ini baik di kalangan pelajar sekolah, IPT mahupun di kalangan yang sudah bekerja, bercinta adalah sesuatu yang sangat sinonim dengan dunia remaja. Dapat dilihat juga, terdapat berbagai ranking dan jenis percintaan. Bermula dari cinta monyet sehinggalah tahap sanggup menggadaikan maruah diri demi meraih kasih sayang untuk orang yang dicintai.

Pengalaman di IPT...Bila ada ceramah agama yang bertajuk 'cinta' sudah pasti tempat ceramah akan dipenuhi oleh hadirin. Dalam usrah, jika naqib/naqibah membawa atau menyentuh tajuk ini, pasti ahli usrahnya suka sekali serta banyak pula persoalan dan perbincangannya. Jelas menunjukkan fitrah untuk bercinta itu ada pada sesiapa yang bergelar manusia malah ia amatlah sinonim dengan kehidupan sebagai remaja. Dan bagi bergelar muslim, masih mahu mencari method terbaik untuk mereka bercinta.


Cinta adalah fitrah semula jadi bagi setiap makhluk yang Allah ciptakan berpasangan.Namun haruslah diingat bahawa rasa cinta itu adalah kurniaan Allah. Allah telah meletakkan hukum serta garis panduan dalam melayari perasaan cinta demi untuk menjaga kemaslahatan. Jadi ianya sudah pun disusun cantik, terbaik bagi hambaNya dan agamaNya. Adakah orang yang diberikan nikmat cinta itu bersyukur? Yakni menggunakan seadilnya. Adakah garis panduan yang ditetapkan itu dipatuhi? Jika tidak, ia umpama orang yang diberi pinjam buku yang mana buku tersebut haruslah dijaga dengan baik. Tetapi orang tersebut tidak mengendahkan pesanan tuan buku, dan merasakan tidak perlu menurut pesanan tuan buku, asal dia dapat membacanya. Berdasarkan pandangan akal kita, sombong tak orang macam ni?

Adakah peraturan Allah kita ikuti? Atau kita lebih suka bertidak mengikut apa yang kita mahu?
Adakah suruhan Allah yang ini sudah kita ikut?

Katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya mereka merendahkan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha mengetahui apa yang mereka berbuat. (an-Nur:30)

Dan wanita juga disuruh menjaga diri dan maruahnya. Serta suruhan Allah agar keduanya menjauhi perbuatan yang mendekatkan diri kepada zina. Baik zina hati, mata, mulut atau perbuatan. Betapa hukum sungguh cantik menyuruh wanita menutup aurat dengan sempurna. Agar dapat menghalang dari kekacauan hati, kerosakan pemikiran sekali gus apa yang lebih penting adalah maruahnya.


Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menulis tentang cinta ini adalah kerana melihat fenomena gelombang cinta dikalangan rakan sekeliling. Bila tengah bahagia, ok lah...semua clear belaka. Kita yang memandang istighfar dan berdoa saja. Bila dah ada masalah, mulalah ada yang bertanya. Apabila ditanya,"macam mana nak selesaikan masalah si ***** ni?." Aduish...saya tak tahu nak jawab kalau hanya didasarkan pada cinta itu sahaja. Jika saya jawab berdasarkan masalah cinta itu saja, ia akan selesaikan masalah itu habis di situ sahaja. Dan mungkin perkara sama berulang lagi. Sedang saya sendiri bukanlah pakar amat dalam ilmu cinta.

Berlainan orang, berlainan pula masalah cintanya. Sehinggalah saya tertanya sendiri. "Apalah yang kamu cari dengan cinta itu wahai sahabat...? Adakah sekadar untuk mematuhi trend remaja zaman ini? Atau.... apa sebenarnya yang kamu cari? Honestly...saya berasa kasihan terhadapmu...Mungkin dugaan cinta itu tidak terkena pada saya, jadi saya tidak merasa apa yang kamu rasa...Mungkin tidak sewajarnya untuk saya membuat telahan sesuka hati. Mungkin darjat kamu lebih mulia disisi Allah kerana mujahadah kamu melawan nafsu lantaran persaan cinta jadi ujian, dibandingkan dengan orang tidak diuji seperti kamu. Mungkin juga bukan salah kamu kerana kamu tidak mengetahui."

