Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Tuesday, June 30, 2009

Selamat Datang

Selamat datang kepada student baru ke UTM. Ahalan wasahlan...jemput menyertai kami...

Selamat bekerja ajen PPKI.. Semoga dikurniakan kehebatan akal dan kekuatan fizikal..

Monday, June 29, 2009

Hati Seorang Wanita

Hati wanita yang cukup lembut, sensitif, penyayang... Kenapa mengandung itu harus bagi wanita, tidak lelaki? Sedangkan lelaki lebih kuat dari wanita. Dan alam kandungan dikenal sebagai alam rahim yang bermaksud penyayang. Mengikut logik akalnya adalah kerana pada wanita itu ada sifat penyayang. Betapa penyayangnya seorang wanita itu sehingga dia boleh menanggung kesusahan mengandung 9 bulan. Perkara yang mungkin tidak mampu untuk dilakukan bagi seorang lelaki. Di sunting dari penerangan Ustaz Hasrizal.

Satu hari diri dipilih Allah untuk mendengar luahan rasa seorang wanita, yang bergelar isteri dan ibu. Dia mengajak saya membincangkan perihal perkahwinan. "Adakah ini menandakan aku sudah matang sehingga sudah boleh diajak berbincang hal begini?" Monolog sendiri. Huhu... Dia bercerita perihal keluarganya disamping beberapa nasihat turut dibekakalkan. Teringat satu dari pandangan beliau,"Elok juga berkenalan dulu sebelum kawin dik. Biar tahu h
ati budi dia...bla..bla..." Apa yang dia nak maksudkan adalah bercinta sebelum kahwin, supaya tidak timbul masalah dalam rumah tangga. Saya yang tidak setuju memberikan pandangan, "InsyaAllah perkahwinan akan harmoni jika batasan Islam dijaga sejak dari sebelum kahwin." "Tapi di zaman moden ni dah tak boleh pakai yang tu dik," bantah dia. Saya diam. Apa lagi nak kata kalau orang tua dah cakap macam tu? Habis kutu kat kepala semua mati cari jalan macam mana nak jawab keterangan tu. Dan akhirnya saya memilih untuk diam. Mungkin lebih baik.

Sebetulnya wanita itu inginkan seorang teman untuk dia menceritakan hari-hari yang dilaluinya. Dia yang juga seorang isteri dan ibu. Teringat saya penerangan ustaz Hasrizal, wanita itu bercerita bukan untuk mencari penyelesaian bagi masalahnya, tapi mencari ruang untuk dia luahkan isi hatinya, dan sebaliknya bagi lelaki. Jadi saya menjadi pendengar yang baik. Sesekali dia meminta pandangan saya. Saya jawab apa yang saya rasa, kerana semamangnya saya belum melalui alam itu. Wanita itu ada banyak perkara yang dia fikirkan, yang menjadi sensitif pada hatinya yang mungkin tidak bag
i seorang lelaki. Mempunyai anak yang ketiga-tiganya lelaki mungkin membuatkan dia terasa agak jauh untuk berkongsi perihalnya.

Terkenang umi kusayang di rumah sana. Umi yang suka bercerita pada saya yang balik ke rumah tika cuti. Yang suka bila saya menemaninya mema
sak di dapur sambil dia bercerita. Walau saya hanya jadi pengupas bawang. Bercerita tentang kehidupan dirumah ketika saya di perantauan. Cerita tentang adik yang degil, tak dengar cakap umi. Sampai suatu hari saya pernah kata pada umi, "Umi ni, pergilah marah kat diorang. Buat apa nak cakap kat kita." Tapi umi tak pernah marah kita balik bila kita cakap macam tu. Umi amat berlembut. Maaf umi... Masa tu hati budak hingus ni belum dapat fikir matang bahawa seorang umi memerlukan tempat untuk dia meluahkan isi hatinya. Agar gelojak rasa itu bisa kendur sedikit. Umi yang perlukan orang lain untuk berkongsi cerita hidupnya. Di dapur umi itu juga saya dapat banyak petua tentang kehidupan, yang umi kutip dari diari kehidupan umi, dan dari petua orang Melayu yang umi jaga. Supaya anaknya ini jadi penyantun.

Umi yang penyayang..
Semua yang terbaik umi adakan untuk kami.

