Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Tuesday, March 29, 2011

RA


Kembali mentelaah data-data MODIS... And study many many more on aerosol....earthquake... ionosphere......get to know how to apply GPS -TEC, and some other device and software........................ yeahh.... saya masih student.



memori mendownload data MODIS 10 tahun kembali lagi............. sadis...


Dah beberapa minggu mc, otak perlu diaktifkan kembali....... dah tiga minggu 'Saga Ungu' tak parking di UKM nampaknya...dan mungkin akan berlanjutan hingga 5 minggu. 'Saga Ungu' travel jauh sikit, parking di sekitar KLCC dan Bukit Jalil. Boleh lah dia jumpa kawan-kawan baru di sana yer. Nanti kembali lagi ke UKM...








Monday, March 28, 2011

....

Bismillah....

Duduk melepak di depan laptop sambil menikmati angin petang yang mendamaikan. Kain-kain di ampain berjatuhan dek tiupan angin yang menyapa. Menginap tinggi di atas kayangan Vista Seri Putra membuatkan kami sentiasa menikmati angin nyaman. Kipas semula jadi. Yeay.... saya suka rumah saya. Nyaman dan serta kawasan rumah yang harmoni.

Kerharmonian hati pada petang ini digangu oleh satu gambar di FB, dan saya baca komen-komen di bawahnya. 'kesian...' Desis hati saya. Sinopsisnya, gambar tersebut menggambarkan situasi politik pada masa sekarang yang di tabur oleh berita-berita seks yang mana mengaitkan seks dengan politik. Mungkin semua antara kita tahu tentang berita tersebut serta ada tafsiran dan pendirian masing-masing.
Setelah meneliti komentar dan penulisan di blog dan website penilaian peribadi menyatakan, masyarakat dan secara spesifiknya remaja sudah muak dengan isu seperti itu dalam politik. Mereka tidak menyokong mana-mana parti, cuma muak dengan permainan politik yang kotor. Minda yang bercelaru, tidak tahu mana satu yang benar, maka semua figure-figure yang terlibat dalam semua parti dikutuknya.

Begitukah gambaran politik yang ingin diajarkan kepada remaja?


Belenggu pemikiran

Kehidupan mereka didedahkan dengan suasana politik sebegitu. Politik bukan lagi digunakan untuk menegakkan hukum Islam, atau menegakkan agama Islam yang semakin lunyai atau menegakkan hak orang Islam yang semakin ditindas, atau menegakkan hak-hak umat Islam diseluruh dunia. Tapi Islam itu juga turut menjadi permainan politik demi untuk menegakkan ................... huhh.... Mungkin Islam itu tidak lagi menjadi basic dalam perjuangan amal seharian.

Yes.... Itu berkisar orang-orang politik. Namun kita sebagai umat Islam harus menyedari dan meyakini bahawa politik itu perlu. Cuma kesian (termasuklah kepada diri sendiri). Tidak mendapat suluhan kehidupan sebagai seorang Islam. Figure serta isu yang selalu keluar ki kaca TV dan di surat khabar jelas menjadi pendidik bagi masyarakat. Tidakkah mereka menyadari bahawa kami memerlukan ilmu yang berkualiti. Bukan sekadar hujah-hujah mainan. Dalam dunia ini banyak lagi perkara besar yang belum diterokai.



Duhai pemimpin kami
Kembalilah kepada Islam
Biar Islam membumi di hati
InsyaAllah perjuangan tidak akan kelam


Wednesday, March 23, 2011

Baitul Muslim

Bismillah....

Hari tersebut kami berhalaqah sendiri sambil meraikan hari terakhir kami bersama. Mereka siap bawakan kek secret resepy (kegemaran saya) dan berbagai juadah yang lain. Yang pastinya saya hanya bawak perut pada malam itu. Seusai perbincangan mereka semua duduk melingkari saya...Semua khusyuk mendegar penerangan dan cerita dari saya. Tercongok macam anak itik (kata Mariam bila kami mengimbau kenangan itu). Mungkin cerita itu sangat menarik(kot).

