Cinta adalah satu anugerah terhebat yang Allah kurniakan buat makhlukNya. Kerana cinta, seseorang itu akan melakukan apa sahaja untuk apa yang dicintainya. Cinta kepada Allah membuahkan amal yang diredaiNya, cinta kepada Rasul membuahkan amal yang mengikut sunnah, cinta kepada harta dunia bisa melahirkan hamba yang berpenyakit wahan (cintakan dunia, benci kepada kematian), cinta kepada manusia sanggup lakukan apa saja. Namun apa yang ingin disentuh disini adalah trend cinta kepada manusia.
Bercinta adalah menjadi satu trend dikalangan remaja. Malah, jika ada yang tidak bercinta sudah dianggap sesuatu yang agak janggal. Meniliti fenomena ini baik di kalangan pelajar sekolah, IPT mahupun di kalangan yang sudah bekerja, bercinta adalah sesuatu yang sangat sinonim dengan dunia remaja. Dapat dilihat juga, terdapat berbagai ranking dan jenis percintaan. Bermula dari cinta monyet sehinggalah tahap sanggup menggadaikan maruah diri demi meraih kasih sayang untuk orang yang dicintai.
Pengalaman di IPT...Bila ada ceramah agama yang bertajuk 'cinta' sudah pasti tempat ceramah akan dipenuhi oleh hadirin. Dalam usrah, jika naqib/naqibah membawa atau menyentuh tajuk ini, pasti ahli usrahnya suka sekali serta banyak pula persoalan dan perbincangannya. Jelas menunjukkan fitrah untuk bercinta itu ada pada sesiapa yang bergelar manusia malah ia amatlah sinonim dengan kehidupan sebagai remaja. Dan bagi bergelar muslim, masih mahu mencari method terbaik untuk mereka bercinta.
Cinta adalah fitrah semula jadi bagi setiap makhluk yang Allah ciptakan berpasangan.Namun haruslah diingat bahawa rasa cinta itu adalah kurniaan Allah. Allah telah meletakkan hukum serta garis panduan dalam melayari perasaan cinta demi untuk menjaga kemaslahatan. Jadi ianya sudah pun disusun cantik, terbaik bagi hambaNya dan agamaNya. Adakah orang yang diberikan nikmat cinta itu bersyukur? Yakni menggunakan seadilnya. Adakah garis panduan yang ditetapkan itu dipatuhi? Jika tidak, ia umpama orang yang diberi pinjam buku yang mana buku tersebut haruslah dijaga dengan baik. Tetapi orang tersebut tidak mengendahkan pesanan tuan buku, dan merasakan tidak perlu menurut pesanan tuan buku, asal dia dapat membacanya. Berdasarkan pandangan akal kita, sombong tak orang macam ni?
Adakah peraturan Allah kita ikuti? Atau kita lebih suka bertidak mengikut apa yang kita mahu?
Adakah suruhan Allah yang ini sudah kita ikut?
Katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya mereka merendahkan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha mengetahui apa yang mereka berbuat. (an-Nur:30)
Dan wanita juga disuruh menjaga diri dan maruahnya. Serta suruhan Allah agar keduanya menjauhi perbuatan yang mendekatkan diri kepada zina. Baik zina hati, mata, mulut atau perbuatan. Betapa hukum sungguh cantik menyuruh wanita menutup aurat dengan sempurna. Agar dapat menghalang dari kekacauan hati, kerosakan pemikiran sekali gus apa yang lebih penting adalah maruahnya.
Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menulis tentang cinta ini adalah kerana melihat fenomena gelombang cinta dikalangan rakan sekeliling. Bila tengah bahagia, ok lah...semua clear belaka. Kita yang memandang istighfar dan berdoa saja. Bila dah ada masalah, mulalah ada yang bertanya. Apabila ditanya,"macam mana nak selesaikan masalah si ***** ni?." Aduish...saya tak tahu nak jawab kalau hanya didasarkan pada cinta itu sahaja. Jika saya jawab berdasarkan masalah cinta itu saja, ia akan selesaikan masalah itu habis di situ sahaja. Dan mungkin perkara sama berulang lagi. Sedang saya sendiri bukanlah pakar amat dalam ilmu cinta.
Berlainan orang, berlainan pula masalah cintanya. Sehinggalah saya tertanya sendiri. "Apalah yang kamu cari dengan cinta itu wahai sahabat...? Adakah sekadar untuk mematuhi trend remaja zaman ini? Atau.... apa sebenarnya yang kamu cari? Honestly...saya berasa kasihan terhadapmu...Mungkin dugaan cinta itu tidak terkena pada saya, jadi saya tidak merasa apa yang kamu rasa...Mungkin tidak sewajarnya untuk saya membuat telahan sesuka hati. Mungkin darjat kamu lebih mulia disisi Allah kerana mujahadah kamu melawan nafsu lantaran persaan cinta jadi ujian, dibandingkan dengan orang tidak diuji seperti kamu. Mungkin juga bukan salah kamu kerana kamu tidak mengetahui."