Umi yang penat,
tapi masih menguatkan tenaga untuk memasak untuk kami.
Diari umi juga punyai berbagai cerita dan masalah,

tapi umi sentiasa bersedia untuk mendengar cerita kami yang berbagai pula d
engan cerita hidup
Terutamanya kita yang semakin manja dengan umi.

Umi yang sentiasa berkorban masa rehatnya untuk kami.
Sehingga pengorbanan itu membuatkan kita sentiasa tersedar jika kemalasan.
Umi yang tidak pernah lupa untuk menelifon kita dan adik-adik jika kami tidak sempat menelefon umi.
Segala yang terbaik umi berikan,

lahir dari sifat kasih sayang umi.

Sehingg
a segalanya sebenarnya tidak mampu untuk diungkapkan.
Tiada layak untuk dibalasi.
Hanya syurga Allah layak
nya untuk umi.
Jazakillah ya ummi..

Akanku bentangkan selaut masa yang ku ada agar umi bisa bercerita lagi...
Ya ummi...

Tuesday, June 23, 2009

....

Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakanlah aku

pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu


Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…


Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku padanya

Agar tidak berpaling daripada hatiMu…


Ya Rabbul Izzati jika aku jatuh rindu,

Rindukanlah aku

Pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…


Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan

Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…


Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas

sehingga melupakan aku pada cinta hakiki

dan rindu abadi hanya kepadMu…

ameen..

Rebutia... The Sweet Memory...



Hati berbunga riang bila skali lagi dijemput datang mukhayam. "Ukhti boleh datang tak?" "Yup, biiznillah, ana pasti datang." Masakan boleh dilepaskan saja peluang yang dinanti sekian lama. Menempuh perjalanan 12 jam untuk berjumpa para kekasih sesungguhnya amat berbaloi kerana hatiku terlalu rindu pada kalian.. Melewati pengembaraan semula selama 6 jam menuju ketempat mukhayam adalah satu anugerah istimewa. Sungguh indah memori permusafiran kita bersama..

Sampai di base camp, kita belum sempat berehat dah disuruh beratur ikut kumpulan. Angkat tangan atas bahu, macam kita sekolah dulu-dulu... Aku tergelak masa tu. Tapi terpandang kem komandan yang tengah buat muka serius, aku simpul senyum dan buang jauh-jauh. Takut kena marah. Tiba-tiba kena lantik jadi ketua kumpulan. Lepastu kena lantik jadi ameerah lagi. Autch.... Apakah ini? Amanah terus bermula. Ditengah-tengah malam buta saat diri pun tengah mamai tu kita disuruh baca ikrar..Fuhh... Ok, arahan diterima, aku pun kedepan. "A'uzhubillah......." ku mula dengan ta'awuz agar makhluk nama syaitan tak sesuka-suki ganggu kami. "Tak dengar...." lantang suara kem kom kat belakang. Terkejut aku. Aku rasa dah jerit secukup rasa, tak cukup kuat ker? Erm...ok sekali lagi.... "bla bla..." alhamdulillah... Aku dah tak malu nak menjerit...because...no mans here..hehehe... I like it. Selepas itu kami diberi bekalan bahan mentah yang dicatu keperluannya. Fuish...ni betul-betul punya mukhayam

Mostly antara kami beranggapan selepas itu kami akan diberikan tempat tidur dan bolehlah kami melabuhkan tirai mimpi setelah penat bermusafir dari kejauhan. Tapi tidak. Kami seterusnya diperkenalkan dengan Pok Nik. Pok Nik menguji tahap ta'aruf antara kami. Debuk! rasa batu jatuh kat kepala. Antara kami sendiri masih belum cukup taaruf, apatah lagi dikalangan mad'u. Dalam tahap tak berapa nak taaruf tu aku dah boleh sayang giler kat diorang, kalau taaruf sampai lunyai..tatau lah apa nak cakap. Dalam pada tu Pok Nik turut menutur bebel kerana kami sampai lambat sangat dari masa sebenar. Aku tahu Pok Nik tak marah. Dia sayang kami. Di keheningan malam itu Pok Nik menyedarkan kami tentang kepentingan masa. "Seminit kamu terlambat seribu keimanan tercabut dari jasad"(erk, korang..betul ke ayat ni?) Tapi ayat tu betul-betul menusuk ke jiwa. Wah, besarnya tanggungjawab aku! Aku ke? Tapi yang pastinya aku taknak jadi macam tu. Jangan itu berlaku kerana aku! Antara banyak-banyak ayat Pok Nik yang meruntun jiwa, ayat tu lah paling terkesan kat jiwa aku.