"Kak, apa perasaan akak sekarang?"

"Ntah, tak ada perasaan. Biasa jer." Sebenarnya macam-macam ada. Paling tegar sekali berkenaan tugas saya. Rasa bercampur dah perasaan tu. Yang penting perlu sentiasa tenang. Tak perlu nak bagitau satu dunia. Bila duduk bertafakur, maka berceritalah pada Khaliq. DIA lebih tahu. Hati lebih tenang.

"Kak, kalau kita dah ta'aruf/bertunang kan.... boleh ke kita nak ambil tahu pasal dia? Contohnya macam ambil tahu kalau dia demam ke...."

Ish... Boleh plak.... ada ke orang buat macam tu? Dalam fikiran saya pada masa itu.

Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku di kemudian hari. Sekalipun kamu mengaku kamu hebat tarbiyyah, jangan mudah ditipu oleh tabiran syaitan. Jagalah hati sebaik-baiknya. Sesungguhnya syaitan sentiasa berusaha merosakkan hati anak adam.

Nikmat cinta manusia itu paling tinggi nilainya setelah cinta Allah dan Rasul. Hingga Allah tetapkan, jika ingin bercinta antara Adam dan Hawa maka ia perlu dimetrai secara terhormat, iaitu pernikahan.

"Tidak ada yang bisa dilihat (lebih indah) dari dua orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan" ( HR. Hakim, disahihkan dengan syarat2 Muslim)

"Owh........ Sepatutnya tak boleh. Tak perlu nak tanya beria-ia. Kita dan dia masih tetap dia dan kita seperti dulu. Semuanya cuma berubah bila sudah sah menikah." Dengan kesedaran bahawa apa yang dikatakan itulah ujian bagi saya. 'Things are easier said than done.' Saya hanya mampu katakan teori, dan semoga saya tetap hebat pada 'amalnya. PadaNya hamba bergantung. Ilmu tetap perlu hamba sampaikan.


Dan berbagai persoalan lagi. Cerita ceriti cinta, khitbah dan baitul muslim menjadi topik kegemaran anak-anak remaja. Dari latar mana pun mereka. Itulah fitrah yang ada dalam diri manusia. Siapa boleh nafikan?


Sampai ke bumi Selangor, mereka masih setia mendengar penerangan baitul muslim saya.Tercongok semua mendengar. Huhh, sehingga saya rasa jadi ikon untuk baitul muslim. (perasan ke?) Yang penting saya rasa puas memberikan semua ilmu yang saya ada berkenaan dengannya. "Terima kasih Allah jika ini menjadi satu modal tarbiyyah. Dan terima kasih kerana memilih hamba atas urusan yang agung ini."

"Ana ada satu soalan. Kita rasa diri kita tak hebat mana.. bolehkah kita nak mendapatkan seorang zauj yang hebat."

"Kita disuruh untuk berdoa agar kita mendapat syurga Firdaus. Adakah doa itu sahaja yang menjadi penyebab untuk kita mendapat Firdaus. Kita harus berusaha untuk mendapatkannya right? Bagaimana kita berusaha? Dengan menjadi orang selayaknya untuk Firdaus right? Begitu juga dalam soal jodoh. "

"Sesungguhnya doa kita didengari Allah. Jika niat kita pada kebaikan maka kebaikan itu lebih hampir, begitu juga sebaliknya. Pokok pangkalnya tanya iman."

Cinta manusia itu bukan matlamat utama yang dicari dalam dunia ni. Bila matlamat kita jelas, langkah kita kemas, maka Dia akan berikan yang selayaknya bagi kita.

perlu jelas.........

Masa kerja dulu bukan main skemanya saya… Nak jaga ikhtilat nih…. Bercakap suara kena tegak jer… jangan nak mendayu-dayu eh… Alhamdulillah lama bertahun saya practice tu hingga dah jadi automatik bila komunikasi dengan ikhwah. Akhawat pun kena tempiasnya bila saya sudah skema dengan tanggungjawab saya..huhu… Maka samalah jadinya dengan proses pertunangan saya. Ikhwah tetap ikhwah eh… Tak ada bezanya kita.

