Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Thursday, April 21, 2011

Saya Pada Hari Ini (2)

versi ngarut-ngarut ajer...

Alhamdulillah.... akhirnya proposal master saya yang di kecoh-kecohkan satu dunia itu telah saya siapkan kelmarin. Walaupun terdapat sedikit ketidakpuasan di situ. Namun saya terpaksa redha kerana hidup ini perlu diteruskan untuk kerja-kerja yang lain pula. (iaitu blogging....eh salah)

Kedua.... alhamdulillah...saya dapat meng'order' data MODIS dengan hati yang tenang, kerana tidak perlu menunggu dia me'loading' dengan amat lama. Bertambahan lagi dengan website NASA yang macam susah jer nak loading lately....ke sebab line internet kat sini yang slow low...

Err... what ever..

Syukur pada Allah yang mengurniakan seluruh nikmat. Sesungguhnya kehidupan kami adalah menjadi hamba kepadaMu. Dan kehidupan kami adalah menjadi khalifah bagi makhluk ciptaanMu. Sesungguhnya Engkau merendahkan sehingga kami tiada bongkak dan takbur dengan apa yang kami kecapi di kala ini. Namun Engkau meninggikan hingga kami bangga menjadi pemegang amanahMu di muka bumi. Semoga Engkau tetapkan dalam hati kami untuk sentiasa berpegang dengan janji kami kepadaMu. Ya Muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala deenik wa tho'atik.

Wednesday, April 13, 2011

Saya Pada Hari Ini

Tiba-tiba tertarik nak buat kerjani. Padahal sebelum ni tak minat pun....



1. Bekas kekasih saya adalah :
- pasu bunga lama saya, pokok bunga tahi ayam dan keembung yang saya suka tanam dulu. sekarang dah tak berpeluang sangat. Sesungguhnya saya sangat rindu pada mereka.

2. Saya sedang mendengar :
- ketukan keyboard laptop saya dan orang lain punya jugak di bilik tutor ini. Any small things yang mengeluarkan gelombang acoustic insyaAllah akan di dengari dengan mudah kerana bilik ini kedap dari bunyi-bunyi luar. student juga tengah mode exam... jadi internet juga dapat digunakan selaju-lajunya.

3. Mungkin saya patut:
Berhenti mentelaah benda-benda di internet dan meneruskan penulisan proposal master saya. Kerana ianya bakal dihantar sebelum 29 April 2011. Kalau tak, sila bermimpi untuk sambung master untuk sem ni dan bersedia untuk daftar master tahun depan.

4. Saya suka :
Saya suka membaca dan menulis dengan rasa tenang. Tapi tak begitu berpeluang untuk mengadakan itu semua. Sebab apa yang suka baca dan tulis bukanlah berkaitan dengan master saya. Jadi ada sedikit kekacauan disitu. Apapun cinta membaca dan menulis untuk akademik perlu dipupuk dengan jayanya.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
- semuanya saya sayang sangat-sangat. Selepas kahwin, sahabat baik saya adalah zauj saya yang tercinta. saya selalu cerita macam-macam, minta macam-macam kat dia.... haaa...baiknya dia... hehe... sila doakan agar suami-suami kita menjadi orang yang soleh, musleh, taat beragama dan dapat menjaga keluarga dengan modal tersebut.

6.Saya tak paham :
- kenapa komputer yang telah dihadiahkan kepada saya di bilik tutor ini sangat lembab. padahal ianya baru di format dan dibekalkan dengan antivirus yang berlesen lagi (setelah diadukan). Maka saya sangatlah bengang yang tak tertanggung dengan kelembapannya. Maka pada harini saya membawa laptop kesayangan saya ke tempat kerja. Saya akan cari en Azlan lagi untuk menyelesaikan masalah rumit ini.

