Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Thursday, September 26, 2013

Two Little Angle at Home

Fuhhh...penat..mengantuk

Today jaga Hamnah dirumah, kakinya luka terguris apa tak tahulah. Biasa juga jaga Hamnah kat rumah. Nampak dia lebih happy kat rumah.

Pagi-pagi buat aktivti dulu bersama Hamnah dan dia sangat berminat. Harini aktiviti mewarna dan mengenali warna. Mulutnya cot cet cot cet....sambil sebut "Ba Ka Qa," mengeja dari al-Furqan.

Seperti biasa kalau Hamnah kat rumah maka ummi pun tak ada masa nak buat kerja lain, dan rumah akan semakin 'kemas' tanpa sempat di uruskan. Satu kita kemas, sepuluh yang dia 'kemas'.

Alhamdulillah adik Nawar tidur jer walaupun siang hari, bangun untuk menyusu then tidur semula. Ini menyebabkan ummi sayang nak hantar dia taska



bila bekerja dirumah, maka adalah masa untuk making breakfast

Skarang tengah pulun nak siapkan processing master, rasa tak ada masa nak buat 'homework' yang lain. Not in mood. Kejap-kejap rasa nak baking, fikir processing yang nak kena pulun dalam masa yng singkat, hilang terus mood tu. Master...oh master... semoga Allah permudahkan aku dan 'kau' wahai master

Bawa Cik Puteri Bintang Bestari Hamnah Mursyidah ke klinik untuk cuci dan balut luka sebab kat rumah tak ada stok ubat dan alat. Biasanya dia steady je bila luka, tapi kali ni dia menangis dan merengek. Mungkin lukanya dalam.


Kaki Hamnah kena balut. 

Wednesday, September 25, 2013

You Love the Beautifull Lady, and I Love the Handsome One

zzzzzzzzz.....

Tertidur depan laptop tanpa tersengguk... wahhhh....sejak bila lah pandai buat macam ni. tersedar bila tangan dah terasa kebas... research oh researchku... lately hari-hari jugak ler mengantuk beria...

Men, do you love or like or excited with the beautiful lady even you are married? why? and what will you do?

and the same question goes to ladies...

Last Aidulfitri kami sekeluarga, ummi and adik-adik beraya ke rumah mak saudara after balik dari solat hari raya di masjid. Setelah kami duduk dan makan sekian lama, maka datangah seorang perempuan. Dengan kedatangan beliau ke situ, maka bertanyalah jiran-jiran, 

"we heard that you are divorced, is it right? cer citer..." 

And the beauty lady said, "yes, all ready."

"why?" ask the jirans. Dalam pemikiran saya, beraninya
diorang ni direct je tanya. errrrkkkk...tersedak kacang tanah kuah kacang bersama nasi impit makcu yang sangat sedap tu..

And the beauty lady open the story book proudly. 

To cut short the story, she have five children and the eldest is sixteen years old. Mereka bercerai dengan cara baik tanpa gaduh-gaduh katanya. Bincang elok-elok. And she ask her x-husband, "lets divorce abang."  Kenapa bercerai? Katanya sebab masing-masing ada orang baru... 

"Astaghfirullahal azhim..." "nauzubillahi min zalik." berdebar jantung mendengarnya. Semoga Allah  jauhkan. 

Dia meneruskan lagi dengan cerita siapa teman lelakinya dan bila akan berkahwin and she looks very happy.

Pada pemikiran saya, hanya terfikir anaknya. Macam mana penerimaan anak-anaknya... Motherhood lah katakan... maka perasaan tu sangat tersentuh. Adakah dia dan x-suami dia sahaja yang gembira, tapi anak-anak sebaliknya? Sesungguhnya apa yang berlaku kepada ibu bapa amat mempengaruhi emosi dan cara hidup anak tersebut hingga besar. Semoga Allah memelihara anak-anak semua dalam pemeliharaanNya yang lebih baik. 

Belum sempat habis jiran-jiran mengorek ceritanya, ummi pun mengajak beredar ke rumah lain pula. Memang banyak lagi rumah-rumah yang tersenarai dalam list ziarah kami. 

Semoga Allah menunjukkan jalannya yang lurus untuk kehidupan selepas ini.
Cara mereka tersebut lebih baik dari berbuat maksiat dengan lelaki/perempuan lain tanpa berkahwin. 