Nak contact punyalah fikir seratus kali (melampau). “Perlu ke hal yang aku nak tanya/bagitau ni?” “Macam mana nak cakap ni?” “Ayat paling skema please…..” Pi mai…pi mai… boleh dua tiga hari dok fikir nak hantar sms tu. Kadang-kadang tak terhantar pun… Alik-alik saya assume jelah dia tu macam tu dan macam ni.. Tak payah tanya. Malas nak banyak komunikasi.

Kalau jalan nak pilih jalan paling jauh sekali dalam dunia (melampau lagi….). Tannak bertembung dengan dia…. Rela tawaf bangunan. Ups, dia kat depan! Uturn segera. Sila pilih jalan paling selamat. Huuu….

Penat menjaga hati dikala itu. Yes, hati saya bukan untuk urusan saya dengan dia sahaja. Hati saya banyak tanggungjawab. Hati saya perlu tenang, sentiasa basah dengan ilham Allah. Hati saya banyak amanah. Saya tak mahu gelapkan hati saya dengan ilham syaitan. Saya harus menunaikan hak hati saya. Saya perlu bersabar menjaga hati saya, kerana saya tetap yakin dengan janji Allah. Maka Dia akan berikan ganjaran yang lebih indah. Tidak perlu saya mendapat sebelum masanya.

Begitu juga dengan anda. Jagalah hati anda!

Dan........ alhamdulillah untuk hari ini.........:)


Thursday, March 10, 2011

Tempat Baru..

bismillah....

Lama dah tak tulis... busy? mungkin! dah mula dengan kerja-kerja RA... Study lagi... plus lebih ilmu baru... maka perlu study lagi. Ilmu remote sensing dulu pun banyak yang lupa. Ada beberepa terms yang terasa sangat familiar, tapi lupa guna untuk apa. Mungkin kesan dari tahun empat yang banyak menumpukan pada research secara khusus. Maka terms yang berkaitan dengan research lebih banyak menguasai minda. Mana tidaknya, pagi petang siang malam bersamanya. Seluruh jiwa asyik memikirkannya. Dan selepas tahun empat sudah jadi RA kembali dan .....dot...dot...dot....teeeekkk... tukar status.

Last week dapat tempat dan komputer baru, maka sibuk lah orang-orang yang berkenaan menguruskan tempat dan komputer saya sampai lah ke minggu ni (kerana nombor PI internet saya ada prob) Saya hanya relax meneruskan kehidupan seperti biasa. Kerana sesungguhnya saya tidak berapa meminati bidang teknikal. Jadi saya serahkan segalanya pada yang berkenaan. Saya cuma tanya-tanya macam mana nak guna. huhu...Tapi itu mungkin tak berlaku semasa saya di KI. Kerana saya akan cuba sedaya upaya untuk ambil tahu semua hal. Saya sangat happy dengan tempat kerja baru saya. Selesa.

Tapi....huhhh.... saya agak bengang dengan komputer ini. Dia lembab... Ohhhoo...Inilah hal paling saya bengang bila tengah buat kerja. Even masa degree dulu pun. Kalau laptop buat hal macam ni, memang saya akan format terus. Nanti abang format tu akan kata, "laptop awak ni tak ada masalah pun...."... ha.... "tapi lembab tu masalah bagi saya." Saya tak nak tahu apa masalah dia, Saya tahu saya nak buat kerja saya cepat. Malas nak tunggu dia loading bukan main lama. Haa....sesungguhnya saya akan tension bila laptop lembab. Kenapa? Sebab saya tak meminati hal-hal teknikal begitu. Huhu....... Kalaulah manusia bersikap seperti saya terhadap manusia lain...? Huuhhh...

