Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Wednesday, February 11, 2009

Bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:



maka setelah ini wahai jiwa, janganlah kau hanyut dalam nestapa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu didunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita kan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup unutk dunia, tetapi menjadikan dunia unutk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup diakhirat kelak.


maka janganlah ditangisi apa yang bukan milikmu..


oleh: Mutiara putih


Wednesday, February 4, 2009

Di Jalan Dakwah Kita Bertemu

Bismillah... mengimbas kembali kenangan semalam...
Alhamdulillah...sebelum memulakan jaulah kami berdaurah... melayan rengekan hati yang minta diisi. Alhamdulillah pengisian yang sangat dekat dihati, berlegar dalam situasi. Disambung lagi dengan pengisian baru-baru ni. wah, bertambah kemas lagi! Daurah ditamatkan dengan harapan dapat digunakan dengan sebaik mungkin. wah.... Segar rasanya hati.

Perjalanan diteruskan lagi ke destinasi nun jauh ke KL, menziarah akhawat UKM, 'Tokoh' and kembungkan perut dengan angin, disamping shoping kat Nilai sampai kempis beg duit. Bunga oh bunga....(tapi menda lain yang dibeli,hey...). Betullah kata (kata saper ek? lupa) Kita tak akan betul2 kenal seorang sahabat jika tidak berkelana bersama, makan sepinggan, tidur sebantal dengan dia.

Dijalan Dakwah Kami Bertemu....

Disaat bersalaman dengan akhawat saner... terasa ada satu pautan hati yang sangat kuat. Hati mengatakan, Yes, you are the person! belum sempat orang tu perkenalkan diri, mulut ni tak sabar nak tanya dulu, "nama enti Hajar ke?" "Ya""Matrik Melaka ke dulu?" "a'ah". Sampai situ je dulu, orang lain dok beratur kat belakang.

Masuk halaqah, taaruf lagi. bla bla.....
Hajar baru memuatkan diri kedalam halaqah(tadi masak kot) "ana dengar ada yang dari K.Krai, dekat ngan kampung ana tu. Dulu masa kecik pernah dok K. Krai" ha...hajar dah buka jalan. "Ana lah, anti kenal ana lagi tak?" jawab ana teruja. Ana pun mulalah menyingkap kenangan silam...

Kami adalah bestfriend semasa darjah satu. Pergi dan balik sekolah dengan van yang sama. Bertiga, tapi lebih rapat ngan dia. bermain, bergaduh. Petang2 slalu lepak kat rumah dia. buat kerja skolah lah konon... Habis je darjah satu, family dia nak pindah ke kampung halaman, takder la jauh mana. Setengah jam jer dari tempat kita orang masa tu.Tapi budak kecik lagi masa tu...jauh la tu kira. Nak jalan kaki tak sampai. Sedih sangat....dia ajak la pergi kampung dia bila ada peluang... tapi memang tak pernah pergi pun, sebab memang takder peluang. Tapi dalam hati sentiasa berdoa agar dapat jumpa balik ngan dia. Betapa ukhuwwah budak kecik dulu sangat mengikat.

Act, kat matrik jumpa lagi dengan dia. tapi masa tu dia JPP, malas nak layan sangat..huhu...Tapi hati dok rasa2 memang dia lah orangnyer, tapi suruh orang lain tanyakan. nama Hajar dah betul dah. 'tinggal kat Machang ke?' 'tak, kat pahang.'...erm...kecewa jap. Takper doa lagi. Nak jumpa lagi dengan Hajar yang dulu. Tunggu lagi....

Masuk UTM...dah jumpa ngan ramai orang, sahabat, ikhwah dan akhawat... bila duduk ngan sahabat yang rapat skit, dok ingat siape lagi kawan2 rapat yang zaman2 dulu. sesekali teringat kat Hajar. Sahabat 13 tahun yang dulu...

Sampailah masanya dapat peluang dapat jalan2 sambil jumpa sahabat2 kat UKM... Hadiah datang bergolek-golek depan mata. HADIAH ALLAH yang amat bernilai. Selama hampir 15 tahun menunggu... jumpa lah hajar kat depan mata sebagai AKHAWAT. Rupanya macam ni Allah nak temukan kita. Keadaan ni. Jalan ni. Ukhuwwah ni. Lebih lagi, Hajar Ameerah disana, dirini Ameerah disini. Kami pun kongsi lah cerita, pengalaman dan teknik bersama..