Selepas kami memasang khemah, dah kena night trecking. Ni bukan night walk lagi dah. Memang treking habis. Kalah avanturenya aku naik Gunung Arong. Pertama sekali solo night, betul-betul menguji tahap pergantungan pada Allah dan tidak sombong untuk meminta petunjuk dariNya. Selepastu treking berkumpulan, rasa nikmatnya diberi sahabat oleh Allah untuk sama-sama mengemudi bahtera perjalanan kehidupan. Allah bagi sahabat itu untuk kita berkongsi rasa, untuk berbincang dan berkongsi kegembiraan bila halangan tu berjaya ditempuhi bersama. Selepas itu treking semua sekali. Bila dah ramai macam ni, ameerah perlu memainkan peranan yang lebih besar. So banyaklah arahan-arahan yang Pok Nik bagi kat aku dalam gelap gulita menjadi pengemudi perjalanan kami.

Satu part yang pasti segar di memori, walau malam tu tak nampak apa pun (sebab cahaya bulan tak sampai ke tanah) adalah masa kena panjat bukit yang licin dan curam, tanpa pohon, tanpa akar, hanya daun-daun kering menutupi tanah. Ameerah naik dulu. Jangan sampai jatuh tergolek. Aku sorang jatuh, semua tergolek. Hehehe...so kuatkan semangat! Susun strategi kaki dan tangan! akal mesti pick up! setkan dalam fikiran, anti boleh melakukannya! Yeaahh, I did it. Alhamdulillah..sampai kat atas, tuhan saja yang tahu betapa hebatnya aku rasa.

Tiba-tiba Pok Nik panggil aku. Hah? Pok Nik ni tetiba jer dia dah ada kat sini. Sampai dulu dari aku. Actually disetiap check point Pok Nik tetiba dah tercegat mendahului aku. Pok Nik benar-benar mengajar aku bagaimana menjadi ameerah di check point ini. Kata-kata Pok Nik itu menjadi rahsia dan peransang bagi kerjaya cita-citaku, "pendakwah". Aku menghayati dalam tak nampak makmum dibelakangku bersusah payah mendaki bukit curam. Maka aku keluarkan kata-kata memberikan mereka semangat meneruskan pendakian. Riuh rendah mereka dibawah. Ada yang jatuh tergolek dua tiga kali. Aku terus menjadi booster untuk mereka sampai keatas. Mulutku tak henti-henti pok-pek..pok-pek...sampailah orang terakhir semua selamat sampai kat atas. Yang kecik, yang besar semua aku tarik penuh semangat, sekuat tenaga yang ada. Fuh...lega... Dalam tak perasan aku boleh berceloteh sedemikian rupa pada malam tu..huhu... Sebab masatu rasa malu dah melayang ditiup angin malam. Yang datang hanya semangat. Dan sebab paling tepat... no mans there kecuali Pok Nik dan ikhwah yang aku tak kenal langsung. Dan hopefully budak tu tak pernah kenal siapalah tuan suara tu...

Lepas tu aku pun bagilah celoteh dinihari sikit kat mereka sebelum meneruskan trekking. Tazkeerah dalam gelap. huhu... Then kami meneruskan perjalanan sampai di cek point terakhir. Bermuhasabah didalam sungai. Pukul 5 pagi kena masuk sungai. Air bukit yang macam ais sejuknya. Fuish...terketar-ketar aku. Unik sungguh muhasabah ni. Kami sujud dalam air, menahan nafas. Menghargai setiap nafas kurniaan Allah.. Allahu akbar.. Then berpelukan memohon maaf.

Apa yang aku boleh kutip(aku yang suka mengutip dan analisis) dari pengalaman malam tu. Pok Nik mengajar aku bagaimana menjadi pemimpin(aku orang paling banyak diberi arahan malam tu). Pemimpin perlu ada sikap kepimpinan, bersyura dengan ahli jemaah dalam menentukan halatuju, bijak membuat keputusan, caring dan bertanggungjawab, kasih sayang pada anak buah...arahan Pok Nik tu buatkan aku boleh menangkap apa sebenarnya yang dia nak sampaikan, walaupun selepas aktiviti tu Pok Nik tidak membuat apa-apa muhasabah bagi program tersebut. Pok Nik mengajar secara praktikal. Yer, aku buat dulu sebelum aku tahu ertinya. Mungkin tak semua tindakan itu boleh diasaskan dengan teori terlebih dahulu. Life is flexible..