7.Saya kehilangan :
- internet broadband setelah en. Zauj memberhentikan perkhidmatannya kerana kami tak banyak menggunakan khimatnya setelah masing-masing berkerja. Underused. Jadi dapatlah en. Zauj meningkatkan kadar savingnya setiap bulan daripada membayar talian broadband untuk saya(walaupun dia jer yang selalu guna)

8.Ramai yang berkata :
- Saya sesuai jadi cikgu, terus tanya saya dari kos apa di fakulti pendidikan, saya pandai masak, pandai menjahit, and semua yang seangkatan dengannya. Kenapa? Kononnya saya kelihatan ayu. Malah masa di lower form memang saya terkenal dengan keayuan walaupun saya seorang monitor kelas. Sehingga saya di panggil ayu. orang yang suka sangat panggil saya ayu adalah Siti Fatimah binti MohdAsri. Namun keayuan itu mungkin hanya kelihatan sipi-sipi setelah saya memegang jawatan di UTM.huuh... anyway... semoga keayuan itu menjaga maruah saya.

9.Makna nama saya :
- Stakat ni saya cari-cari tak jumpa. Selain dari panggilan Bai yang di panggil di institusi pendidikan dimana jua tempat saya menjejak. Saya dipanggil dengan panggilan Zura oleh keluarga walau dimana pun mereka berada. Dan maksudnya adalah 'ketinggian'.

10.Cinta itu adalah :
- Indah. Sangat indah. Terlalu. Saya tenggelam dalam cinta kepada Khaliq. dan cintaNya abadi. Saya fana' dalam cinta bersama zauj. aahhha.... Selepas berkahwin saya bagaikan mendapatkan nikmat syurga Allah didunia... maka rugilah orang yang tak kahwin kahwin. Dan hanya bercinta diluar pernikahan. Perbezaan antara keduanya adalah halal dan haram, pahala dan dosa, tenang dan gelisah.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
- Merindui saya. Nunn di menara KLCC. Kemaruk dilamun cinta. Saya juga merindui dia.. hehe

12.Saya akan cuba :
- Melakukan yang terbaik untuk master saya dan grad dengan jayanya. Sesungguhnya saya sedang melangkah ke dunia engineering instead of science. Anyway lagi... Saya memang suka bidang akademik. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi orang yang berharga pada dunia dakwah walau dimana kaki melangkah, langit dijunjung, tangan menaip.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- Kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat. Saya ingin berjumpa lagi dengan orang-orang yang saya sayang di syurga. Maka saya doa semoga kami sentiasa menjaga amal soleh dan musleh serta meninggalkan larangan Allah.

14.Telefon bimbit saya :
- baru saja di beli oleh en. Zauj pada bulan Feb yang lepas selepas beliau mendapat gaji pertama dengan harga yang saya pun tak pernah spend sebanyak tu untuk HP. JazakAllahu khair... BarakAllahu lana...

15.Bila saya terjaga dari tidur :
- Syukur kepada tuhan yang menghidupkan setelah kematian di pagi-pagi hari. Semoga Allah merahmati orang-oran yang berpagi-pagi. Dan kerja rutin saya mempersiapkan apa yang patut esp sarapan. Maka keluarlah kami pada pukul 6.30++ pagi dari rumah. Awal bangat. Namun lately asyik lambat jer... Kesian en. Zauj sampai tempat kerja lambat. And kesian kat saya yang kena tunggu dia kat ofis sampai dah takde makhluk pun di ofis ni. Alangkah merananya kerana saya sampai ofis ketika semua makhluk baru bangun tidur..

16.Saya paling meluat apabila :
- Baca/ tengok berita yang berkaitan dengan seks. Bagaikan kehidupan ni hanya untuk itu.Sehinggakan semua hal-hal kehidupan dikaitkan dengan itu. Termasuklah isu politik currently.