Tutup halaqah, sambung lagi story masa silam... Masa yang ada tu digunakan sebaiknya bersama Hajar, borak, makan dan bergambar kenangan. InsyaAllah, biiznillah kita berjumpa dilain kali. Semoga ditetapkan iman, berada dalam medan yang sama sampai hujungnya. 'Kasih bertaut, Ukhuwwah terpaut', bak kata seorang akh.
(kata bersahut, gayung bersambut: silat gayung punya, saja nak tulis)

Masa nak balik, dok sebok bergambar ngan Hajar lagi. Orang lain dah dok tunggu dalam kereta. Rasa macam taknak balik lagi......... takpelah, InsyaAllah jumpa lagi. Hari tu hari yang paling bahagia rasanya... bersyukur ke hadhirat Illahi yang menyatukan hati-hati... Setelah bergelumang dengan urusan di UTM, sampai otak ni tak tahu nak fikir apa dah, Allah hadiahkan rasa bahagia ni... alhamdulillah... alhamdulillah...alhamdulillah....

akhawat UTM pun ana sayang. Ramai..ramai? semua yang seangkatan dah nak grad, tinggal ana sorang....
Sahabat datang dan pergi, yang patah kan tumbuh, hilang berganti. Semoga Allah gantikan kita antara satu sama lain dengan yang lebih baik. Jangan g jauh2 tau...

Uhibbukum fillah abadan abada...




Wednesday, January 21, 2009

Zam Mi Looni

Srikandi Muhammad - Khadijah bt Khuwailid


He stepped inside his home, and he overwhelmed with fear
An angel came with words from God, things were still unclear
Saying read - read, but he couldn't read, then amazing words that he heard
A trembling deep inside his heart, confused by what had occurred

There was only one who could comfort him
To help him see the light
To ease his fears, to reassure
Was khadijah, his wife

He said Zamilooni, Zamilooni, Dathirooni, Dathirooni, (Envelop me, Embrace me)
A mighty task has come before me
I need you here with me
By my side

She was a woman of nobility, successful in all her trade
Many wealthy men had asked for her, she had turned them all away
But when she saw Muhammad, a shining moon, may peace be on his soul
He was a light for her, so right for her
her life will now be whole


But she had never seen him so distressed, as he was there that day
She would comfort him, and hold him tight, and chase his doubts away

He said Zamilooni, Zamilooni, Dathirooni, Dathirooni, (Envelop me, Embrace me)
A mighty task has come before me
I need you here with me
By my side


We look for stories of love, in places dark and cold
When we have a guiding light, for the whole world to behold
But were so selfish in our ways, and to the ones we hold so close
Our own pleasure and happiness is what we value most

But she sacrificed all her wealth and everything she had
And he honored her, and gave her faith,
when the times were bad, when times were bad...

Now years have passed, times had changed, since Khadijah breathed her last.
and the Message of the one true God, was spreading far and vast
But then he came across a jewelery, that Khajidah once had worn
His eyes began to swell with tears, his heart again began to mourn

Cause she was there for him, when times were rough, and his enemies were cruel
Was the first believer, so keen and eager, to comfort al-Rasool

He said Zamilooni, Zamilooni, Dathirooni, Dathirooni, (Envelop me, Embrace me)
A mighty task has come before me
I need you here with me
By my side

Mawlaya salli wa sallim daa iman abada
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi
(O my Leader, send your salutations and blessings forever
Upon Your Beloved, the best of the whole of creation)


Lagu - Zam mi looni
oleh - Native Deen dan Zain Bikha

Khadijah bt Khuwailid ibarat seperti matahari yang menyinari. Memberikan tumpuan kepada perjuangan Rasulullah, dengan harta dan sifat dan sikapnya yang lembut dan sabar.

Ibarat bunga matahari yang menyeri. Warnanya menarik perhatian, tapi ia setia kepada matahari sahaja. Dimana matahari berada di situlah ia menghadap. Tegak,Mekar bila matahari mula memancar. Tunduk, menyimpan bila matahari tenggelam.

Ibarat pendamping matahari. Pemergiannya diratapi, kerana hilangnya seorang pendamping yang setia dalam segalanya. Kehilangannya amat dirasa, lantaran baktinya yang menguatkan jiwa, untuk terus berjuang. Tapi khaliqnya lebih menyayangi.

Ibarat bunga matahari yang menghasilkan kuaci yang berkualiti. Seperti tinggalnya puteri-puteri Rasulullah yang tegar. Zainab, Umi Kalthom, Rokiah, Fatimah. Sama tegarnya seperti ibu mereka.

Ana nak kongsikan lagu ni, tapi tak tau nak uploadkan macam mana. ana budak baru belajar, sebenanya ana tak mahir lagi. Boleh la cari sendiri. Sangat best dan menyentuh hati seorang srikandi jundullah. Begitu juga perwira jundullah.

Siapa nak jadi seperti Srikandi Muhammad?


Sunday, January 11, 2009

Bingkisan Hati


Dulu kini selamanya


Dari barisan usrah

Dan dari umbi tarbiyah

Wujudlah sinaran fitrah

Islah terus meniti masa


Dari dewan selesa

Kejalan yang berhaba

Pejuang keadilan

Dan penjulang kebenaran


Bersama Islam membina ummah

Usaha daulatkan syariat

Agar hidup penuh barakah


Didalam sedih dan ketawa

Didalam susah dan mewah

Tetap teguh iman dan taqwa


Sehati sejiwa dulu kini selamanya

Walau apa yang melanda hadapi bersama

Ya Allah ya Rabbi Teguhkan iman kami

Moga tabah hati tak berbelah bagi


Berbekalkan Islam membina masyarakat

Mengukuh ummah insan sejagat

Setiap mehnah pastinya ada hikmah

Berbaik sangka pada Yang Esa


Rasulullah contoh ikutan

perinsip syura jadikan amalan

korban masa tenaga kita

dan fikiran perkasakan maruah kita


Pilunya kian terasa.

