Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Tuesday, May 25, 2010

Jalan Ini Menuntut Pengorbanan Darimu



bismiLLAH...

Jalan dakwah menuntuk pengorbanan darimu... apakah harta yang paling berharga bagi seorang pelajar. Bagi ana masa. Meletakkan masa masa pada sesuatu urusan adalah satu pengorbanan. Dan mungkin sampingannya adalah tenaga dan sedikit wang. Tidak semestinya wang sahaja yang boleh diklasifikasikan sebagai infak. Jika dia tak punya cukup wang untuk infak, maka infaknya mungkin dalam hal yang lain yang mana itu semua menuntut suatu pengorbanan. Am I right...?

Bagaimana masa yang orang lain boleh gunakan sepenuhnya untuk akademiknya, melaksanakan kemahuannya, berhobi yang disukainya harus digunakan sebaiknya oleh orang yang menggelar dirinya da'i. Bagaimana betah untuk dia menghiburkan hatinya semata sedang mad'unya terkontang kanting mencari arah hidup. Bagaimana mungkin untuk dia tidur lena jika pengurusan dakwahnya terasa seperti kapal yang mahu pecah. Bagaimana boleh dia mementingkan masa untuk akademiknya semata jika sahabat-sahabat sejama'ahnya sedang sibuk menguruskan tarbiyyah... SubhanaLLAH.... hebatnya da'i pilihan Allah..

Yeah.... segalanya itu datang dengan usaha yang bukan sedikit. Ia benar-benar menuntut pengorbanan darimu. Seorang da'i harus bersedia... bila mana ia terjun ke gelanggang dakwah ini, maka seluruh hatinya, jiwanya, cinta, kasih dan sayangnya akan tertumpu di gelanggang ini. bersedialah bila mana setiap masa asyik terfikirkannya, sambil baca nota, sambil berusrah, sambil bermeeting dan berprogram apatah lagi, even dalam tidur pun boleh termimpi... wahhhh.... hebat penangan cinta di jalan dakwah.

Cumanya bagi yang masih seorang pelajar, silalah pandai untuk membahagi masa dan perasaan itu dengan baik. Akademik adalah telur putih untuk dakwah... "If you fail to plan, you plan to fail"... takut juga nak guna term ni. Siapa-siapa pun tak mahu fail. Yang kita perlu pastikan adalah kita buat kerana Allah, maka padaNya kita berpandu dan daripadaNya juga kita meminta. Sedang kita adalah makhlukNya yang lemah, maka janganlah bongkak setinggi gunung walau dah dapat tarbiyyah selautan bumi. Janganlah ada sombong dengan Allah, walau stakat nak buat program tu macam buka kacang 'Ngan Nyin' jer bagi kita. Tak ada kudrat dan upaya kita, bila tiada keizinanNya.

Namun, tidak dinafikan dan kita pun jelas dan pasti. Jalan dakwah ini tidak dibentangkan dengan permaidani merah. Malah jalannya berliku-liku dan beronak duri. Sedang nabi pun jalannya begitu malah lebih teruk lagi, apatah lagi kita. Kita bukan pemula, kita hanya penyambung risalah ar-Rasul, semuanya dah ada untuk diteruskan, dan di rujuk. Terkadang rasa penat ditengah jalan, terkadang duri-duri itu terasa menusuk tubuh. Tapi perasan atau tidak, dengan liku-liku dan duri-duri itulah yang telah membuatkan da'i menjadi hebat. Jalan itulah yang telah menjadi medan tarbiyyah bagi seorang da'i. Maka kamu adalah insan terpilih. Allah sentiasa menapis hamba-hambaNya yang berjuang untuk agamaNya... semoga tidak termasuk dalam tapisan yang akan dibuang.

Dalam al-Quran penawar hati, ada sungguh banyak ayat-ayat yang Allah hadiahkan buat da'i... diceritakanNya nikmat-nikmat yang bakal diberikan di syurga walau tidak terbayang pun di akal manusia. Bila merajuk, Dia memujuk.Bila bersedih, Dia menenangkan. "janganlah kamu berasa lemah dan jangan bersedih hati". Bila sakit dan penat, terasa diubati. Bila lemah, terasa di motivasi. "fastabiqul khairat!", "fastaqim kama umirta! "Bila bergembira, maka gembira da'i kerana Allah. "bergembiralah orang mukmin...........". Betapa penyayangNya DIA... Hamba malu jika hakMu tidak hamba tunaikan...

