MasyaAllah...bergenang air mata demi membacakan berita ni. Hairan sungguh, macam mana ibu dan ayahnya sampai hati meninggalkan anak-anak yang masih kecil ni begitu sahaja, sedangkan Allah kurniakan rasa kasih dan sayang yang natural kepada ibu bapa apatah lagi ibu. Sangat tidak boleh diterima hati adalah anak paling bongsu itu berusia 7 bulan. Kemanakah hilangnya perikemanusiaan?
Ya Allah, mencabarnya hidup di duniaMu ini. Pulangkanlah kami ke akhirat dengan mendapat kesenangan. Maka bimbinglah kami ke jalan yang benar.
Apa puncanya?
Banyak punca pergaduhan suami isteri yang berpendapatan rendah disebabkan oleh kewangan. Manakala yang berpendapatan lebih sikit biasanya disebabkan wujudnya orang ketiga, almaklumlah ada duit lebih dua tiga posen boleh la buat mengorat.
Kewangan punca konflik rumah tangga
Kes ni memang saya sendiri pernah jumpa di kejiranan saya. Anak ramai dan suami berpendapatan cukup makan. Isteri tak puas hati dengan suami dan suami tak puas hati dengan isteri. Dan akhirnya bercerai.
Telah termaktub dalam hadis bahawa
"kefakiran boleh menyebabkan kekufuran"
Masalah kewangan boleh menyebabkan isteri tidak taat suami, sering marah-marah, berasa sedih dan lemah. Mana taknya, runsing dengan anak yang ramai, perlu pergi skolah, perlukan pakaian dan susu. Menyebabkan banyak tindakan-tindakan yang melampaui syariat sehingga menimbulkan marah suami pula. Maka terjadilah masalah dalam keluarga. Anak-anak sedih melihatkan keadaan ibu-bapa mereka menyebabkan mereka juga menjadi murung dan rendah diri. Alhamdulillah, ramai suami isteri dari pendapatan rendah Allah kurniakan rezeki anak yang ramai pada mereka. Andai mereka dididik sebaiknya, maka jadilah mereka saham dunia dan akhirat.
Kehidupan di Malaysia yang dikatakan aman pada masa kini amat menekan mereka yang tidak berstatus kaya. Golongan yang berpendapatan sederhana juga terdesak, apatah lagi yang berpendapatan rendah. Belajar sampai masuk uni, kerja bergaji setiap bulan, tapi hanya boleh guna untuk hidup sahaja.
Bila baca tajuk news di artikel berkaitan tu, banyak kes dera rupanya. itu yang terlapor, belum kira yang tak dilaporkan. Concern saya adalah kanak-kanak tu. Yang suka dera tu mungkin dah rumit sikit untuk di setelkan. Apa yang berlaku pada anak pada usia mereka membesar akan membentuk peribadi mereka. Kehidupan yang sukar dan selalu takut menyebabkan mereka murung, tak aktif seperti apa yang sepatutnya kanak-kanak lalui. Apa yang mereka lalui mungkin akan diturunkan kepada anak-anak mereka. Apabila berterusan begitu maka lahirlah generasi yang tidak berkualiti.
Dunia semakin kecil, "global village". Anasir budaya kuning senang diserap kedalam diri remaja yang tidak terbimbing. Kita sebagai manusia yang perihatin, perlu mengambil langkah supaya kes-kes sosial dapat dibenteras dari akar umbinya. Dari keluarga, masyarakat dan negera.
Remaja adalah insan yang sedang mencari arah tuju kehidupannya. Maka perlu ditunjukkan jalannya yang benar. Jika tidak mereka menarwang mencari arah, kadang-kadang confuse dengan jalan-jalan yang terbentang. Nampak seronok tapi sebenarnya mengundang duka. Nampak tak happening (mungkin orang selalu ingat buat program tarbiyah ni tak perlu happening, jumud jer... itu SALAH sama skali), tapi itulah jalan bahagia sebanarnya.
Marilah kita disegenap sudut kehidupan mencari jalan penyelesaian. golongan berpendidikan golongan yang berfikir, tolong carikan jalan juga untuk golongan yang tak sempat nak belajar. Mereka juga sebahagian daripada kita.
Saya rindu pada GENARASI AL-QURAN
KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.
Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.
Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.
Terkenal sikap suka 'perang besar'
Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.
“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.
“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.
Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.
"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya.
Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.
“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.
"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.
Anak-anak tak banyak karenah
Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.
“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.
"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.
“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.
Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.
“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN
- Gagal jawab soalan, dirotan hingga tisu koyak
- Ibu enam anak belum pulang
- Enam beradik ditinggal kelaparan
- Dibelasah kekasih ibu
- Kes Sofea dirujuk Peguam Negara
- Ibu berfikiran waras ketika dera anak
- Bayi disyaki didera meninggal dunia
- Pengasuh bebas dengan jaminan polis
- Ibu mengaku tidak bersalah dera anak
- Punca kanak-kanak didera perlu diselidik
No comments:
Post a Comment