Disaat suasana heboh dengan isu Palestin, hati sempat pula terkesan dengan sesuatu yang lain. For all sahabiyyah.. 'geng berenang' and lain2.

Setelah sekian lama kita bersama. Dari tahun satu yang hingusan hinggalah mampu menjadi srikandi dakwah yang tegar. Susah dan senang, suka dan duka bersama. Semua itu tidak mampu untuk dilupakan, moga itu menjadi memori yang menguatkan kita untuk terus thabat diatas jalan yang lurus ini.

Bersama meniti hari-hari dibumi UTM dengan berbagai agenda, membuatkan ukhuwwah kita mekar mengharum di taman UTM, bumi tarbiyyah ini. Bersama dalam mentarbiyyah hati-hati sahabiyah, dugaan yang dirasi itu lebih mentarbiyyahkan diri kita sendiri. Suka duka dugaan yang tak mampu untuk dikongsikan dengan orang yang tidak seangkatan. Dan kita selalu dihidangkan dengan penguat semangat “jalan dakwah ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, malah ia penuh berliku dan beronak duri, itulah sunnahnya orang berjuang.”

Masa kian dekat menghampiri waktunya, terasa amat. Kalian akan melangkah lebih maju setapak, menghabiskan masa belajar di sarjana muda. Maka tinggallah diriku sdisini,meneruskan perjuangan yang masih bersisa di perinkat ini. Sedih, mungkin hanya Allah yang tahu…

Masa kian mengahampiri, tiadak sampai satu sem lagi. Tapi hati dah mula terasa… sama-samalah kita tetapkan niat untuk terus thabat di atas jalan ini, walau dimanapun diri dicampakkan..walau dirimu disana dan diriku disini, ukhuwwah kita tetap fillah..

Thursday, January 8, 2009

Tiada Masa Untuk Bermalasan


Umatku... sedarilah..
Musuh-musuh sedang mencengkam dirimu,
Tiada masa untuk bermalasan,
Saudaramu ditindas dan dicaci.

Act ini adalah serangkap daripada lagu nasyid, yang selalu kami lagukan diwaktu primary school. Tapi sayangnya waktu tu tak mendalami, tak memahami apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh lirik tersebut. Alhamdulillah ia memang lekat dalam kepala ni pada setiap masa. Cuma pemahaman tentangnya baru sampai sekarang. Isu Palestin memang sangat-sangat mengesankan.

Mungkin tanpa kita sedar, kita sebenarnya sedang dicengkam oleh musuh-musuh. Melalui berbagai cara dan situasi, halus, lembut dan meresap dengan mudah. Hinggakan kita tidak menyedari bahawa ia sebenarnya telah bertapak lega di sekeliling kita. What it is?

Material, ideologi, pegangan. Semua itu menyumbang kepada pembangunan yahudi. Memang kehadiran itu susah dikesan malainkan orang yang benar-benar yang teliti. Oleh itu, jika kita adalah orang yang tidak mahir tentang penelitian ini, mudahnya jangan mudah menerima sesuatu melainkan ia disahkan dan yakin.

Terfikir kepada pakcik makcik dikampung (mungki di kampung saya je(kampung ku di Qlate)mgkn ada juga ditempat lain) mereka selalu tak setuju dengan sesuatu yang baru yang datang dari bandar, lagi-lagi yang datang dari barat. Kelihatan seperti out of dated. Dilihat dari sudut yang positifnya, bagusnya mereka ni. Menjaga apa yang mereka faham dan pegang, dan menolak terus apa yang melanggar syariat Islam dan adab Melayu. Even pengetahuan mereka tak lah secanggih ustaz ustazah dari oversea, atau pakar2 ilmu yang lain. Boleh dikatakan apa yang mereka pegang itu pun adalah warisan dari yang lebih tua.

Melihat kepada isu Palestin dan ummah disekeliling kita sekarang, memang sudah tiada masa untuk bermalasan. Mengajak kepada amal ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar wajib pada situasi sekarang. Janganlah lena lagi.Bangunlah saudaraku. Jika masih mamai, sedarlah, cergaskan diri. Sayangi diri kita dan saudara kita sekaliannya.
Sayangi saudara kita di Palestin, dan sayangi saudara kita disini.

Sesiapa yang melapangkan masa untuk agama Allah, maka Allah akan melapang masa untuknya.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (MUhammad: 7)

Wallahualam...

Tuesday, January 6, 2009

25 PESANAN LUKMANUL HAKIM



01- Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.


03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.


08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.


09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.


10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.


11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.


13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.


15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.


16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.


17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.


18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.


19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.


20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.


21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.


23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.


24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.


25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.