Yes men, what say you? If you can find another one, ladies can do so... even you said, "we can have four wives." Ladies also want to do so. "divorce me!!!". Nauzubillahi min zalik.

Hargai sesuatu perkahwinan itu, pasangan kita dan anak-anak yang lahir darinya. Tujuan asalnya adalah untuk melahirkan cinta kepada Allah. Kerana dengan cinta itu akan lahirlah amal-amal yang membuahkan pahala untuk menujuNYA kelak. Segala apa yang diinfakkan kepada famili adalah sedekah yang lebih awla dan kita mendapat ganjaran Allah daripadanya. 

Suami, jika kamu meminati seseorang perempuan lain kerana kecantikannya, ketahuilah isteri juga sukakan lelaki yang kacak. Pokoknya, peliharalah hati sendiri dari godaan syaitan, dan peliharalah hati isteri kerana dia pendampingmu. Hormati diri sendiri sebagai seorang muslim dan hormatilah isterimu kerana dialah orang selalu mendoakanmu.

Ini bukan larangan poligami, atau menidakkan naluri lelaki. Pokoknya sudahkah kamu menjaga betul-betul diri kamu dari larangan yang Islam gariskan, dan laksanakan segala syariat yang Islam tentukan. Itu semua untuk menjaga dirimu, membahagiakanmu dan membantumu untuk melangkah ke syurga.  

Begitu juga buat para isteri. Mungkin sering kesunyian, suami kerja siang malam atau tak balik buat jangka masa yang panjang. Allah suruh kita jaga maruah kita dan tidak membenarkan orang lain masuk rumah tanpa kebenaran suami. Banyak doa, dan nangis selalu....erk...dan bersabar...pesanan penaja ini buat semua isteri termasuk juru tulis.

Perempuan juga boleh dipengaruhi oleh gejala sosial yang terpesong, walaupun hati mereka sebenarnya sangatlah solehah dan menyayangi keluarga. Tu fitrahnya. Tapi bila mendatangnya berbagai masalah dalam keluarga menyebabkan mereka juga mencari sinar bahagia yang baru...kononnya...dengan meminta lelaki lain menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. 

Back to the basic. Cari Allah dulu bila ada masalah, pasti kita akan temui orang tepat yang boleh tolong selesaikan masalah rumahtangga kita.

Maka itulah sebabnya perkahwinan itu akarnya haruslah kerana iman dan cinta kepada Allah, disirami dengan ibadah kepadanya, dibajai dengan syariat-syariat yang dipatuhi untuk menumbuhkan sepohon rumah tangga yang sejuk dan harmoni, membuahkan anak-anak yang soleh solehah...

What you give, you get back.

Ustazah Hamnah Mursyidah


Tak perlu kena ada jawatan ustazah dulu baru boleh jadi ustazah. Semua yang muslimah kena jadi ustazah. "Sampaikanlah dariku walau satu ayat." Sabda Nabi

Tuesday, June 25, 2013

Hamnah & Taska


Bismillah..

Hamnah start ke taska bila dia umur 3 bulan. Masa tu susah sangat nak ajar dia minum guna botol susu.Dia sanggup menangis dna berlapar dari minum dengan botol. Ohhoooo...susah hati betul. Dengan rasa kesian, tak sampai hati nak tinggalkan dia kat nurseri, ditambah lagi dia yang seperti tak stuju dirinya ditinggalkan dan di suap dengan botol. Akhirnya decide untuk tukar ke taska rakan bayi, al-Humairak milik seorang akhawat. Taska memang pandai train. Akhirnya Hamnah berjaya minum menggunakan botol susu dengan bahagia. Ummi pun sedikit lega dan tenang berada di lab. Walaupun jaraknya jauh, tapi hati lebih tenang meninggalkannya di situ. And I really trust that taska since they all know tahap perkembangan baby and apa yang terbaik untuk mereka. And since diorang menitik beratkan soal pemakanan yang baik, itu menambahkan lagi keyakinan kami. Cumanya Hamnah selalu got fever sebab ramai baby and toddler di situ. Ramai parents suka dengan taska ni.

