Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, June 1, 2009

Catatan Hati Nik Nur Madihah

Bismillah....

Mengambil kesempatan malam ni yang takder kelas. So boleh teman my partner, G shopping kat KB Mall. Sejak hampir sebulan kami di Kota yang sibuk ni, inilah kali kedua kami menjejakkan kaki ke KB Mall yang jaraknya rasanya tak sampai satu kilometer. Hari pertama kami shopping untuk beli perkakas untuk LI, termasuklah kasut untuk saya yang tak suka pakai kasut bertutup.

Actually dalam perancangan takder apa yang nak dibeli, just follow G. Sambil melilau-lilau, mata terpandang satu kedai buku. SMO.(orang Kelantan mesti tau ni) Demi terpandangkan kedai buku tersebut, kaki terus meluru masuk. Kedai yang paling saya suka adalah kedai buku. Masa kecik-kecik saya memang budak yang rajin membaca. Sekarang? Masa oh masa...(alasan) Berada dalam kedai buku, bagaikan sedang sesat di dalam hutan. Mata terpaku dengan keindahan-keindahan yang ada, lambat boleh keluar.

Mencari-cari buku target yang nak dibeli, ada yang ada, ada yang takder. Rasa banyak buku yang nak dibeli. Tengok bajet, aduish....kena tunggu dulu. Memang banyak buku yang dah dibeli, bacanya tak habis-habis lagi. Masa oh masa...(alasan atau realiti?) Kesengkekan bajet tak mematahkan semangat untuk melayan hati yang tengah ceria melihat panorama buku-buku. Mencari-cari buku 'Rindu Bau Pohon Tin' karangan Ustaz Hasrizal. Kot-kotlah boleh dibeli lain hari.

Kaki terpacak di ruangan novel agak lama. Mengimbau memori silam seorang budak yang suka baca novel. Sekarang pun. Cuma masa tak mengizinkan untuk membaca lebih kerap (alasan ke?) Orang kata, tak payahlah baca novel, jiwang, melalaikan. Baik baca buku tarbiyyah. Namun tak mampu untuk disangkal bahawa memang saya minat baca novel. Banyak pengajaran hidup yang saya kutip dari novel. Novel tak semestinya jiwang dan melalaikan, saper suruh pilih yang tu? Saya akan pilih novel yang boleh memberikan pengajaran dan motivasi. Pendekatan melalui jalan cerita mungkin lebih sesuai dengan saya. Melalui jalan cerita juga, intinya lebih mudah menyentuh kalbu(qalb). Mungkin itu lebih sesuai dengan diri saya yang suka memerhatikan perangai dan gelagat manusia serta suka membuat analisis terhadap perangai seseorang. Satu daripada novel terbaik yang pernah saya baca adalah 'Tautan Hati' (ada akhlak, tarbiyyah, methode dakwah, dan motivasi sebagai seorang da'ei). 'Rindu Bau Pohon Tin' is the targeted novel. Saya suka membaca catatan hidup orang berjaya, itu untuk motivasi diri. Masa kecik-kecik dulu jugak, bila belek majalah sekolah, saya akan pilih part 'catatan best student' dan saya akan salin balik apa yang dia tulis. Hehe...rajin punyer budak...Itu dulu.. Sekarang?

Berjalan-jalan di ruangan agama, ada banyak buku yang rasa nak dibeli. Ingat poket yang tengah sengkek, sabar.... Teringat adik-adik dirumah, rasa nak jugak beli satu buku untuk mereka, especially untuk Kak Yah dan Kak Chik yang masih dibangku sekolah.Kak Ngah dan Kak Yah suka membaca,Kak Chik pulak tak berapa suka membaca, dia more to benda-benda teknikal. So saya kena pilih bahan yang sesuai mereka . Mencari-cari tapi tak jumpa.

Sambil membayar dikaunter, saya terpandang sebuah buku yang dipamerkan, 'Catatan Hati Nik Nur Madihah'. Siapa Nik Nur Madihah? Pelajar SPM terbaik Malaysia 2008. Dari negeri kelahiran saya. Saya membaca sinopsis dibelakang buku. "Ni mungkin bagus untuk adik-adik", jadi saya pun beli. Buku ni mungkin tak berapa bermanfaat kepada saya yang mula bertapak ke tahun akhir pengajian ijazah. Tapi hopefuly sangat bermanfaat buat dua adik yang masih dibangku sekolah.


"Ha...buku ni Kakak hadiahkan buat adik-adik." Penat dah Kak Long suruh belajar rajin-rajin. Tahun depan kamu berdua exam PMR dan SPM. Kak Chik yang selalu busy sebagai athlet, silat dan Kadet polis, Kak Yah yang rajin, tapi mungkin payah pickup. Dan korang kadang-kadang malas belajar (mesti korang marah kalau tau Kak Long cakap macam ni)Kak Long pulak yang risau. Mungkin korang berasa sedikit selesa bila 3 orang kakak dah menjejak ke IPTA. Jangan macam tu dik. Kak Long taknak sorang pun tercicir.