Yes... ada lagi hal-hal lain yang perlu kesediaan da'i untuk berkorban. Dari segi caranya, pandangannya, atittud diri... perasaan...yup kenapa tidak. Itulah yang diperlukan jika nak 'bland in' dalam gelanggang ini. Jika tidak mahu perubahan, mungkin dia hanya menjadi seperti seketul batu besar di dalam sungai. Tidak bergerak bersama arus. menanti dan terus menanti sehinggalah haus.

Jalan ini menuntut pengorbanan darimu...


Allahu'alam.... kepadaNYA hamba berpandu...


Monday, May 10, 2010

Qudwah

seringkali kita terpfikir,
bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi,
tetap senyum bila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi..

kenapa kita mudah membenci bila dikasari,
mudah putus asa bila yang dilakukan tak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,
mudah terguris bila dilukai...

ayuh bersama mentarbiyyah diri,
agar segala yang indah menghiasi peribadi,
kerana qudwah kita adalah nabi,
itulah sifat hamba Allah yang hakiki...



sahabat 1: anti akhir-akhir ni asyik buat puisi jer... tak banyak writing.
ku : * senyum...

poem is a true story about feelings. lebih lembut dan santun. tak banyak huraian, tapi cukup untuk bercerita.

Wednesday, May 5, 2010

...holiday...

at Zoo Kuala Krai..


"Amsyar tak kisah demam, Kaklong dah janji nak bawak gi zoo..."

tayang gigi rongak

suka sangat elephant

nak balik dah...

singgah playground dulu..

laju-laju



"Amsyar taknak gi sekolah, nak ikut kaklong balik kampung. Nak mandi sungai"..."ok"

Lata Berangin at Chuchuh Puteri


peace

Amsyar and Amirul...pagi-pagi dah mandi lata...


Fahmi and Sarah going to school...Amsyar ponteng.

Sunday, April 18, 2010

...how are you...


Jangan simpan sendiri
Aku sedia berkongsi
Janganlah kau menyendiri
Aku sedia menemani

Ukhuwwah itu tidak membuat aku betah begini
Membiarkan kau melalui sendiri
Kerana kasihku tiada bertepi
Buat dirimu yang amat kusayangi

Sungguh aku amat merindui
Tingkahmu menggamit memori
Gelak tawamu penawar hati
Bagaimana mungkin aku melupai

Ingin sekali aku berlari
Mendapatkan dirimu yang kucari
Janganlah kau begini lagi
Jangan kau merajuk membawa diri

Terasa ingin sekali aku berlari
Mencari dirimu kemana pergi
Kerana kasihku tiada bertepi
Buat dirimu yang amat kusayangi



because of you
I love


special dedication to: you

Monday, April 12, 2010

Lantera Timur

Ya Allah ya 'Aziz ya Rahman ya Rahim
Pengetahuanku pada kemurahanMu
Itulah yang memberhentikan aku
di pintuMU
Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku
Bagaimana aku akan hina?
Sedang Kaulah tempat sandaran
Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Engkaulah yang mencukupkan
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedang Engkau menempatkanku
dalam lemah dan hina

Hidupkanlah hati-hati ini
dengan makrifatMu
Matikanlah kami
sebagai pejuang agamaMu
Puaskanlah hati kami dengan aturanMu
berbanding aturan kami sendiri

Bantulah aku dalam menunaikan
tanggungjawabku
Ingatkanlah aku,
bahawa aku hanya seorang hamba
supaya tidak lupa
ya Allah....


Bidadari Dari Timur....