Selepas kami pindah ke Villa Tropika saya decide untuk hanar Hamnah ke taska di apartment sahaja supaya saya tak membazir masa dalam jam pergi ambil Hamnah petang-petang. So that saya pun boleh spend more time with the kids and also masaking for dinner.







The new taska fill full with toys... I'm not sure with their learning module since they are very new. But seems like Hamnah mungkin akan lebih banyak main dari baca. Hamnah sangat suka membaca koooot... Begitu juga dengan pemakanan. Pada suatu hari, abi report bila ambil Hamnah dari Taska, Hamnah tengah makan french fries.. Ohhhhhhhh sungguh tak sihat. Dia bagi anak aku makan fast fooood? I think taska tak patut serve makanan macam tu untuk anak orang ok.






Dari dulu sampai sekarang saya masih lagi rasa sedih bila nak biarkan Hamnah ke taska. Rasa bersalah juga pada anak bila terpaksa tinggalkan dia bawah penjagaan orang lain dari pagi sampai petang!!! Sedangkan dia anak saya. Kenapa orang lain yang lebih menjaga dia. Walaupun sekarang dah ada the second, perasaan untuk biarkan Hamnah ke taska still sama. Saya akan update apa yang dia buat setiap hari di taska. Kalau saya ada duit berjuta, saya lebih suka kerja jaga mereka.

Mungkin kerana saya adik beradik tak pernah di jaga orang lain(kecuali saya yang dijaga sekejap oleh relative ayah bila ummi kerja). Bila saya balik sekolah saya tahu ummi saya ada(ummi saya bekerja dari rumah) dan adik-adik saya ada.

hehe..... nak jadi supermak yang boleh handle family and dapat duit jugak....

Walking before the birth session


Bismillah…
Seminggu dua sebelum bersalin tu abi bawak kami g jalan-jalan so that ummi banyak berjalan untuk mudahkan bersalin memandangkan dah dekat dengan tarikh. Disamping tu boleh lah merehakan fikiran. Kami pun memang dah lama tak berjalan. Best.

We are going to Putrajaya. Asyik-asyik putrajaya… ummi suka sebab putrajaya cantik. First kitorang nak perdi ke Taman Botani jer… abi nak riding with Hamnah. Tunggu punya tunggu kaunter tu bukak……teteeetttt basikal dah sold out. Ok….. we ask for boat…. Owh rupanya kena pergi ke somewhere which is dekat dengan Masjid Putra. Sementara tu menunggu kaunter bukak maka kami jalan-jalan lagi… owh…rupanya ada lagi kawasan masjid putra yang saya tak pernah jelajah, which is yang underground tu…hooooo….poor me…

Kami merupakan penumpang first boat pada pagi yang berbahagia itu…
Round dalam tasik putrajaya melihat banyak bangunan yang cantik-cantik…. Sambil koya macam naik boat kat dalam laut tu kan….haha

After round kat dalam tasik tu…. Kami bergambar bersama peacock… huuuuuu.. Hamnah teruja sangat dengan peacock tu… Warna-warni sungguh cantik.


Berjalan dan memanjat ke kereta..

One week after that kami ke pesta buka Selangor di Shah Alam.. so that ummi boleh jalan-jalan lagi.. actually banyak berdiri belek buku dari berjalan… Jalan macam itik.. owhhh…. Lupa amik gambar…hoho

After that abi ajak pergi ke petrosains. Plus sesat jalan dari Shah Alam nak ke KLCC maka kami tidak berkesempatan ke petrosains. Cuma sempat sampai di KLCC dalam waktu yang sudah tidak mencukupi. Maka kami round dalam KLCC sajalah. Huuuuhhhh sebenarnya ummi tak suka round dalam KLCC tu. Macam jumpa orang tak pakai baju sana-sini…. Malu I tau….





Sunday, June 23, 2013

Nawar 'Aqilah

Bismillah...