17.Pesta/Parti adalah :
- Bila berkumpul untuk mentelaah ilmu. Hobi saya suka attend daurah. Walaupun saya selalu mengantuk dalam kelas, tapi saya tak pernah mengantuk dalam daurah kecuali sekali kerana mood home sick.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- Anak kucing saya. Sejak kecil sampai terakhir kali saya tinggal dirumah famili kelantan, itulah pet kami.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- Masa di alam degree di UTM. Saya rasa boleh buat apa yang saya suka. Hidup hanya sekali, jom enjoy. dan enjoyment saya adalah dalam bidang dakwah... huuuhh puah hati. Anyway berada di tangga kedua maratib 'amal adalah keseronokan yang tak terkata. Itulah nikmat syurga yang saya maksudnya. Kita tak akan mampu nak elaborate suasana syurga kan....?

20.Hari ini :
- saya kena siapkan proposal saya. walaupun semalam telah berhempas pulas memahami apa yang perlu saya tulis. Sehingga akhirnya mata saya tewas.* saper suruh baca sambil baring.

21.Malam ini saya akan :
- Rehatkan badan. Dan cuba sedaya upaya siapkan semua kerja di ofis. kalau tak, ada gayanya proposal ni balik rumah lagi.

22.Esok pula saya akan :
- siapkan proposal lagi kalau tak siap jugak harini. kalau tak saya akan study lagi untuk master saya. jangan jadi research pHD sudahlah. Macam research PSM saya yang hampir jadi research master.

23.Saya betul-betul inginkan :
- Sentiasa bersama en. Zauj. hahaha..... angau yang sengal. Kalau boleh nak dia pergi kerja lambat-lambat, and balik cepat-cepat. Angau cinta lepas kahwin, dapat pahala ek....
- Dapat habiskan master dalam tempoh dua tahun termasuk present sebab tak sabar-sabar nak sambung ke pringkat yang lebih tinggi. And jadi pensyarah.. huuhuu...
- Sebuah taman bunga untuk rumah saya. pokok-pokok yang saya beli di Cameron satu demi satu mematikan diri.,

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- Muka saya dah kurang sikit kering. Mungkin hasil usaha menggunakan facial wash HIMALAYA yang dibayar oleh en Zauj. Dia pun pakai sekali...huhuhu...kantoi!

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- So far pusat membeli belah belum lagi arked permainan.

26.Makanan Barat atau Jepun :
- Sedang di cuba-cuba

27.Bilik yang terang atau gelap:
- Terang! Takut gelap.

28.Makanan segera adalah :
- Tolak jauh-jauh... sila jaga kesihatan anda. apatah lagi sekarang ada kes telur tiruan. huuuhhh menyakitkan hati saya.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- I love you

30.Siapa yang anda nak Tag?
- Tak de sesiapa pun. Tapi sesiapa rajin, jawablah soalan ni.

Tuesday, March 29, 2011

RA


Kembali mentelaah data-data MODIS... And study many many more on aerosol....earthquake... ionosphere......get to know how to apply GPS -TEC, and some other device and software........................ yeahh.... saya masih student.



memori mendownload data MODIS 10 tahun kembali lagi............. sadis...


Dah beberapa minggu mc, otak perlu diaktifkan kembali....... dah tiga minggu 'Saga Ungu' tak parking di UKM nampaknya...dan mungkin akan berlanjutan hingga 5 minggu. 'Saga Ungu' travel jauh sikit, parking di sekitar KLCC dan Bukit Jalil. Boleh lah dia jumpa kawan-kawan baru di sana yer. Nanti kembali lagi ke UKM...








Monday, March 28, 2011

....

Bismillah....

Duduk melepak di depan laptop sambil menikmati angin petang yang mendamaikan. Kain-kain di ampain berjatuhan dek tiupan angin yang menyapa. Menginap tinggi di atas kayangan Vista Seri Putra membuatkan kami sentiasa menikmati angin nyaman. Kipas semula jadi. Yeay.... saya suka rumah saya. Nyaman dan serta kawasan rumah yang harmoni.