Mukhayam kami berterusan, tiada erti semalam atau hari ini bagi kami. Pukul 9.45 pagi treking seterusnya harus bermula. Masa yang hanya lebih kurang 3 jam digunakan untuk semua urusan termasuk masak untuk sarapan dan makan. Selepasnya kami meneruskan treking lagi dengan membawa bekalan makanan. Mesti habis!kem kom kata. Di siang-siang hari ni pun kami perlu mencari jalan dengan hud-hud. Paling tak boleh terima(tapi dah terima) kena masuk dalam paya. Aku teringat bau kolam kura-kura masa melawat zoo. Macam tulah bau dia..Tapi redah jer, siap kena menyelam seluruh badan dalam air tu. Sabau jer.. Sampai depan Mun, kena jerit nama dan tempat lahir kuat-kuat..satu kesalahan dalam etika jadi aku neih...weiih...malulah...kalau semalam time takdak orang nampak bolehlah. Sampai kat atas, kem kom suruh cek seluruh tubuh. baru aku tau paya tu ada pacat ngan lintah.. Eii..geli gelemang. Akhirnya ada sorang akhawat yang lintah dan pacat suka kat dia...hehehe....

Selepas itu mengharungi samudera sungai yang jernih dan sejuk amat. So membersihkan lumpur, bermandi manda macam orang tak jumpa air sebulan dan besolat. Jalan lagi...kena masak pula. Cari kayu api, beralas daun pisang. Terpangganglah seekor ayam, ubi keledek dan telur..huhu tak pernah seumur hidup panggang telur...makan...jalan lagi...sampai base camp.. Dan kehidupan diteruskan lagi tanpa ada rehat. Siapa yang sempat rehat tu, alhamdulillah... tamatlah aktiviti mencabar fizikal...Sesi malam diteruskan lagi sampailah esoknya....

Terima kasih Allah
Kerana memilih aku untuk sampai kesini
Mencanai pentarbiahan diri
Menikmati keindahan alam ciptaanMU yang gah tersergam.

Ternyata hambaMu ini sungguh kerdil
Tapi disini aku dingatkan
Agar memiliki semangat dan jiwa yang besar
Bukan merendah diri tidak bertempat.

Disini aku diingatkan
Aku adalah pendokong ummah
Sedetik aku terlambat
Sedetik aku terleka
Seribu keimanan tercabut dari jasadnya

Disini aku dingingatkan
Bagaimana harusnya berjiwa pemimpin
Tidak tegak sekadar memperjuangkan matlamat
Seremeh erti kasih sayang perlu juga dititik beratkan


- Baizura,
Kota Bharu

Saturday, June 13, 2009

Ikhtilat

Sangat bagus untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat..

ikhtilat.... (pergaulan antara lelaki dan perempuan)

Tuesday, June 2, 2009

Ujian Yang Hebat Buat Hamba Terpilih


Bismillah...

Alhamdulillah...terasa diri masih dikurniakan dengan nikmat yang banyak oleh Allah SWT. Walau berada dalam dugaan yang amat payah untuk dihadapi. Dalam menelusuri denai-denai kehidupan, diri banyak belajar mengenai pengatur caraan hidup. Dan tidak ketinggalan untuk membuat perancangan yang bagus dan bersistematik sebagai perancang kehidupan yang penuh kesibukan sebagai da'ei, kader, kepimpinan, pelajar, murid, anak, kakak, sahabat dan group member. mengamati kembali liku-liku hidup yang pernah dilalui membuatkan diri lebih merancang. Bersungguh berazam, ingin jadi da'ei terbaik, kader terbaik, kepimpinan terbaik, pelajar terbaik, murid terbaik, anak terbaik, kakak terbaik, sahabat terbaik, group member yang terbaik dan hamba Allah yang terbaik. Kalau boleh mahu semuanya dapat perform yang terbaik. Pada Allah lah disandarkan harapan yang menggunung itu.
Justify Full
"Ya Allah tunjukkanlah aku jalan terbaik yang sesuai untuk aku lalui. Tetapkanlah hatiku dalam keimanan supaya sentiasa beristiqamah dalam ketaatan mematuhi perintahMu. Kurniakanlah tunjuk ajarMu dalam aku mentelaah ilmu kehidupan untuk menjadi seorang hambaMu. Tarbiyyahlah aku dengan shibghahMu. Bantulah aku dalam mewarnai hidup dan amalku dengan ilmuMu yang luas. Ya Allah jika jalanku terpesong, terlalai dan terleka, ingatkanlah aku. Ya Allah andai diriku bersalah, Kau tunjukilah aku akan kesalahanku, agar bisa aku berubah memperbaiki diri. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi hambuMu yang Kau tinggalkan dalam kesesatan dan kesia-siaan."