Alhamdulillah.... selamat sudah melahirkan mujahidah ke dua... agak lambat memilih nama untuk second mujahidah ni. Bila berborak masa dia kat dalam perut we just call her "adik". And lastly we decided that the best name for second mujahidah is NAWAR 'AQILAH. Which Nawar bersempena nama sahabiah yang merupakan ibu kepada Zaid bin Thabit which is sahabat yang bertanggungjawab mengumpulkan al-Quran kepada bentuk mushaf. an-Nawar bintu Malik al-ansoriyyah. Anak yang hebat di didik oleh seorang ibu yang hebat, dan Nawar adalah seorang ibu yang cerdik. 'Aqilah pula ada brilliant. sesuai dengan sifat Nawar yang diinginkan. Semoga Nawar membesar menjadi seorang mujahidah yang brilliant.






Kisah bersalin kepada Nawar hampir sama dengan Hamnah. Admit dengan sedikit contraction and bukaan hanya 2 cm... Tak sakit sangat ok...cuma kekerapannya adalah regular. Setelah mempertimbangkan beberapa faktor, maka kami decide untuk cepatkan contraction dengan memasukkan drip. Bila contraction bukan lagi natural which if we can imaging, kesakitan yang sepatutnya di bahagikan antara beberapa hari tu di compactkan dalam satu masa. Allah sajalah yang memahami sakitnya. Saya yang semakin manja sejak kawin ni siap meleleh air mata lagi with small screaming... hehe... Hubby sentiasa ada di tepi dan saya tak bagi dia ke mana-mana, dengan harapan dia boleh jadi painkiller untuk kesakitan tu. 

Setelah 2 jam setengah after drif progress bukaan baru 1 cm... owh...sadis... Dah tak tertanggung, so I requested for painkiller through injection, my hubby terus minta epidural. Dah takleh nak fikir sangat, setuju je. Just after 1 hour after epidural bukaan telah mencapai 10cm...Dah boleh bersalin. Maka lahirlah mek comel pada pukul 7.17 pm pada 27 Rejab (Isra' Mi'raj), 06 hb 06 2013 Masihi.

Kakak Hamnah dan adik Nawar kedua-duanya dilahirkan dengan kulit yang putih. Adik Nawar putih dan kemerahan sehingga some people suka panggil dia Humaira' (sikecil yang kemerahan).








Harini adalah hari ke-19 beliau dilahirkan. Ummi hanya berpantang di rumah atas kayangan. Villa Tropika Apartment. Alhamdulillah so far baik-baik saja. Masa jumpa dengan O&G saya, Dr Fathimah, beberapa kali saya ditanya, "nanti siapa jaga?". Masa checkup, di labor room, sampailah jumpa lagi bila Nawar warded because of jaundice. Sebenarnya saya pun curious kenapa Dr sangat concern of that. Cuba positifkan minda, insyaAllah everything will be find if saya pantang sendiri tanpa orang tua. Hopefully my husband will take care of me dengan bersungguh-sungguh dan penuh kesabaran, dan saya juga dapat bersabar dengan sebarang situasi. ohhooo...




Monday, June 17, 2013

Saya Dalam Waqi' Baru

Bismillah…
Saya dalam usaha untuk memahami kehidupan masyarakat Malaysia pada masa sekarang. Untuk memenuhi kefahaman saya terhadap bidang kerja yang sedang saya ceburi. Sesungguhnya penceburan saya dalam dunia belia amatlah mentah bagi saya, dan sangat banyak yang perlu saya belajar. Memahami situasi masyarakat amatlah penting bagi saya, agar saya dapat menjiwai waqi’ atau suasana bidang kerja saya dengan jayanya. Antara usahanya saya menghumbankan diri dalam satu group fb yang di dalamnya banyak perkongsian masalah hidup, walaupun tajuk sebenar group tersebut adalah tiada kaitan pun dengan masalah hidup yang diceritakan.

Dalam group ini ahlinya terdiri dari lelaki dan wanita. Tetapi setakat pemerhatian saya, yang mengadu masalah adalah semuanya wanita dan kebanyakan masalahnya adalah masalah rumah tangga yang berkaitan dengan suami, mertua, ipar duai bahkan ada juga yang bermasalah dengan anak saudara. Komen-komen dari rakan2 group yang lain juga berbagai-bagai caranya. Ada yang positif menasihat, malah ada juga yang mengutuk si pengadu. Ada yang berbahasa intelektual dan ada yang kurang berintelektual dalam menyuarakan pendapat masing-masing.  Disini saya dapat belajar cara berbahasa seseorang dan bagaimana masyarakat awam merespon sesuatu topic. Pengetahuan ini amat penting untuk urusan komuniksi.