Katakanlah, "Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran. (az-Zumar:9)e

Permasalahan ini tidak mampu untuk diselesaikan jika hanya disandarkan pada perasaan cinta itu semata. Pada saya, you must go back to the basic. Kerana jika basic ini kukuh, insyaAllah yang lainnya akan terbina dengan indahnya. Basicnya tauhid, akidah, i'tiqad,shahih ibadah dan lain-lain...haruslah cuba untuk dikemaskan. Jika saya mampu, saya mahu mengajak sahabat sekalian memahami basic itu. Sayangnya, tidak ramai yang hatinya dijemput oleh Allah untuk memahami dan mengemaskan basic itu. Hidayah itu milik Allah. Tidak ramai yang mahu memilih dirinya sendiri untuk menyertai majlis ilmu. Malah ditutup dengan alasan-alasan remeh yang menipu diri. It is up to you...

Ramai dari kalangan pelajar yang matlamatnya yang utama adalah belajar. Dan sesudah itu untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Dan dalam mencapai matlamat itu, tidak ketinggalan berlumba-lumba untuk menikmati hidup sebagai remaja dan mengambil dengan mudah segala macam jenis keseronokan yang terhidang. Tanpa memikirkan lebih jauh, apa matlamat sebenar dia berada di bumi Allah ini.

Bagi para da'ei... harus melihat juga kepada permasalahan sahabat sebaya kita ini. Tidak bolehlah terlalu asyik dalam dunia sendiri. Berasa selesa dikalangan orang yang sefahaman, sematlamat dan gaya hidup, atau senangnya...sefikrah. Haruslah bagi diri para da'ei untuk concern dengan dakwah bil hal.





Monday, May 11, 2009

Islami Ya Quds


Islami ya qudsu inna lil fida

Sejahteralah engkau wahai Quds, sungguh untuk pengorbanan

Zi yadii in maaddatid-dunya yada

Kami mempunyai kekuatan, jika dunia mengerahkan kekuatan

Abadan lan tastakiini abada

Selamanya, kami takkan menyerah, selamanya

Innai arju ma’yau mi ghada

Aku berharap bersama hari ini ada hari esok


Huwa ma’ie qalbi wa ‘azmi lil-jihad

Bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad

La amiilu la amallu la aliin

Aku tak akan melenceng, tak akan jemu,tak akan lunak


Laki ya…qudsu salaama wa salaaman ya bilaadi

Untukmu, wahai Quds kesejahteraan, wahai negeriku

In rama…baghyus-sihaama

Jika penjahat menembak anak peluru

Attaqiiha bi fuaadi

Aku menjaganya dengan hatiku (aku akan menahannya dengan dadaku)

Waslamii fii kulli hiin

Sejahteralah engkau sepanjang masa


Muslimun ana banaani man bana

Muslim aku, jemariku adalah yang membangun

Masjidal aqsal-lazi ayantana

Masjid Aqsa yang telah engkau tentukan

Waqfatus-sokhrati fiima bainana

Berdirinya sakhrah di tengah-tengah kami

Bi wuquufid-dahri waqfati ana

Sepanjang masa, tempat aku berdiri


Liikifaahi wal jihadi lil bilad

Untuk perjuangan dan jihad membela negeri

La amiilu la amallu la alin

Aku tidak akan melenceng, tidak akan jemu, tidak akan melunak


Laki ya…qudsu salaama wa salaaman ya bilaadi

Untukmu, wahai Quds kesejahteraan, wahai negeriku

In rama…baghyus-sihaama

Jika penjahat menembak anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii

Aku menjaganya dengan hatiku(aku akan menahannya dengan dadaku)

Waslamii fii kulli hiin

Sejahteralah engkau sepanjang masa


Lil ulaa abna’al-qudsi lil ulaa

Demi kemuliaan, wahai putera puteri Quds, demi kemuliaan

Wa bi quds syarri fil-mustaqbala

Dengan Qudsku jayakan masa depan

Wa fidalli qudsi lid-dunya falaa

Tebusan untuk Quds bukan untuk dunia

Ado’ul islami lillah awwala

Aku posisikan Islam untuk Allah


Jaanibal aisaaru qalbuhul fu’aad

Di samping kiri adalah jantung hatinya

Wa bilaadihiya bi janbil-yamin

Dan negeriku berada disamping kanannya


Laki ya…qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii

Untukmu, wahai Quds kesejahteraan, wahai negeriku

In rama…baghyus-sihaama

Jika penjahat menembak anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii

Aku menjaga dengan hatiku(aku akan menahannya dengan dadaku)