Di sini harus ada pengajarannya. Dengan manusia kita ada hubungan hati dan rasa kemanusiaan. Kita juga dituntut untuk memperbaiki hubungan dengan Allah juga dengan manusia. HablumminAllah, wa hablumminannas... Seseorang yang berkerja dan tak mampu mencapai expectation kita harus kita santuni. Harus ada check and balance. Hal begini mungkin banyak berlaku dalam hubungan organisasi. Sesungguhnya setiap orang dalam organisasi adalah saling melengkapi. Itu hubungan kita dengan manusia. Jadi hubungan saya dengan PC tadi boleh lah dimaafkan lagi yer... erk..

Anyway... Saya belum menjadi seorang yang betul-betul multi task. Even sekarang banyak hal-hal berkaitan alat elektronik di rumah banyak abe Mashizaki Keikan yang uruskan. Dan saya hanya guna bila dah siap install atau setup. Bila ada masalah panggil abe lagi...Ahha... no. Wanita juga perlu berdikari.. Apa lagi murabbiyah zaman millennium, harus lengkap dengan pelbagai ilmu. Maka moh la kita....


Semoga Allah semarakkan semangat dakwah di bumi baru ini...insyaAllah


Saturday, February 26, 2011

Kita dan Mereka II

her..... baru saja berkata-kata. Jelas memang ada yang berpandangan serong. Menyimpang dari kebenaran sebenar. Membuat kenyataan tanpa kajian dan mungkin juga tanpa kefahaman.

Apatah lagi ianya diucap oleh orang ternama.

Lihat link

Kenyataan beliau disanggah oleh ahli IKRAM, dan juga presiden PAS.

Bina jati diri sebagai seorang muslim, 'abid dan khalifah...





Thursday, February 24, 2011

Himmah 'Aliyah

Kadang-kala kita akan rasa sangat bersemangat. Dan kadang-kadang juga semangat itu boleh jatuh merudum. Sehingga kita hanya boleh termenung. Merenung... Berfikir... Perkara tersebut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun bagi orang yang beriman, masa-masa begini boleh dijadikan masa untuk bermuhasabah diri. Merenung kembali hari-hari lepas yang dilalui. Buat evaluation. Seterusnya berfikir dan merancang untuk masa-masa akan datang. Maka semua waktu dalam hidupnya tiada yang sia-sia melainkan semuanya adalah berkualiti, baik di masa semangatnya tinggi atau ketika rendah.


Apa yang menyebabkan semangat kita lemah. Ada banyak sebab. Mungkin disebabkan diri kita sendiri, orang lain atau kerja. Sesungguhnya itu normal dalam kehidupan. Tinggal saja dia menyerlah atau tidak.

"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." (Ali-Imran:139)

Namun ayat al-Quran di atas memberi nasihat pada hati kita agar kita tidak berterusan dalam kelemahan dan kesedihan. Cuba kita bayangkan dia(al-Quran) datang pada kita (sesungguhnya al-Quran adalah sahabat bagi orang yang sentiasa bersamanya), dan memeluk kita serta mengucapkan kalimah di atas. InsyaAllah kita akan rasa tenteram kan? Dan akan bermotivasi kembali untuk meneruskan hari kita.

Dan ayat tu juga mengatakan, kita adalah orang paling tinggi darjatnya, jika kita orang yang beriman. Maka disini kita tafsirkan pada diri kita, bahawa kelemahan dan kesedihan itu datang sebagai untuk menguji kita.

Sikap orang beriman bila dia berhadapan dengan kemunduran dan kesedihan adalah dia bersabar, yang mana kita tahu orang yang sabar adalah tinggi darjatnya disisi Allah.

Seterusnya dia mengkoreksi kembali dirinya. Mengadu dirinya yang lemah kepada Allah SWT. Memohon keampunan pada Allah. Meminta kepada Allah agar ditunjukkan dimanakah salahnya. Memohon agar dikuatkan dirinya, diteguhkan imannya, dikuatkan kesabarannya, dilapangkan serta ditenangkan hatinya. Seterusnya memohon kepada Allah agar dikurniakan petunjuk untuk menghadapi masalah dalam hidupnya.