Harapan diletakkan setingginya demi mengharapkan kasih sayang Allah yang tidak bertepi. Segalanya itu impian yang diharapkan akan pencapaiannya. Namun diri tidak lupa bahawa penentunya Adalah Allah.

wamakaru makarAllah, wAllahu khairul maakiriin...
Kita
merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Dan DIA lah yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA..

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahu. (2:216)

Dan diri amat percaya dengan qada' dan qadar Allah. Terkadang jalan terasa amat payah untuk dilalui. Berperang dengan berbagai tugasan dan himpitan lain. Memerlukan diri untuk tega bertarung tenaga dan fikiran dalam memastikan semuanya mampu berjalan seiring. Tiada satu pun yang patut ku sisihkan ketepi. Semuanya penting. Penting untuk memastikan aku sentiasa thabat pada jalan Allah dan RasulNya. Tidak futhur di tengah jalan di luar sunnah Rasulullah. Penting untuk aku memacu cita-citaku maju kedepan. Menjadi Da'ei sepanjang hayat. Penting untuk aku pastikan orang-orang yang aku sayang mencintai jalan Allah dan Rasulnya. Supaya aku tidak berlegar dalam usaha yang sia-sia. Segalanya penting bagi aku. Aku yang memerlukan itu semua. Bukan mereka yang perlukan aku.

Dan di antara manusi ada yang mengorbankan dirinya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. (2:207)

Jujurnya, itu semua menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Kadang-kadang ia terjadi tanpa disedari. Terjadi secara automatik bila ianya dibutuhkan. Terima kasih Allah kerana mendidik aku dengan jalan begini. Secara tidak sedar aku KAU asuh menjadi manusia penyayang yang bisa berkorban. Bukanlah seseorang itu dikatakan sebagai da'ei jika usahanya tanpa pengorbanan.

Barang siapa yang meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah akan melipat gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNya lah kamu kembali. (2: 245)

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya pada jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. (2:261)


Terkadang terasa ingin melepaskan salah satu darinya lantaran diri yang terasa sudah tak mampu, dan terkadang terasa cukuplah sampai disini apa yang aku curahkan. 'Cukuplah saya berada disebalik tabir, dalam memastikan keberlansungan urusan kalian. Saya butuhkan ruang untuk saya bernafas lega dari kepenatan, memikirkan urusan saya pula. ' Tapi tanggungjawab itu tetap datang juga. Bagai tidak membenarkan aku lari dari menyumpurnakan impian yang tersemai sejak awalnya. Sudahkan ukhti! Berkali-kali beristikharah walau diri sudah pun menyambut tawaran tersebut. Berperang dengan tangisan hati yang minta istirehat dan tuntutan dakwah yang memerlukan diri untuk terus menari di pentasnya.

Dakwah ini adalah kepunyaan Allah bukannya milik individu. Allah telah mengajar orang-orang beriman bahawa dakwah terikat dengan kehendakNya bukan kepada para duah, nasib setiap individu daripada dakwah ialah sesiapa yang beramal untuknya maka Allah akan memuliakannya dengan sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka Allah akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun.(Abdul Qadir Audah )

Istikharahku tiada menunjukkan aku perlu berundur dari kepenatan jalan ini malah DIA bekalkan aku dengan semangat yang ada pada orang-orang disekelilingku. Dia bekalkan aku dengan ilham dalam pentadbiranku. Dia kurniakan aku ilham ketenangan dalam urusanku. Dan aku tahu, inilah jalanku yang Tuhanku pilihkan untuk aku. Dan aku sentiasa yakin pada pemilihanNYA. Dan aku meneruskan tarianku dipentas ini lagi. Diri terkadang lelah dalam menyusun rentak serta melayan kerenah penari yang mempunyai bermacam gaya. Aku kuatkan semangat, merasakan Allah sentiasa bersamaku. Semoga pentas ini terus memasakkan cintaku yang menggunung pada khaliqku.

Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya pada Allah. (2:165)


Terkadang hati berdialog dengan Tuhan Yang Maha Mendengar, "Ya Allah, kenapa aku lagi yang Kau pilih? Kau lebih tahu apa yang aku lalui, sehingga aku sendiri tak sanggup untuk melaluinya lagi.Tapi aku amat yakin, pemilihanMu adalah pemilihan yang terbaik. Baik untuk aku serta jalan dakwahku." Dan keputusan yang dibuat adalah hasil perbincanganku dengan Khaliqku. Setelah aku mengadu segala kekuranganku, DIA tetap pilih aku. Jadi aku pasti, amat pasti bahawa segala perkara mendatang dia akan tunjukkan jalanNya buatku. "Ya Allah, Engkaulah yang telah memilih aku untuk berada disini. Bantulah aku dalam menyelesaikan urusanku. Bantulah aku dalam menangani segala masalahku. Engkaulah yang lebih tahu apa yang terbaik buatku. Sesunggunya aku bertawakkal atas apa yang aku pilih dan apa yang aku usahakan." Ujian yang berat buat hamba yang hebat!

Dugaan Allah didatangkanNya buat peringatan dan tarbiyyah buat hambaNya yang terpilih. Sesekali diri diduga, terkadang terbekas juga sekelumit kesan dari jalan yang ku pilih. Namun hati cepat beristighfar. "Ya Allah, andainya kesan ini datang dari jalan dakwah itu sekalipun, bukan jalan itu yang salah. Tapi aku sendiri yang lalai. Sesungguhnya aku telah memilih jalan ini, dan aku bertawakkal kepadaMu atas pemilihanku. Jika aku tersalah dalam menyusun agenda hidupku, bantulah aku mencari jalan yang sebetulnya."

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNyalah kami kembali.) Mereka itulah yang memperolah keampuna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (2:155-157)

"Ya Allah, adakah aku ini yang terlalu leka dibuai keindahan dunia dakwahku. Riang dalam kesibukan yang membukit. Sehinggakan aku cuai dalam menjaga amal fardhieku. Sehingga masaku sengkek untuk mengingatiMu. Padahal kesibukan itu adalah untuk memastikan keberlangsungan suruhanMu. Ampuni aku Tuhan, tidak mahu aku menjadi hambaMu yang Kau tinggalkan dalam kesia-siaan.

Saat diri didatangkan ujian, hati berfikir lagi, menghitung-hitung apa yang telah aku buat. "Kenapa dugaan hebat ini Kau hadiahkan lagi bautku ya Allah...sedangkan aku telah berada dijalanMu." Hati pilu ini tetap mahu menyuarakan rasa terkilannya. Namun hati sihat yang telah diasuh cepat saja membetulkan pandangan hati pilu. "Kau sudah berada pada jalanNya. Adakah kau benar-benar melaksanakan tuntutan itu dengan sebetulnya? Masa-masa yang kau tarik dari keperluanmu yang lain untuk diberikan pada jalan dakwah, adakah gunakan dengan sebetulnya. Kudratmu yang tidak seberapa adakah kau gunakan dengan sebetulnya? Adakah kau benar-benar seorang da'ei? Atau kau hanya gah pada nama, tapi praktikalnya, hancur!" Ya Allah aku takut dengan kemarahanMu. Ampuni aku ya Allah... Andai dugaan ini pembasuh dosaku, aku redha. Jadikanlah aku sentiasa dekat padaMu.

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang yang sabar. (2:153)

Aku terfikir lagi. Sungguh aku ini sudah amat beruntung. Aku sentiasa berada dalam list pemilihan Allah. Walau sering kali aku menolak pemilihan tersebut, tapi Dia tetap pilih lagi, dan pilih lagi. Pemilihan inilah yang membuatkan aku tegar berdiri sebagai srikandi dakwah. Sehingga aku sendiri tidak mampu dan tidak mahu bercerai dari jalan yang Allah pilihkan untukku. Sayang amat. Dibandingkan dugaan sedikit yang dia hamparkan ini, adakah setanding atau layakkah dijadikan gadaian untuk menebus kehampaan. Sungguh tidak.

"Ya Allah, Engkau Maha membolak-balikkan hati. Janganlah Engkau bolak balikkan hatiku setelah Kau berikan kebenaran."