Waslamii fii kulli hiin

Sejahteralah engkau sepanjang masa



Prophet Muhammad saw said, “None of you truly believes (in Allah and his religion) until he loves for his brother what he loves for himself” (al-Bukhari & Muslim)

So let us begin our journey now…

…and together we will save the UMMAH

Wake up o’ my brothers and sisters… if we don’t act now, we will be the…. NEXT

Lagu ini juga ditujukan khas buat pejuang-pejuang Palestin yang baru balik bertempur di tanjung resang. Semoga segala yang dilalui menyemarakkan lagi semangat bangsa Muslim dalam diri saudara Islam. Merasai sendiri pengalaman bertempur dan susah payah menjaga negara Islam itu, mungkin antum dapat merasakan bahawa Palestin adalah negara kita juga, yang perlu sama-sama kita pertahankan.



Monday, May 4, 2009

LI oh LI - 2

Alhamdulillah... diri sendiri berasa terkesima dengan suasana kerja di tempat baru. Amat membina, baik dari segi tarbiyyah mahupun motivasi kerja. Boleh dikatakan boleh nampak bagaimana pratikalnya bekerja dalam suasana yang mengamalkan Islam secara izzah. Sedang dok menunggu penyelia LI untuk memberi taklimat, tiba-tiba terdengar satu pengumuman,

"Assalamu'alaikum wbt...Alhamdulillah dapat kita meneruskan lagi pekerjaan kita pada hari. Bagi memberkati lagi kerja yang kita laksanakan, marilah kita mulakan dengan doa. Cubalah sebolehnya untuk hadapkan badan kearah kiblat." Seterusnya doa dibacakan.

Meneliti carta organisasi yang diedarkan, dibawah unit human resource, ada satu unik kerohanian. Alhamdulillah... Teringat semua ini adalah dibuat semasa sekolah dulu. Rupanya pakcik makcik yang bekerja pun buat. Berasa takjub sendiri.

Dihari pertama menginap di kediaman bersama dengan pelajar UiTM, diri berasa sedikit janggal. Kediaman yang disekitarnya adalah kesibukan kota. Dan tempat belajar mereka adalah ditengah kesibukan kota. Ye, janggal. Kerana diri yang telah terbiasa dengan taman UTM yang segalanya kondusif. Tempat belajar yang selesa, kediaman yang sudah tersedia, lengkap dan selesa. Sedangkan kediaman mereka adalah lot rumah kedai yang di pecahkan kepada bilik-bilik kecil, yang saiznya boleh saya katakan untuk 4 orang tinggal adalah lebih kecil dari bilik yang saya tinggal seorang di UTM. Alhamdulillah syukur Allah tempatkan saya di sana. Alhamdulillah....

Pada hari pertama, saya memerhatikan kebersihan di kediaman tersebut. "Sampah-sampah siapa yang akan seliakan ye?" tanya saya kepada penyelia kediaman dengan kadar kepuasan hati tahap rendah. "Sampah-sampah tu saya yang akan seliakan. Tapi saya akan buat bila saya ada masa lah." Kata penyelia. Dalam hati,"huh??? bila ada masa?" Tang bau memang suatu yang amat payah nak diconsider. hm...inilah dari hati student yang dah biasa selesa dengan segalanya yang tersedia.