Thursday, April 1, 2010

...awak...

awak.. awak tahu tak..
kita terharu dengan perubahan awak... Kita bagai dah nampak realisasinya cita-cita kita... kita rasa sangat hebatnya Allah membimbing hati awak dan kawan-kawan kita yang lain. tapi kita nak minta maaf, kita bukan pendakwah hebat yang berhujah hebat. kita tak pilih untuk berhujah, bila bersama awak dan kawan-kawan. kita takut hati awak lekas menolak, melenting. takut ada salah dari kata-kata kita yang tak mantap, yang sesuai untuk awak. cukuplah apa yang terzahir dari perbuatan kita. kita pun tak mantap. tapi setiap apa yang kita buat, kita doa agar Allah beri hidayah pada awak dan kawan-kawan.

yang tak putus dari kita hanyalah doa.. agar kejayaan awak, kawan-kawan dan kita akan membuahkan iman dalam diri.. biarlah perubahan awak dan kawan-kawan bukan dari tangan kita, bukan dari hebatnya hujah kita, tapi kita rasa Allah bagi rasa puas pada kita. hampir empat tahun kita tunggu...tapi kita puas...

rasa terharu, bila tengok awak... rasa bersalah, kita rasa kita belum buat apa yang sepatutnya untuk awak dan kawan-kawan. kita selalu busy dengan kerja-kerja kita yang lain. ada juga yang tak dapat attend bila buat discussion. awak dan kawan-kawab sangat baik, selalu consider kesibukan kita. semoga mengalirlah pahala berkat atas usaha kita tu untuk awak dan kawan-kawan. Semoga awak dan kawan-kawan selalu diberi hidayah oleh Allah... dan sentiasa di jalan kebenaran. semoga kebersamaan kita di sini menjadi foundation untuk membentuk keperibadian awak menjadi lebih baik.

awak...harap tak keterlaluan, kita menyimpan harapan yang lebih tinggi. kita teringin nak tengok awak aktif sama macam pendakwah hebat yang lain. mungkin lebih hebat.

sayang awak sangat,
dirimu adalah permata Islam yang bersinar cemerlang,
sinarilah kegelapan jahiliah dengan cahayamu yang terang

dirimu adalah permata Islam yang hebat
doaku agar dirimu menjadi pendokong ummah sejagat


ntah, rasa nak tulis..... kerana awak.

Wednesday, March 31, 2010

...warkah cinta buat Mu..

Tuhanku,
Tiadalah apa yang ada pada hamba melainkan segalanya milikMu,
Sehinggakan tiada layak untuk hamba berasa bangga,
Tiada layak untuk hamba ada sombong,
Tiada layak hamba mencuri pakaian dan selendangMu itu,
Siapalah hamba tanpa kasihMu

Tuhanku,
Hamba hanya ingin bermanja denganMu,
Kasihmu tidak pernah kalah dalam memenangi hati hamba,
Memujuk bila hamba merajuk,
Mengingatkan bila hamba alpa,
Menemani setiap langkah hamba,
Sungguh, Engkaulah yang paling setia

Tuhanku,
Hamba malu, untuk meminta,
Tika merasakan diri banyak berdosa,
Maka ampunkanlah hamba,
Biarlah hamba sentiasa menjadi peminta,
Agar hamba punyai banyak khazanahMu untuk diberi

Tuhanku,
Hamba ini sungguh kecil dan kerdil,
Tidak punya kekuatan jika tidak dengan kekuatanMu,
Tiada mampu jika tidak dengan kebenaranMu,
Maka padaMulah hamba meminta,
Kurnikanlah ilhamMu di setiap sudut urusan hamba,
Agar hamba sentiasa bergerak dalam keyakinan

HambaMu,
yang sentiasa merindu kasihMu..


psm...
esok nak viva...
duhai idea,
aku dan engkau hak Allah jua,
aku tidak mahu sombong dengamu,
janganlah engkau sombong denganku,
berjalanlah dengan teratur dibenak pemikiranku,
agar tersusun di lidahku
dan agar........

budak psm,
semakin hari semakin pelik,
kata-kata pun pelik-pelik
orang yang baca janganlah pelik,
dunia ini banyak yang pelik,
kita sendiri pun pelik...
Hanya Allah yang tak pelik,
sebab Dialah yang mencipta bermacam yang pelik

nak eja pelik pun rasa macam pelik
Allahu'alam...