Beberapa persoalan yang terblink blink dalam kepala saya bila membaca kisah mereka ini. “owh masalah macam ni wujud dalam masyarkat ?” tak pernah terbayang di pemikiran. “banyak rupanya masalah dalam masyarakat ni.” Bila dah biasa berada bersama golongan tarbiyah dan kurang ambil tahu isu masyarakat.  Dan kadang-kadang masalah-masalah tu macam tak logic pun ada. Bila masalah tu sometime sama macam masalah sendiri, akan rasa “owh orang lain juga ada masalah yang sama. Maka masalah yang saya hadapi adalah normal. Dan saya bukan alien.” Cumanya bagaimana cara yang paling baik untuk saya selesaikan masalah saya tu. Sudah tentu saya takkan siarkan untuk dibaca oleh orang ramai yang kononnya untuk dapatkan nasihat. Kenapa  “kononnya” plak….

Bila ditelusuri kisah hidup masyarakat, sebenarnya sungguh ramai lagi ahli masyarat dalam negara Malaysia yang boleh dikatakan masih ramai lagi ulama ini yang rendah keilmuan dan pengamalannya terhadap nilai Islam. Ini sudah tentulah ditujukan kepada umat Islam. Dapat dilihat jelas dari statistic ini bahawa masalah rumah tangga ini akan lebih memberi kesan terhadap wanita. Mungkin lelaki juga ada yang menghadapi masalah, tetapi itu tidaklah menjadi sesuatu isu yang besar dalam kehidupan mereka.

Telah dijadikan oleh Allah bahawa lelaki mampu untuk membahagikan pemikirannya antara kerja, keluarga  dan emosi menyebabkan isu rumah tangga kurang mengganggunya dan dia mampu berkerja secara professional. Tetapi berlainan pula dengan wanita yang lebih beremosi. Dengan anugerah sifat Rahim (kasih sayang) yang tinggi dalam dirinya, menyebabkan segala urusan hidup adalah sensitive dan menyerap dalam ke lubuk hatinya. Masalah –masalah terutama masalah rumah tangga akan sangat mempengaruhi emosinya dan mendorongnya untuk bercerita dan bertanya orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya.

Antara cara wanita menenangkan hatinya adalah dengan mendekati majlis-majlis ilmu. Namun sayangnya lelaki jarang sekali meluangkan masa untuk menyertai majlis ilmu. Contohnya, ceramah fiqh wanita ramai di hadiri oleh wanita samada yang dah berkeluarga ataupun belum. Adakah lelaki tidak perlu tahu fiqh wanita? Sedangkan wanita itu sudah ditentukan ada penjaganya iaitu ayahnya, atau suaminya atau adik beradik lelakinya. Jika penjaga itu sendiri tidak tahu menjaga harta yang perlu dijaganya maka apakah yang akan terjadi kepada harta itu? Harta tersebut mungkin akan rosak kerana salah pengendaliannya. Harta yang perlu dibelai tapi disepak terajang, perlu digunakan bahasa yang lunak lagi lemah lembut tetapi dimaki hina. Terjadi samada harta itu rosak atau penjaganya akan kehilangan harta tersebut.  Telah dinyatakan dalam surah an-nisa’

Ar-rijalu qawwamuna ‘ala nnisa’
Lelaki itu adalah pemimpin keatas wanita.