Seorang da'ei itu memerlukan dia membetulkan dirinya dan mengajak kepada yang lain.
Ashlih nafsaka, wad'u ghairuka. Walaupun manusia ini tiada satu pun yang sempurna malainkan nabi Allah yang maksum. Tapi urusan sebagai da'ei telah menjadi suruhan Allah yang perlu dilaksanakan. Buat diriku dan dirimu yang menjadi kader dakwah:

Sepatutnyalah pada diri para da'ei untuk mempunyai ilmu yang lebih tinggi dari mad'unya, jadi dialah orang yang paling banyak perlu menuntut ilmu.

Sepatutnyalah bagi dia untuk mempunyai amal yang lebih banyak dan sempurna berbanding mad'unya, jadilah dia yang paling banyak menghabiskan masanya dengan Allah dan segala kerjanya hanya kerana Allah sahaja.

Sepatutnyalah bagi da'ei untuk berkata-kata lebih hebat dari mad'unya, jadi dialah orang yang paling banyak berkata-kata dengan tuhannya.

Sepatutnyalah bagi da'ei untuk mempunyai iltizam dan komitmen yang lebih tinggi berbanding mad'unya, jadi dialah orang yang paling istiqamah dalam amal dan usahanya.

Monday, June 1, 2009

Catatan Hati Nik Nur Madihah

Bismillah....

Mengambil kesempatan malam ni yang takder kelas. So boleh teman my partner, G shopping kat KB Mall. Sejak hampir sebulan kami di Kota yang sibuk ni, inilah kali kedua kami menjejakkan kaki ke KB Mall yang jaraknya rasanya tak sampai satu kilometer. Hari pertama kami shopping untuk beli perkakas untuk LI, termasuklah kasut untuk saya yang tak suka pakai kasut bertutup.

Actually dalam perancangan takder apa yang nak dibeli, just follow G. Sambil melilau-lilau, mata terpandang satu kedai buku. SMO.(orang Kelantan mesti tau ni) Demi terpandangkan kedai buku tersebut, kaki terus meluru masuk. Kedai yang paling saya suka adalah kedai buku. Masa kecik-kecik saya memang budak yang rajin membaca. Sekarang? Masa oh masa...(alasan) Berada dalam kedai buku, bagaikan sedang sesat di dalam hutan. Mata terpaku dengan keindahan-keindahan yang ada, lambat boleh keluar.

Mencari-cari buku target yang nak dibeli, ada yang ada, ada yang takder. Rasa banyak buku yang nak dibeli. Tengok bajet, aduish....kena tunggu dulu. Memang banyak buku yang dah dibeli, bacanya tak habis-habis lagi. Masa oh masa...(alasan atau realiti?) Kesengkekan bajet tak mematahkan semangat untuk melayan hati yang tengah ceria melihat panorama buku-buku. Mencari-cari buku 'Rindu Bau Pohon Tin' karangan Ustaz Hasrizal. Kot-kotlah boleh dibeli lain hari.

Kaki terpacak di ruangan novel agak lama. Mengimbau memori silam seorang budak yang suka baca novel. Sekarang pun. Cuma masa tak mengizinkan untuk membaca lebih kerap (alasan ke?) Orang kata, tak payahlah baca novel, jiwang, melalaikan. Baik baca buku tarbiyyah. Namun tak mampu untuk disangkal bahawa memang saya minat baca novel. Banyak pengajaran hidup yang saya kutip dari novel. Novel tak semestinya jiwang dan melalaikan, saper suruh pilih yang tu? Saya akan pilih novel yang boleh memberikan pengajaran dan motivasi. Pendekatan melalui jalan cerita mungkin lebih sesuai dengan saya. Melalui jalan cerita juga, intinya lebih mudah menyentuh kalbu(qalb). Mungkin itu lebih sesuai dengan diri saya yang suka memerhatikan perangai dan gelagat manusia serta suka membuat analisis terhadap perangai seseorang. Satu daripada novel terbaik yang pernah saya baca adalah 'Tautan Hati' (ada akhlak, tarbiyyah, methode dakwah, dan motivasi sebagai seorang da'ei). 'Rindu Bau Pohon Tin' is the targeted novel. Saya suka membaca catatan hidup orang berjaya, itu untuk motivasi diri. Masa kecik-kecik dulu jugak, bila belek majalah sekolah, saya akan pilih part 'catatan best student' dan saya akan salin balik apa yang dia tulis. Hehe...rajin punyer budak...Itu dulu.. Sekarang?