Kerharmonian hati pada petang ini digangu oleh satu gambar di FB, dan saya baca komen-komen di bawahnya. 'kesian...' Desis hati saya. Sinopsisnya, gambar tersebut menggambarkan situasi politik pada masa sekarang yang di tabur oleh berita-berita seks yang mana mengaitkan seks dengan politik. Mungkin semua antara kita tahu tentang berita tersebut serta ada tafsiran dan pendirian masing-masing.
Setelah meneliti komentar dan penulisan di blog dan website penilaian peribadi menyatakan, masyarakat dan secara spesifiknya remaja sudah muak dengan isu seperti itu dalam politik. Mereka tidak menyokong mana-mana parti, cuma muak dengan permainan politik yang kotor. Minda yang bercelaru, tidak tahu mana satu yang benar, maka semua figure-figure yang terlibat dalam semua parti dikutuknya.

Begitukah gambaran politik yang ingin diajarkan kepada remaja?


Belenggu pemikiran

Kehidupan mereka didedahkan dengan suasana politik sebegitu. Politik bukan lagi digunakan untuk menegakkan hukum Islam, atau menegakkan agama Islam yang semakin lunyai atau menegakkan hak orang Islam yang semakin ditindas, atau menegakkan hak-hak umat Islam diseluruh dunia. Tapi Islam itu juga turut menjadi permainan politik demi untuk menegakkan ................... huhh.... Mungkin Islam itu tidak lagi menjadi basic dalam perjuangan amal seharian.

Yes.... Itu berkisar orang-orang politik. Namun kita sebagai umat Islam harus menyedari dan meyakini bahawa politik itu perlu. Cuma kesian (termasuklah kepada diri sendiri). Tidak mendapat suluhan kehidupan sebagai seorang Islam. Figure serta isu yang selalu keluar ki kaca TV dan di surat khabar jelas menjadi pendidik bagi masyarakat. Tidakkah mereka menyadari bahawa kami memerlukan ilmu yang berkualiti. Bukan sekadar hujah-hujah mainan. Dalam dunia ini banyak lagi perkara besar yang belum diterokai.



Duhai pemimpin kami
Kembalilah kepada Islam
Biar Islam membumi di hati
InsyaAllah perjuangan tidak akan kelam


Wednesday, March 23, 2011

Baitul Muslim

Bismillah....

Hari tersebut kami berhalaqah sendiri sambil meraikan hari terakhir kami bersama. Mereka siap bawakan kek secret resepy (kegemaran saya) dan berbagai juadah yang lain. Yang pastinya saya hanya bawak perut pada malam itu. Seusai perbincangan mereka semua duduk melingkari saya...Semua khusyuk mendegar penerangan dan cerita dari saya. Tercongok macam anak itik (kata Mariam bila kami mengimbau kenangan itu). Mungkin cerita itu sangat menarik(kot).

"Kak, apa perasaan akak sekarang?"

"Ntah, tak ada perasaan. Biasa jer." Sebenarnya macam-macam ada. Paling tegar sekali berkenaan tugas saya. Rasa bercampur dah perasaan tu. Yang penting perlu sentiasa tenang. Tak perlu nak bagitau satu dunia. Bila duduk bertafakur, maka berceritalah pada Khaliq. DIA lebih tahu. Hati lebih tenang.

"Kak, kalau kita dah ta'aruf/bertunang kan.... boleh ke kita nak ambil tahu pasal dia? Contohnya macam ambil tahu kalau dia demam ke...."

Ish... Boleh plak.... ada ke orang buat macam tu? Dalam fikiran saya pada masa itu.

Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku di kemudian hari. Sekalipun kamu mengaku kamu hebat tarbiyyah, jangan mudah ditipu oleh tabiran syaitan. Jagalah hati sebaik-baiknya. Sesungguhnya syaitan sentiasa berusaha merosakkan hati anak adam.

Nikmat cinta manusia itu paling tinggi nilainya setelah cinta Allah dan Rasul. Hingga Allah tetapkan, jika ingin bercinta antara Adam dan Hawa maka ia perlu dimetrai secara terhormat, iaitu pernikahan.