Maka amatlah perlu bagi seorang pemimpin untuk mengusai ilmu berkenaan orang yang dipimpinnya agar kepimpinanannya tidak pincang. Sedihnya bila para lelaki ini berasa ego untuk menghadiri majlis ilmu. Takut dikatakan dirinya nanti serba tak tahu sehinggakan perlu belajar bab agama atau kaunseling rumah tangga. Lebih rela buat-buat tahu dari dikatakan tidak tahu. Apatah lagi bila si isteri yang baru balik dari majlis ilmu membetulkan suami berdasarkan ilmu yang di dapatinya, maka di balas “kamu jangan pandai-pandai nak mengajar aku.” Egonya dia. Maka sedihlah hati si isteri.. mengharapkan isu rumah tangga dapat diselesaikan tetapi tidak dapat bertindak apa-apa bila suami tidak mengendahkan. Kesian isteri. Melawan dikatakan derhaka, berdiam merana jiwa. Itulah dilemma wanita….
Maka sepatutnyalah lelaki  menuntut lebih banyak ilmu dalam menjaga wanita, baik isteri, anak, ibu atau adik beradik kerana mereka ini akan dipertanggungjawabkan keatas kaum lelaki. Dan jika seseorang suami itu mempunyai ilmu juga, jangan menggunakan ilmu itu untuk bertindak tidak adil keatas isteri yang jahil. Contohnya, “kamu keluar rumah tanpa izin suami, kamu dikira nusyuz.” Padahal dalam masa yang sama, suami tidak memberikan nafkah untuk isteri. Tetapi tidak pula menjatuhkan hukuman berdosa keatas dirinya yang tidak memberikan nafkah kepada keluarga. Maka isteri yang jahil itu hanya berendam air mata sambil terpisat-pisat mengenangkan bahawa hukum Allah tidak adil keatas dirinya, walhal tidak begitu.

Jadinya wanita mahupun lelaki perlu tahu tanggungjawab masing-masing serta sangat perlu tahu syariat agama terhadap urusan rumah tangga. Ini khusus untuk bab rumah tanggalah, sebenarnya umat Islam perlu tahu keseluruhan syariat Islam seperti yang dinyatakan dalam surah al-Baqarah “fi silmi kaaffah.”  Masukklah ke dalam Islam secara keseluruhan. Bukan separuh-separuh, nescaya urusan hidup akan terpandu secara keseluruhan. Dari arah penjuru mana pun masalah itu dating, pasti akan dating kepada  kita jalan yang Allah tunjukkan dan hati akan berasa tenang, insyaAllah.


Wednesday, May 8, 2013

Salam Rindu Buatmu

Bismillah...



Salam penuh kerinduan buat mereka semua di atas. Kak Su, Kak Diana, kak Mar, dan kak Adah. Tidak terkandung dalam gambar ini, yang amat dikasihi kak Miah. Semuanya kak kak.... Rindu suatu ketika dahulu bersama mereka kerana saya selalu menjadi adik yang manja. Dan sebelum berpisah dengan mereka yang keluar dulu dari bumi UTM, saya dululah yang bersedih hati. Kerana saya bakal hilang tempat saya bermanja dan mencurahkan isi hati. Walaupun saya pernah menjadi ketua mereka, namun kasih mereka tetap sama malah sangat membantu saya menjalankan amanah. Yang pastinya kini semua dah grad. Tinggal kak Adah masih di UTM menyelesaiakn mastersnya. Ada yang dah kawen, yang akan kawen dalam masa terdekat dan yang masih menunggu masa. 

Kita dalam ketentuan hidup masing-masing. Alhamdulillah... kita masih sama-sama di jalan dakwah. Sesuatu yang saya sangat concern dengan kita bila kita keluar nanti. Kini kita semua dah besar... dah ada anak... Terkadang rasa tak percaya bahawa diri ini rupanya dah terlalu besar. Apatah lagi bila menyulam kembali memori kita dulu, rasa diri ini masih kanak-kanak yang dulu. 

Apapun jalan yang kita lalui, pastinya ada cabaran hidup masing-masing. Ada perkara yang kita tidak mahu ianya berlaku dalam hidup kita, tetapi dengan kehendak Allah ianya berlaku. Ada perkara yang tidak kita senangi dalam hidup, dan ianya jauh dari diri kita suatu ketika dulu kini amat dekat dan amat menduga hati kita. Apa yang kita harapkan dari sebuah cita dan angan tak semudah itu Allah nak bagi. Apa yang kita minta daripada Allah tidak semestinya itu yang kita dapat. Dan saat begini amat membuatkan saya rindukan kalian. Rindu sangat. Sangat-sangat. Rindu untuk menceritakan semua cabaran hidup ini. Rindu nak dengar pujukan manja dan lembut dari kalian. Rasanya masih tidak ada manusia di dunia ini yang mampu menggantikan tempat kalian. Hebatnya cinta. Ya Allah pertemukanlah kami kembali.


Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi


Sahabat…
kau sesungguhnya
Temanku…
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat…

Devotees