Maka tidakkah tindakan itu menambah dekatkan lagi diri kita kepada Allah? Sesungguhnya orang beriman itu mendapat banyak kebaikan dari ujian dalam hidupnya. Teringat satu lirik lagu, sesungguhnya:

Allah rindu mendengarkan,
rintihanmu berpanjangan,
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi,
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

the lagu .. Mestika.

Bangganya rasa bila dirindui... Sesungguhnya DIA sayang, maka DIA menduga. Sesungguhnya DIA rindu, maka DIA meminta kita kembali padaNya. Tiada yang lebih indah, dari belaian kasih sayang Allah.


Sedetik kemudian, muncullah Himmah 'Aliyah. Dengan senyumnya yang mempesona. Melambai-lambai agar mengejarnya. Bagai dunia dimiliki... Semangat yang sirna kini bersinar gemilang. Kaki yang berat kini dihayun cepat. Akal yang lesu tidak lagi membisu, ligat merancang dan mengatur. Maka hidup diteruskan dengan cemerlang. Itulah himmah 'aliyah...semangat yang tinggi.

Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja bukan? Tidak ketinggalan juga bagi seorang da'ei... Tapi kenapa dia sentiasa kelihatan bersemangat? Kerana dia punya basic yang kuat! Hatinya tegar, matlamatnya jelas, maka perjalananya insyaAllah teratur.

Duhai da'ei... sesungguhnya kamu pasti merasakan juga saat-saat begitu. Jangan dikatakan kamu tidak ada masa untuk berehat. Sesungguhnya kamu ada. Jadikan saat kelemahan itu satu kerehatan yang berkualiti. Ambillah waktu kerehatan itu untuk bermuhasabah dan menyusun kembali. Tapi sentiasa bersama sahabatmu(al-Quran). Kerana dia akan sentiasa menasihatimu.


don't be

Thursday, February 17, 2011

Kita dan Mereka



Baru-baru ini Malaysia dan seisi dunia di kecohkan dengan berita kebangkitan rakyat Mesir yang mengadakan demonstrasi yang menggesa presidennya meletakkan jawatan. Kenapa? Namun sebelum itu demonstrasi juga turut berlaku di Tunisia dengan membakwa faktor kebangkitan yang sama. Kebangkitan demi kebangkitan terus berlaku di beberapa buah negara lagi sehingga sekarang. Berani yer mereka menentang kerajaan...ish...ish...ish...

Demo, demo juga.... seruan Ahllah lebih diutamakan. Faktor kemenangan tentera Islam.

Namun dalam kebanyakan isu penentangan itu, isu penentangan di Mesir lebih mendapat perhatian rakyat Malaysia khususnya. Satu Malaysia turut kecoh bersama Mesir yang dikatakan bergolak. Saban hari ada sahaja update terkini di siaran televisyen serta surat khabar berkenaan harta yang banyak rosak kerana perbuatan................ banduan yang terlepas dari penjara. Harga makanan melambung tinggi kerana bekalan makanan tersekat. Selepas daripada itu ibu-bapa mula kecoh dengan kepulangan anak-anak mereka ke Malaysia. Berita di Malaysia setiap hari akan update berkenaan jumlah pelajar yang pulang serta yang masih disana serta kesulitan-kesulitan yang dihadapi pelajar. Agaknya kalau rakyat Malaysia tak ada di sana ada kita nak ambil kisah tentang isu pergolakan di Mesir?

Sayangnya kita lebih digembar-gemburkan dengan berita-berita sampingan dan ada juga yang menyimpang. Secara gambarannya kita akan nampak, demonstrasi itulah yang menyebabkan banyak kehancuran dan kematian. Mungkin ada yang marah... "Diorang ni tak fikir ke keselamatan orang lain. Mementingkan emosi semata!".... Padahal demonstrasi itu berlaku secara aman dan tiada kaitan orang yang berada di lingkungan demo dengan yang membuat kerosakan. erm....erm....erm.... begitulah yang mungkin berlaku jika tidak mendapatkan sumber yang dasar. Dan tidak kurang ramainya orang tidak pernah tahu dan mengambil kisah berkenaan isu ini.