"Tidak ada yang bisa dilihat (lebih indah) dari dua orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan" ( HR. Hakim, disahihkan dengan syarat2 Muslim)

"Owh........ Sepatutnya tak boleh. Tak perlu nak tanya beria-ia. Kita dan dia masih tetap dia dan kita seperti dulu. Semuanya cuma berubah bila sudah sah menikah." Dengan kesedaran bahawa apa yang dikatakan itulah ujian bagi saya. 'Things are easier said than done.' Saya hanya mampu katakan teori, dan semoga saya tetap hebat pada 'amalnya. PadaNya hamba bergantung. Ilmu tetap perlu hamba sampaikan.


Dan berbagai persoalan lagi. Cerita ceriti cinta, khitbah dan baitul muslim menjadi topik kegemaran anak-anak remaja. Dari latar mana pun mereka. Itulah fitrah yang ada dalam diri manusia. Siapa boleh nafikan?


Sampai ke bumi Selangor, mereka masih setia mendengar penerangan baitul muslim saya.Tercongok semua mendengar. Huhh, sehingga saya rasa jadi ikon untuk baitul muslim. (perasan ke?) Yang penting saya rasa puas memberikan semua ilmu yang saya ada berkenaan dengannya. "Terima kasih Allah jika ini menjadi satu modal tarbiyyah. Dan terima kasih kerana memilih hamba atas urusan yang agung ini."

"Ana ada satu soalan. Kita rasa diri kita tak hebat mana.. bolehkah kita nak mendapatkan seorang zauj yang hebat."

"Kita disuruh untuk berdoa agar kita mendapat syurga Firdaus. Adakah doa itu sahaja yang menjadi penyebab untuk kita mendapat Firdaus. Kita harus berusaha untuk mendapatkannya right? Bagaimana kita berusaha? Dengan menjadi orang selayaknya untuk Firdaus right? Begitu juga dalam soal jodoh. "

"Sesungguhnya doa kita didengari Allah. Jika niat kita pada kebaikan maka kebaikan itu lebih hampir, begitu juga sebaliknya. Pokok pangkalnya tanya iman."

Cinta manusia itu bukan matlamat utama yang dicari dalam dunia ni. Bila matlamat kita jelas, langkah kita kemas, maka Dia akan berikan yang selayaknya bagi kita.

perlu jelas.........

Masa kerja dulu bukan main skemanya saya… Nak jaga ikhtilat nih…. Bercakap suara kena tegak jer… jangan nak mendayu-dayu eh… Alhamdulillah lama bertahun saya practice tu hingga dah jadi automatik bila komunikasi dengan ikhwah. Akhawat pun kena tempiasnya bila saya sudah skema dengan tanggungjawab saya..huhu… Maka samalah jadinya dengan proses pertunangan saya. Ikhwah tetap ikhwah eh… Tak ada bezanya kita.

Nak contact punyalah fikir seratus kali (melampau). “Perlu ke hal yang aku nak tanya/bagitau ni?” “Macam mana nak cakap ni?” “Ayat paling skema please…..” Pi mai…pi mai… boleh dua tiga hari dok fikir nak hantar sms tu. Kadang-kadang tak terhantar pun… Alik-alik saya assume jelah dia tu macam tu dan macam ni.. Tak payah tanya. Malas nak banyak komunikasi.

Kalau jalan nak pilih jalan paling jauh sekali dalam dunia (melampau lagi….). Tannak bertembung dengan dia…. Rela tawaf bangunan. Ups, dia kat depan! Uturn segera. Sila pilih jalan paling selamat. Huuu….

Penat menjaga hati dikala itu. Yes, hati saya bukan untuk urusan saya dengan dia sahaja. Hati saya banyak tanggungjawab. Hati saya perlu tenang, sentiasa basah dengan ilham Allah. Hati saya banyak amanah. Saya tak mahu gelapkan hati saya dengan ilham syaitan. Saya harus menunaikan hak hati saya. Saya perlu bersabar menjaga hati saya, kerana saya tetap yakin dengan janji Allah. Maka Dia akan berikan ganjaran yang lebih indah. Tidak perlu saya mendapat sebelum masanya.

Begitu juga dengan anda. Jagalah hati anda!