Berjalan-jalan di ruangan agama, ada banyak buku yang rasa nak dibeli. Ingat poket yang tengah sengkek, sabar.... Teringat adik-adik dirumah, rasa nak jugak beli satu buku untuk mereka, especially untuk Kak Yah dan Kak Chik yang masih dibangku sekolah.Kak Ngah dan Kak Yah suka membaca,Kak Chik pulak tak berapa suka membaca, dia more to benda-benda teknikal. So saya kena pilih bahan yang sesuai mereka . Mencari-cari tapi tak jumpa.

Sambil membayar dikaunter, saya terpandang sebuah buku yang dipamerkan, 'Catatan Hati Nik Nur Madihah'. Siapa Nik Nur Madihah? Pelajar SPM terbaik Malaysia 2008. Dari negeri kelahiran saya. Saya membaca sinopsis dibelakang buku. "Ni mungkin bagus untuk adik-adik", jadi saya pun beli. Buku ni mungkin tak berapa bermanfaat kepada saya yang mula bertapak ke tahun akhir pengajian ijazah. Tapi hopefuly sangat bermanfaat buat dua adik yang masih dibangku sekolah.


"Ha...buku ni Kakak hadiahkan buat adik-adik." Penat dah Kak Long suruh belajar rajin-rajin. Tahun depan kamu berdua exam PMR dan SPM. Kak Chik yang selalu busy sebagai athlet, silat dan Kadet polis, Kak Yah yang rajin, tapi mungkin payah pickup. Dan korang kadang-kadang malas belajar (mesti korang marah kalau tau Kak Long cakap macam ni)Kak Long pulak yang risau. Mungkin korang berasa sedikit selesa bila 3 orang kakak dah menjejak ke IPTA. Jangan macam tu dik. Kak Long taknak sorang pun tercicir.

Madihah sama umur dengan Kak Lang. Teringat Kak Lang yang bersungguh-sungguh belajar untuk skor straight A sebab nak ambil medic. Tapi nasib tak menyebelahi, Kak Lang sambung tamhidi di USIM(230509). Takpelah dik, semoga rezeki mu lebih mudah disana. Kak Lang belum putus asa untuk figth so that she can further study in medic. Semoga Allah memudahkan urusanmu.

Melihat sedikit sinopsis buku, rasa tak sabar nak melanjutkan pembacaan. Mungkin boleh dijadikan bahan halaqah dengan adik-adik untuk minggu ni sebelum buku ni diserahkan kepada mereka. Nik Nur Madihah, lahir dan membesar dalam keluarga yang miskin, tapi berjiwa besar. Orang kata dan mungkin realitinya, negeri kelahiranku ini adalah negeri termiskin di Malaysia yang kaya raya ini. Ya, memang aku akui. Miskin tapi berjiwa besar. Mungkin dengan kemiskinan anugerah tuhan inilah yang menjadi obor pembakar semangat untuk berjaya. Dari negeri ini jugalah datangnya pelajar-pelajar yang paling ramai bersepah di IPTA. Apa yang saya kagum dengan rakyat negeri kelahiran saya yang saya katakan berjiwa besar ini adalah, walaupun miskin, tapi in terms of agama Islam part memang baguih. Mungkin mereka tak mahir sangat pun dalam ilmu agama, tapi semangat yang nak kepada Islam itu sangat tinggi. Dan nak anak-anak mereka mahir ilmu agama. Mungkin tak semua macam tu.. Adakah saya ria' negeri? Oh tidak...jangan salah sangka. Ini adalah pemerhatian saya, orang lain mungkin berpandangan berbeza.Apa-apa pun banyak pengajaran saya kutip selama bermukim di Bandaraya Islam ini. Saya memang suka memerhati dan menganilisis. Mungkin untuk panduan hidup, bukan untuk dipertikaikan.

---------------------------------------------------------------------------
Si ayah bergelut dengan gelombang. Si ibu bergelumang dengan perit harian. Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.

Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya-ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.

Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN!
---------------------------------------------------------------------------

Orang-orang Miskin itu disayangi Allah dan Rasulullah SAW. Janganlah anda mengalah wahai teman! Kemiskinan bukanlah satu halangan untuk mengucup kejayaan dunia dan akhirat.