Madihah sama umur dengan Kak Lang. Teringat Kak Lang yang bersungguh-sungguh belajar untuk skor straight A sebab nak ambil medic. Tapi nasib tak menyebelahi, Kak Lang sambung tamhidi di USIM(230509). Takpelah dik, semoga rezeki mu lebih mudah disana. Kak Lang belum putus asa untuk figth so that she can further study in medic. Semoga Allah memudahkan urusanmu.

Melihat sedikit sinopsis buku, rasa tak sabar nak melanjutkan pembacaan. Mungkin boleh dijadikan bahan halaqah dengan adik-adik untuk minggu ni sebelum buku ni diserahkan kepada mereka. Nik Nur Madihah, lahir dan membesar dalam keluarga yang miskin, tapi berjiwa besar. Orang kata dan mungkin realitinya, negeri kelahiranku ini adalah negeri termiskin di Malaysia yang kaya raya ini. Ya, memang aku akui. Miskin tapi berjiwa besar. Mungkin dengan kemiskinan anugerah tuhan inilah yang menjadi obor pembakar semangat untuk berjaya. Dari negeri ini jugalah datangnya pelajar-pelajar yang paling ramai bersepah di IPTA. Apa yang saya kagum dengan rakyat negeri kelahiran saya yang saya katakan berjiwa besar ini adalah, walaupun miskin, tapi in terms of agama Islam part memang baguih. Mungkin mereka tak mahir sangat pun dalam ilmu agama, tapi semangat yang nak kepada Islam itu sangat tinggi. Dan nak anak-anak mereka mahir ilmu agama. Mungkin tak semua macam tu.. Adakah saya ria' negeri? Oh tidak...jangan salah sangka. Ini adalah pemerhatian saya, orang lain mungkin berpandangan berbeza.Apa-apa pun banyak pengajaran saya kutip selama bermukim di Bandaraya Islam ini. Saya memang suka memerhati dan menganilisis. Mungkin untuk panduan hidup, bukan untuk dipertikaikan.

---------------------------------------------------------------------------
Si ayah bergelut dengan gelombang. Si ibu bergelumang dengan perit harian. Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.

Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya-ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.

Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN!
---------------------------------------------------------------------------

Orang-orang Miskin itu disayangi Allah dan Rasulullah SAW. Janganlah anda mengalah wahai teman! Kemiskinan bukanlah satu halangan untuk mengucup kejayaan dunia dan akhirat.



7 comments:

Humayra' said...
This comment has been removed by the author.
Humayra' said...

assalamu'alaykum, bai...
ana dah beli buku rindu bau pohon tin tu...masa pergi pesta buku kat PWTC hari tu...hehe...nak pinjam dr ana pun boleh je, tak pun ana bg je nak...? meh alamat...(i'm serious ^_^)

owh, anak first jugak ye...samalah kita...er, bwh ana ada 5 lg...adik2 yg faham2la bila ramai ...tapi loni tggl skek jah kat umah, tak best doh...sedih huhu

truskan habit yg suka membaca itu...membaca memperkaya minda...! (^_^)

Tarhata Kiran said...

Wa'alaikum salam, Echah..
Ana tak sempat g pesta buku tu. masa tu ana exam. Echah nak bagi ker? tu kan buku Echah..sayang la... nanti ana cari lagi..:)

bawah ana pun ada 5, sorang lelaki, si kecik Amsyar peneman umi di rumah.Huhu...tulah bila dah pulang semula keperantauan, rumah mesti sunyi..

Yup, hobi membaca akan diteruskan, especially baca nota. hehehe...ni pun payah nak bagi masa untuk dia..

lalu lalang said...

salam kak...bai?
sorry lalu lalang di sini...
sy ialah coursemate kak ecah...dia mmg suka baca buku dan suka bagi buku dkt orang especially kalau birthday orang...serius, biasanya dia akan hadiahkan buku...

so, tak peliklah kalau dia offer buku dekat kak bai...he2..sebab kak aishah banyakkk sangat koleksi buku dekat bilik dia..

tu je nak gtau...hai kak aishah...peace~

Tarhata Kiran said...

Terima kasih adik yang lalu lalang...:)
baiknya...

Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai(3:92)

Tapi sayang la nak amik buku Echah...xper..nanti ana cari ek :)

Humayra' said...

erk, adik kosmate ana yg mana lalu lalang di sini nie...waaaa, sorry bai....

dik, buku mmgla byk yang oittt...nak habiskan baca tu...ha...hehe..apa2 jela budak kecik nie....

betul bai xnak? i'm offering u...kalau nk jgn segan2 tau cakap..(^_^)

Tarhata Kiran said...

hehe....saper taknak orang offer...:)
tapi taknak nyusahkan Echah..:)