Dan........ alhamdulillah untuk hari ini.........:)


Thursday, March 10, 2011

Tempat Baru..

bismillah....

Lama dah tak tulis... busy? mungkin! dah mula dengan kerja-kerja RA... Study lagi... plus lebih ilmu baru... maka perlu study lagi. Ilmu remote sensing dulu pun banyak yang lupa. Ada beberepa terms yang terasa sangat familiar, tapi lupa guna untuk apa. Mungkin kesan dari tahun empat yang banyak menumpukan pada research secara khusus. Maka terms yang berkaitan dengan research lebih banyak menguasai minda. Mana tidaknya, pagi petang siang malam bersamanya. Seluruh jiwa asyik memikirkannya. Dan selepas tahun empat sudah jadi RA kembali dan .....dot...dot...dot....teeeekkk... tukar status.

Last week dapat tempat dan komputer baru, maka sibuk lah orang-orang yang berkenaan menguruskan tempat dan komputer saya sampai lah ke minggu ni (kerana nombor PI internet saya ada prob) Saya hanya relax meneruskan kehidupan seperti biasa. Kerana sesungguhnya saya tidak berapa meminati bidang teknikal. Jadi saya serahkan segalanya pada yang berkenaan. Saya cuma tanya-tanya macam mana nak guna. huhu...Tapi itu mungkin tak berlaku semasa saya di KI. Kerana saya akan cuba sedaya upaya untuk ambil tahu semua hal. Saya sangat happy dengan tempat kerja baru saya. Selesa.

Tapi....huhhh.... saya agak bengang dengan komputer ini. Dia lembab... Ohhhoo...Inilah hal paling saya bengang bila tengah buat kerja. Even masa degree dulu pun. Kalau laptop buat hal macam ni, memang saya akan format terus. Nanti abang format tu akan kata, "laptop awak ni tak ada masalah pun...."... ha.... "tapi lembab tu masalah bagi saya." Saya tak nak tahu apa masalah dia, Saya tahu saya nak buat kerja saya cepat. Malas nak tunggu dia loading bukan main lama. Haa....sesungguhnya saya akan tension bila laptop lembab. Kenapa? Sebab saya tak meminati hal-hal teknikal begitu. Huhu....... Kalaulah manusia bersikap seperti saya terhadap manusia lain...? Huuhhh...

Di sini harus ada pengajarannya. Dengan manusia kita ada hubungan hati dan rasa kemanusiaan. Kita juga dituntut untuk memperbaiki hubungan dengan Allah juga dengan manusia. HablumminAllah, wa hablumminannas... Seseorang yang berkerja dan tak mampu mencapai expectation kita harus kita santuni. Harus ada check and balance. Hal begini mungkin banyak berlaku dalam hubungan organisasi. Sesungguhnya setiap orang dalam organisasi adalah saling melengkapi. Itu hubungan kita dengan manusia. Jadi hubungan saya dengan PC tadi boleh lah dimaafkan lagi yer... erk..

Anyway... Saya belum menjadi seorang yang betul-betul multi task. Even sekarang banyak hal-hal berkaitan alat elektronik di rumah banyak abe Mashizaki Keikan yang uruskan. Dan saya hanya guna bila dah siap install atau setup. Bila ada masalah panggil abe lagi...Ahha... no. Wanita juga perlu berdikari.. Apa lagi murabbiyah zaman millennium, harus lengkap dengan pelbagai ilmu. Maka moh la kita....


Semoga Allah semarakkan semangat dakwah di bumi baru ini...insyaAllah


Saturday, February 26, 2011

Kita dan Mereka II

her..... baru saja berkata-kata. Jelas memang ada yang berpandangan serong. Menyimpang dari kebenaran sebenar. Membuat kenyataan tanpa kajian dan mungkin juga tanpa kefahaman.

Apatah lagi ianya diucap oleh orang ternama.

Lihat link

Kenyataan beliau disanggah oleh ahli IKRAM, dan juga presiden PAS.

Bina jati diri sebagai seorang muslim, 'abid dan khalifah...