Pak Hosni....oh Pak Hosni...

Siapa Hosni Mubarak? Saya tidak tahu. Apa yang di buat sehingga rakyat bangkit sedemikian rupa? Saya tidak ambil peduli. Itu bukan urusan kita. herm....herm...hermmm.....

Siapa yang mencetuskan kebangkitan yang berlaku di Tunisia dan Mesir? Bukan orang yang berpengalaman panjang. Bukan dari pemenang anugerah nobel. Malah bukan juga ahli politik. Mereka hanya pemuda. Orang kata setahun jagung. Tapi pemuda jelas membuktikan, mereka adalah agen perubahan, agen kebangkitan. Kerana mereka ada semangat. Bila semangat itu digabung dengan visi yang jelas maka mampu menghasilkan tindakan yang bermomentum besar dengan impak yang bersejarah. Nah...... itu dia. Bukti yang ada pada masa sekarang. Semangat pemuda mampu meruntuhkan pemerintahan kuku besi.

Lipatan sejarah Islam membuktikan peranan pemuda melakar sejarah kegemilangan Islam. Nabi Ibrahim yang berani mengutuk berhala dan patung-patung buatan ayahnya sendiri. Akhirnya tersebar Islam di tangannya. Nabi Musa yang menentang fir'aun dan Nabi Yusuf yang merealisasikan mimpinya sendiri serta banyak lagi.

Nabi Muhammad sendiri menyebut, perjuangan nabi banyak di bantu oleh ramai anak-anak muda. Peristiwa-peristiwa ghuzwah banyak ditabiri oleh nama-nama pemuda yang menjadi pejuang. Betapa pentingnya kamu wahai pemuda.

Agaknyalah rakyat Malaysia ni mampu tak bangkit seperti kebangkitan yang berlaku di Mesir dan Tunisia? Nak buat apa demo-demo macam tu. Negara kita aman. Makan kita cukup. Tempat tinggal dan keperluan lain semua cukup. Kita hidup senang-lenang, berhibur sepanjang masa. Alhamdulillah.... nikmat Allah masih ada untuk kita.

Namun sayangnya, ramai yang lena terbuai keasyikan dodoian dunia yang menipu. Kita diserang, tapi kita tak sedar! Kita ditindas tapi kita tak tahu! Maruah tergadai, tapi masih rasa bangga! Huh! Asyik ditilam empuk, tidurnya panjang.

Ghuzwatul fikri yang merantai leher mereka tiada disedari. Dunia...Dunia. Mana serangannya? Lihatlah masyarakat sekarang. Dari semua aspek. Politik yang tidak sihat, ekonomi, pendidikan, penyiaran dan paling jelas pada sosialnya. Itulah serangannya. Tidak perlu serangan senjata api kerana dodoian begitu sudah menyebabkan kita kalah. Senang bukan?

Kita lebih disibukkan dengan isu-isu remeh-temeh. Jenayah sana, jenayah sini. Fesyen itu-fesyen ini. Hiburan itu dan ini. Filem itu dan ini. huuuurrhhhh.... Bila masanya nak bagi masyarakat berfikiran lebih matang? Memikirkan hal-hal yang lebih penting. Masyarakat jadi lembik dan longlai. Di dada mereka tidak ada semangat. Yang mengejar kemewahan dunia terus dengan maratonnya. Yang alpa dan leka berterusan dengan kelekaan.

Harus bagaimana? Jom bergabung dengan mana-mana jemaah (erk....manusia biasanya menggambarkannya terlalu rigid. Padahal maksudnya adalah sekumpulan orang). Bergabung dengan mana-mana kumpulan organisasi untuk membendung masalah ummah serta mengatur strategi membangun ummah. Maka saya memilih IKRAM.