Ok, perbetulkan semula segala apa yang ada dalam hati yang berasa tidak selesa dengan beberapa perkara yang kurang menyenangkan. Nasihatkan semula pada diri dan partner.' Peluang ini adalah untuk kita menghayati bagaimana kehidupan seorang pelajar yang keadaan hidup mereka tidaklah semudah kita. Segalanya perlu survive sendiri. Mereka akan memikirkan dimana mereka harus tinggal dengan kadar sewa yang mampu untuk ditanggung. Sedang kita hanya perlu memilih mana-mana kolej yang kita sukai. Mereka terpaksa survive untuk makan. Samada masak atau memilih mana-mana kedai di sekeliling kota yang mostly mahal harga makanannya. Sedang kita ada banyak arked yang disediakan. Cuma perlu berjalan sedikit saja. Itu pun merungut (astaghfirullahal 'azhim....).Dan tang kebersihan kediaman, mereka sendirilah yang uruskan. Sedang kita, hari-hari(kecuali Sabtu dan Ahad) makcik cleaner akan bersihkan. Terima kasih makcik.... Dan mereka, bukak saja gate, arus kenderaan depan kediaman. Sedang kita masih berpeluang menyusuri jalan-jalan yang lebih tenang untuk ke kuliah. Itu pun pernah merungut kerana terpaksa berjalan kaki lebih kurang 1km(astaghfirullah...)'

Segalanya itu akan membuatkan kita rasa lebih bersyukur. Bermuhasabah diri lagi. Kadang-kadang bila kita berasa susah, kita merasakan bahawa beratnya kesusahan tu untuk kita. Padahal orang lain pun ada kesusahan mereka sendiri yang sesuai untuk mereka. Sedang kesusahan kita adalah sesuai untuk kita.




LI oh LI

Alhamdulillah… I’m back to my place of origin. Kata orang negeri Serambi Mekah. InsyaAllah semoga apa yang dikata adalah satu doa. Di mana-manapun pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Sebagai seorang da’ei yang memang nak buat kerjanya, have to adapt with the situation. Pandai cari peluang dan memberi peluang.

Alhamdulillah dalam keketaran nak mula kerja, akhirnya berjaya lapor diri dengan penuh ketenangan. Sebenarnya, akal belum boleh terima bahawa diri akan mula terdedah dengan industri. Cakap pada seorang kawan, “takutlah nak kerja, takut diorang nanti high expectation sangat… ” kawan tu jawab, “jangan risau….diorang pun tahu kita ni student lagi, masih banyak kena belajar. Paling teruk pun mungkin kena marah”…..ish…term kena marah tu yang kecut tu… Takper, selagi tak redah, tak merasa.

First impression yang bagus pada hari pertama. Depan pejabat ada satu surau yang agak besar.(masjid ke surau?). Monolog, ‘Ok bagus, ada surau yang besar dan selesa.Naik ke pejabat. Di tempat kaunter pertanyaan, terpangpang logo syarikat, dan ada satu dalil al-Quran dibawahnya. erm...bagusnya. Sambil dok menunggu penyelia satu announcement kedengaran,

“insyaAllah seperti biasa tazkeerah akan bermula pada pukul 8.30 pagi di surau…..(lupa nama) seterusnya kita akan solat hajat berjemaah.”

Terdengar satu soalan dari seorang staf, “owh…ada solat hajat sekali. Untuk apa ya?” (loghat bahasa negeri). Jawab staf yang lain, “untuk projek kot”.

Monolog lagi, “fuish…bagusnya syarikat ni…” “Memang setiap hari Ahad ada tazkeerah ke kak?” tanya saya pada staf yang jadi penyambut tetamu tu. “ha’ah, setiap hari Ahad pagi kita akan ada sesi tazkeerah…bla..bla..”

Ok, so kami pun turunlah ke surau tersebut. Alhamdulillah, stafnya sungguh komited dengan peraturan tersebut. Ramailah yang menurunkan diri ke surau. Tak tahulah samada semua atau tak. Sambil menunggu tazkeerah, ada yang solat dhuha.

Tazkeerah pun disampaikan oleh seorang ustaz, menyentuh tengtang ‘amal, infak dan akhlak. Satu pencerahan yang sungguh baik, dipagi hari, diawal minggu bekerja. Sememangnya diri perlu selalu diingatkan, walaupun semua tu dah tahu. Kerana fitrah manusia memang perlu begitu.Setelah itu solat hajat. Rupanya solat hajat tersebut adalah untuk seorang staf yang akan menjalani kimoterapi.

Kami naik semula ke pejabat. Berjumpa penyelia human resource. Hari ini hanya lapor diri. Hopefully dapat meneruskan hari esok dengan sebaiknya.