Katakanlah, "Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran. (az-Zumar:9)e
Permasalahan ini tidak mampu untuk diselesaikan jika hanya disandarkan pada perasaan cinta itu semata. Pada saya, you must go back to the basic. Kerana jika basic ini kukuh, insyaAllah yang lainnya akan terbina dengan indahnya. Basicnya tauhid, akidah, i'tiqad,shahih ibadah dan lain-lain...haruslah cuba untuk dikemaskan. Jika saya mampu, saya mahu mengajak sahabat sekalian memahami basic itu. Sayangnya, tidak ramai yang hatinya dijemput oleh Allah untuk memahami dan mengemaskan basic itu. Hidayah itu milik Allah. Tidak ramai yang mahu memilih dirinya sendiri untuk menyertai majlis ilmu. Malah ditutup dengan alasan-alasan remeh yang menipu diri. It is up to you...
Ramai dari kalangan pelajar yang matlamatnya yang utama adalah belajar. Dan sesudah itu untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Dan dalam mencapai matlamat itu, tidak ketinggalan berlumba-lumba untuk menikmati hidup sebagai remaja dan mengambil dengan mudah segala macam jenis keseronokan yang terhidang. Tanpa memikirkan lebih jauh, apa matlamat sebenar dia berada di bumi Allah ini.
Bagi para da'ei... harus melihat juga kepada permasalahan sahabat sebaya kita ini. Tidak bolehlah terlalu asyik dalam dunia sendiri. Berasa selesa dikalangan orang yang sefahaman, sematlamat dan gaya hidup, atau senangnya...sefikrah. Haruslah bagi diri para da'ei untuk concern dengan dakwah bil hal.
6 comments:
Kuasa Cinta itu luar biasa. Kerana cinta hidup boleh musnah semusnah-musnahnya. Kerana cinta juga, kita mampu menjadi segagah-gagah manusia.
“Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri! Sibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, tazkeerah, ceramah agama atau ilmiah atau sbg dan hidup biar ada perjuangan. Ada sesuatu yang diperjuangkan. Kerana sesungguhnya air yang statik tidak mengalir akan rosak akibat statiknya ia. Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”
org yg bercinta mungkin ada dunia mereka sendiri membuatkan mereka tidak akan mendengar langsung nasihat sahabat sekeliling..atas dasar "sefikrah" dgn pasangan tadi itulah bagi mereka apa yg mereka lakukan benar belaka sebab masing memberi sokongan antara satu sama lain...
lagi sedih jika di kalangan para dae'i sendiri terjebak...bkn takde, ada ye...
apapun,mohonlah pada Allah supaya kita tidak diuji dengan "masalah" cinta...du'alah agar perasaan itu akan wujud bila sudah tepat masanya (neekah) dan mudah2han cinta itu tidak akan menandingi cinta kita pada yg paling berhaq iaitu Allah...
nice post Bai...wallahua'lam
jazakillah Echah...
Cinta adalah fitrah. Tidak mampu untuk disangkal kalau ia datang.
Adapun masalah cinta terlarang oleh agama ini adalah masalah bil hal yang berlaku sepanjang masa.
yup. orang yang hangat bercinta akan leka dengan dunianya sendiri. Apa yang ada disekeliling tidaklah menjadi kenikmatan bagi dirinya. Either dia bercinta dengan Allah mahupun makhluk.
Saya pernah melihat, dari kalangan pelajar pengajian Islam yang bercinta. Tidak segan silu. Tapi tak tahulah dia dari kalangan da'ei yang macam mana.
Dalam hati,"macam manalah kalangan mereka ini nak ajar anak saya nanti, risau." Tidak berniat untuk merendahkan.
Teringat satu hadith:
Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka diberikan kefahaman dalam agama.
Ha'a..
Itulah sebabnya Allah bagi dah pencegahan awal (jaga pandangan, tutup aurat..etc)..
Suypaya tak terjebak dalam 'perkara pelik' yang mengnggu cinta kepada Allah ini. Sesungguhnya cinta kepada Allah yang paling manis..huh! Andainya dapat dirasa oleh hati2 tersebut...
Bila mencintai manusia dengan cara terlarang, maka syaitanlah penunjuk jalannya...x bestnyer!!!!!
ok..itu je :-)..
kita selalu dok tighu oghang puteh dok kata.
'back to the basic'
padahal Allah selalu dok sebut dalam Quran..
13:28..and banyak lagi.
ramai muslim yang meremahkan apa yang ada dalam al-Quran, tetapi mengagungkan ideologi kalau datangya dari barat.kenapa yea...?
the meaning of back to basic is back to quran.
to anonymous:
yup you are right... kalau tak fasih bahasa al-Quran sekalipun. Kita ada Allah...dan...dari DIA lah punca segalanya...and thats why every things must back to the basic...
Post a Comment